Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Jangan Benci Kepada Takdir

Seseorang meminta kepada Allah supaya hidup berkat dan selamat, lalu Allah memilih untuknya takdir yang terbaik. Tetapi dia marah dan enggan menerima takdir Allah, dengan berkata: "Mengapa Tuhan memberiku harta yang sedikit sedangkan saudaraku yang lain kaya raya? Tuhan tidak adil! Na'uzubillah. Sepasang suami isteri lama berkahwin, berbelas-belas tahun menanti kehadiran anak. Sedangkan jiran mereka mempunyai sembilan anak perempuan. Akhirnya mereka pun dikurniakan seorang bayi perempuan yang comel. Ketentuan Allah tiba, bayi mereka meninggal kerana sakit kuat. Ayah memandang langit mencari jawapan atas takdir Tuhan, dia berkata: "Mengapa tidak Engkau ambil anak mereka yang ramai itu, malah anak kami yang seorang juga yang Engkau mahu, di mana keadilan-Mu ya Tuhan? Na'uzubillah. Membenci takdir boleh membawa kepada kekufuran. Membenci maksudnya marah, tidak suka, menolak, menyatakan tidak puas hati dan yang paling ringan ialah mengeluh tanda tidak selesa. Sebaik-baik ...

Aurat-Aurat Wanita

Wanita merupakan kurniaan yang telah dicipta oleh Allah s.w.t sebagai pelengkap kepada kesunyiaan terhadap kaum Adam, dan seindah hiasan dunia ini adalah wanita yang solehah serta menutup aurat mereka. Menurut firman Allah dan hadis Rasulullah, di antara aurat-aurat wanita adalah : - 1. Bulu Kening Menurut Bukhari, "Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari. 2. Kaki (tumit kaki) "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." An-Nur: 31. Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki. 3. Wangian "Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban. 4. Dada "He...

Kuasa Politik & Kuasa Agama

Ada yang menyatakan kepada saya bahawa dia bimbang negara ini menjadi negara mullah (clergy state) yang akan melarang kebebasan bersuara seperti yang saya dan beberapa pendakwah lain alami. Kata mereka, apabila kuasa agama mencengkam, ramai yang akan terhalang haknya seperti apa yang berlaku di Eropah sebelum Revolusi Perancis. Saya jawab, saya tidak bimbang dengan pengaruh Islam terhadap negara, bahkan itulah harapan saya sebagai Muslim. Islam dibina atas keadilan dan rahmat. Apa yang saya bimbang adalah cengkaman sesetengah kelompok bernama agama yang berfikiran sempit, fanatik atau berkepentingan sehingga meminggirkan prinsip-prinsip keadilan seperti yang berlaku di Afghanistan dan Nigeria. Bukan salah Islam, tapi salah guna kuasa. Kita hendaklah mengenal pasti kerjasama antara golongan politik dan agama itu sama ada demi kepentingan kuasa atau kepentingan Islam yang berasaskan keadilan dan kerahmatan. Begini… Sepanjang sejarah kita lihat bukan sedikit pemimpin yang cuba mendakwa di...

Pilih Pasangan Ikut Syariat

ISLAM agama yang menjamin kesejahteraan kepada manusia dunia dan akhirat. Dalam memilih pasangan, Islam turut memberikan garis panduan supaya rumah tangga yang dibina memberikan kerahmatan, ketenangan dan keharmonian. Justeru, Islam menasihati umatnya memilih pasangan yang sesuai supaya kebahagiaan dan ketenangan diidamkan menjadi kenyataan di alam rumah tangga. Antaranya, memilih calon pasangan berdasarkan agama, taat dan berakhlak dengan keperibadian Islam. Bagi orang yang kefahaman agamanya kurang, perbezaan pendapat menjadi melarat, bertambah kusut, dihambur kata-kata kesat dan diungkit segalanya, sehingga kemanisan menjadi pudar, berganti dengan kebencian. Nabi Muhammad s.a.w ada memberikan penekanan kepada sesiapa yang ingin berkahwin agar memilih pasangan yang beragama. Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud : “Perempuan dikahwini atas empat perkara : kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah perempuan yang beragama, nescaya kamu akan diberkati ...

