Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Penoreh didakwa bunuh anak tiri- Mahkamah Pekan, Pahang

PENOREH getah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pekan, hari ini, atas tuduhan membunuh anak tirinya bulan lalu. Tertuduh Muhamad Alias Othman, 55, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Hafiz Firdaus, 5, dengan menggunakan kayu pokok getah dan memijak badan mangsa sehingga menyebabkannya tidak sedarkan diri. Dia melakukan kesalahan itu di dalam kebun getah Kampung Air Hitam, Paloh Hinai, di Pekan, antara jam 10.30 pagi hingga 1 tengahari pada 20 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syamsul Kahar Ahmad Nadri, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan Azizah kemudiannya menetapkan tarikh 5 April 2019 depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan la

17 INDIVIDU TERMASUK REMAJA DIDAKWA LANGGAR PKP

PEKAN, 30 MAC 2020: Bosan duduk rumah, mahu pergi ziarah kubur, sengaja keluar melepak dengan kawan dan mahu mengambil teman wanita untuk dibawa ke Kuantan merupakan antara alasan mereka yang ditahan pihak berkuasa sepanjang OP COVID-19 di daerah Pekan sejak lima hari lalu. Natijahnya, seramai 17 orang termasuk seorang wanita orang asli dan empat remaja lelaki bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19. Kesemua tertuduh berusia lingkungan 16 hingga 56 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan berhimpun di dalam kawasan yang merupakan kawasan tempatan jangkitan bagi maksud sosial dan dengan itu telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langka

Hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) , Ganti Hukuman Penjara?

Perintah Kehadiran Wajib (PKW) merupakah satu hukuman yang termaktub dalam perundangan negara Malaysia dibawah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954. Menurut sumber Jabatan Penjara Malaysia; “PKW adalah alternatif hukuman pemenjaraan kepada pesalah yang melakukan kesalahan tertentu untuk menjalani hukuman di luar penjara dengan melaksanakan “kerja wajib” tanpa menjejaskan kehidupan hariannya.” Dalam erti kata lainnya, PKW adalah perintah hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah terhadap pesalah tanpa mereka perlu menjalani hukuman penjara. Sebaliknya pesalah diwajibkan hadir pada setiap hari di pusat kehadiran yang diperintahkan untuk menjalani hukuman “kerja wajib” untuk tempoh tidak lebih 3 bulan dan bagi bilangan jam tertentu tidak melebihi 4 jam setiap hari. Pesalah Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dipanggil Pesalah Kehadiran Wajib. Mereka tergolong pesalah yang terlibat dengan kesalahan ringan kali pertama seperti mencuri di pasaraya dalam jumlah yang kecil, mere

Penganggur didakwa bunuh kanak kanak, Siti Masitah- Seksyen 302 Kanun Keseksaan

PENGANGGUR warga Kemboja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin, hari ini, atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, bulan lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Amirul Abdullah, 23, yang berasal dari Kampung Parit Tengah, Pekan, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Siti Masitah Ibrahim yang juga kanak-kanak warga Kemboja antara 5.50 petang hingga 8 malam di kawasan padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 30 Januari lalu. Tertuduh yang hadir memakai baju T hitam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamsul Kahar Ahmad Nadri, sementara tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan. Majistret kemudian menetapkan 25 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Mayat Siti Masitah dite

Pelajar hantar pulang 'mayat' kekasih mengaku langgar PKP- Dibenar Ikat jamin Mahkamah

PELAJAR tingkatan lima yang ‘menghantar’ pulang mayat kekasihnya selepas terbabit kemalangan motosikal Ahad lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin, hari ini, atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tertuduh yang beralamat di Felda Keratong 5 di Rompin, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Remaja lelaki itu didakwa melanggar PKP pada 3 pagi, 12 April 2020 dengan bergerak dari rumahnya ke Kilometer 127 Jalan Kuantan-Seremban, iaitu lokasi dia terbabit dengan kemalangan yang menyebabkan kekasihnya maut. Pertuduhan dikemukakan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11(1) peraturan sama iaitu denda tidak lebih RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurhalim