Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2009

Melepak, Buang Masa Dibolehkan Untuk 5 Perkara

Gejala lepak di kalangan remaja dan warga tua adalah fenomena biasa dalam masyarakat hari ini. Jika remaja semakin ramai mengerumuni kawasan kompleks beli-belah, golongan dewasa pula melepak di kedai kopi,kedai makan atau masa kini kedai mamak. Keadaan itu secara tidak langsung menunjukkan kecacatan berlaku dalam masyarakat sekarang kerana remaja sepatutnya sedang sibuk menuntut ilmu, manakala golongan dewasa memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga. Rasulullah SAW pernah pada satu hari melewati jalan, akhirnya Baginda SAW terserempak dengan sahabat sedang asyik duduk berborak dan melepak di tepi jalan. Melihat kelakuan mereka itu, lalu Rasulullah berkata: "Jangan kamu sekalian berborak dan melepak di tepi jalan. Tetapi sahabat menjawab: "Wahai Rasulullah! Bagaimana mungkin kami dapat meninggalkan amalan ini kerana hanya di situlah saja kami dapat bercakap-cakap dan berborak sesama sendiri. Kemudian, Baginda SAW memberi pilihan atau jalan keluar daripada amalan itu dengan ber...