Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2009

Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan. Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu. Pada sebuah p

Akidah Dalam Kehidupan Umat Islam - Siri 2

Penghayatan Akidah Islam yang menjadi cara gaya hidup yang berteraskan akidah sudah pasti suatu ajaran yang merangkum dan syumul. Ia begitu luas dan menyentuh perbagi aspek hidup. Kerana itu rasullullah saw bersabda: maksudnya: Agama Islam ini utuh padu, oleh itu dalamilah ( pengetahuan dan penghayatannya ) dengan lemah lembut. Peenghayatan akidah ini melibatkan pengubat hati nurani dan intiosi dengan nilai dan cabang-cabang nya yang bersifat kejiwaan. Hati manusia ibarat raja. Apabila raja tunduk kepada Islam maka rakyat jelata mesti tunduk kepadanya. Sebaliknya jika raja menolak dan murka kepada nilai-nilai ajaran Islam sudah pasti rakyat akan menghadapi kesukaran untuk melaksanakan tuntutan iman. Ibnu Hajar Al Asqdawi menjelaskan 24 cabang iman yang sewajar di cambah dalam hati termasuk penerimaan kepada rasullulah sebagai role model, takut kepada Allah, harap kepada Allah dan sebagai nya. Keseluruhan cabang iman yang berkaitan dengan pembentukkan Dhomin atau consience keimanan haru

Apa Punca Anak Derhaka?

Media massa memainkan peranan penting. Apabila diteliti terlalu kurang filem atau drama yang menayangkan cerita keluarga bahagia dan harmoni. Walaupun pengakhir-nya, si anak atau ibu bapa sedar dan bertaubat tetapi proses untuk kearah itu penuh perlakuan tidak sopan, tengking dan herdik serta bermaki hamun. Kata Tuan Ibrahim, “Kita boleh adakan cerita yang baik. Tidak mustahil seorang anak mengajak adik-adiknya berdoa untuk kesejahteraan ayah mereka. Cium tangan ayah sebaik pulang dan balik kerja, ajak sembahyang jemaah dan sebagainya. Pelikkah kalau ibu bapa praktikkan begitu?” soalnya. Proses pendidikan yang tidak bermoral turut mempengaruhi. Bagaimana mahu melahirkan anak-anak berakhlak jika di sekolah para guru tidak bermoral? “Selalu saya tekankan, jika baran dan marah sekalipun, tolong jangan keluarkan perkataan-perkataan celupar seperti bodoh, bengap atau dungu kepada anak murid, kerana kata-kata guru seperti emak, sebahagian daripada doa,” pesannya. Sabda nabi saw, “Berguraulah