Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2024

Menjadi Saksi dan Mengendalikan Dokumen Pinjaman Yang Melibatkan Riba

Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri, Saya ingin bertanya apakah kedudukan peguam yang bekerja makan gaji dan menjadi saksi kepada dokumen pinjaman yang melibatkan riba? Adakah beliau tergolong di dalam kumpulan yang dilaknat dan bagaimana kedudukan gaji yang diterimanya setiap bulan dari firma yang mengendalikan dokumen- dokumen yang antaranya termasuk berunsurkan riba? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Kami mulakan dengan firman Allah SWT: وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ Maksudnya: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah: 275) Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa lafaz jual beli ini adalah dalam bentuk umum namun pada masa yang sama ia juga khusus, iaitu terkecuali daripada riba dan selainnya yang dilarang dan d

FATWA HUKUM ISU RIBA DALAM BIDANG TUGAS PEGUAM

Mewujudkan firma guaman yang bebas daripada unsur-unsur riba, gharar dan perjudian adalah fardhu kifayah. Ia merupakan langkah yang amat penting demi membangunkan ekonomi umat Islam. Kewujudan firma guaman yang berdasarkan kepada prinsip syariah islamiah menjadikan pelengkap kepada sistem ekonomi Islam dan penyempurnaan tuntuan agama kerana ia melibatkan penyertaan modal serta harta yang dimiliki oleh umat islam dalam kegiatan muamat. Ciri-ciri utama prinsip syariah islamiah bagi meluluskan sesuatu syarikat perniagaan (termasuk firma guaman) ialah : 1)Kegiatan utama syarikat itu tidak berasaskan riba. 2)Tiada unsur perjudian 3)Pengeluaran barangan yang dibenarkan oleh syarak. 4)Tidak mengandungi unsur gharar iaitu ketidakpastian atau penipuan atau atau akad yang tidak jelas Oleh itu, sesuatu syarikat perniagaan (termasuk firma guaman) dikatakan halal perniagaannya apabila:- I.Kegiatan dan perolehan syarikat induk dan kegiatan serta perolehan anak syarikat tidak terlibat dengan kegiat

Hukum Kerja Peguam, Saksi & Penjamin Pinjaman Bank Konvensional

Soalan : Pak Di : 1. Adakah perbankan Islam sekarang sudah mampu memberi ruang pekerjaan kepada beribu-ribu pegawai bank Muslim di bank konvensional? 2. Kalau macam tu, adakah lawyer S&P pun dapat duit haram sebab klien nak pinjaman konvensional, bukan BBA? Jawapan : 1) Benar, memang belum cukup, bagi yang berminat untuk mengetahui hukum kerja di bank, insuran dan pelaburan bercampur konvensional, sila rujuk http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=240&Itemid=63 Kesimpulan saya dalam hal ini adalah, kerjaya itu tertakluk kepada jenis pekerjaan anda, tuidak semua yang bekerja di bank, syarikat insuran dan pelaburan perlu berhenti. Ia bergantung kepada direct atau tidaknya seseorang. Ini perlu penjelasan yang panjang pula, cuma boleh buka link di atas untuk memahami erti 'direct' dan tidak. Justerun, yang pasti haram adalah seperti yang bekerja berkempen sebagai marketing executive, manager atau agent kepada produk home loan, credit card