Cara Pengurusan Masa Pengukur Martabat Manusia

Bijak pandai ada mengatakan, masa itu emas. Sejak zaman dulu manusia mengakui emas begitu berharga dan bernilai. Memiliki emas sama ada sebagai harta atau barang perhiasan turut menjadi kebanggaan. Melihat mahalnya nilai emas di pasaran dan sukar pula untuk memperolehnya tanpa ikhtiar serta usaha, maka nilaiannya disandarkan kepada masa. Walaupun emas tetap mahalnya, namun jika dibandingkan dengan masa, nilainya tidak sama. Emas dan masa sama berharga serta tidak ternilai tetapi masa tidak dapat disamakan dengan harta benda dan wang ringgit kerana masa tidak boleh ditukar ganti, dibeli dan dikembalikan jika ia sudah berlalu. Hukama mengibaratkan masa sebagai pedang. Jika manusia tidak berusaha untuk mendahului masa dalam maksud mengejar kepentingan dunia dan akhirat pada setiap masa, maka masa pasti akan mendahului menyebabkan manusia mengalami kerugian membiarkan masa berlalu tanpa diisi perkara bermanfaat. Masa cukup berharga kepada manusia. Bagi mereka yang mempunyai...

Bagaimana Mengatasi Kekecewaan?

Fahami punca masalah Fahami betul-betul sebab-sebab yang menyebabkan anda menjadi kecewa. Selagi anda tidak benar-benar pasti punca yang menyebabkan anda kecewa, pastilah sukar untuk anda mencari jalan keluar dari kekecewaan tersebut. Adalah lebih mudah untuk mengatasi sesuatu perkara yang kita sendiri faham. Oleh itu setelah betul-betul memahami punca puncanya, maka mudahlah kita untuk cuba mencari jalan keluar daripada masalah itu. Fahami perasaan anda Perasaan kecewa yang kita alami adalah umpama mimpi. Kadangkala ianya kurang berasas dan tidak bertapak. Oleh itu kenali benar-benar perasaan kita yang sebenarnya itu. Cuba hayati tekanan yang kita hadapi itu. Apabila kita mengetahui sifat sebenar perasaan kecewa kita itu, maka barulah mudah untuk kita cuba melakukan sesuatu untuk mengatasinya. Ikhlas dengan perasaan sendiri Jangan cuba menipu perasaan sendiri. Ini kerana kadangkala kita berasa kecewa bukan pada tempatnya. Misalnya, seseorang itu mungkin berasa kecewa kerana rakannya l...

Hikayat Dua Mata

Allah mengurniakan semua manusia dengan dua mata. Mata adalah antara nikmat jasadiah yang terbesar, juga merupakan lubang dugaan yang paling hebat bagi insan. Dengan mata manusia mampu melihat, sekaligus menjana akalnya untuk berfikir pelbagai perkara. Namun dengan mata juga manusia mudah bermaksiat, dan akhirnya dari apa yang dilihat, akalnya berfikir pelbagai perkara yang merosakkan. Di samping dua mata yang Allah SWT berikan kepada manusia, saya terfikir akan ‘dua mata’ lagi yang manusia hakikatnya perlu wujudkan dalam diri mereka. Satu mata yang melihat masa belakang. Satu mata lagi melihat masa hadapan. Mata melihat masa belakang: Muhasabah Kelemahan manusia antaranya adalah membuat kesilapan yang sama berulang-ulang. Dengan mengulangi kesilapan yang sama, peningkatan manusia dalam hidupnya akan terganggu. Manusia yang baik, adalah manusia yang tidak mengulangi kesilapannya. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya bermaksud: “Seorang mu’min itu tidak akan disengat kala pa...

Amalan Kekal Nikmat, Hindar Musibah, Hapus dosa : Istighfar

Sesunguhnya kehidupan paling bernilai bagi seorang insan bermula dari saat dilantunkan taubat, dijatuhkan butir air mata dan diperah segenap perasaan yang mengaku berdosa. Taubat bukan hanya hak milik sesetengah mereka yang berdosa, kotor dan jelik pada pandangan manusia. Taubat juga amalan nabi dan rasul, orang salih serta pejuang ilmu yang mengamalkan agamanya dengan segenap pengorbanan. Baginda SAW mengajar umatnya sentiasa berasa diri hina di hadapan Allah walaupun selepas berada pada kemuncak amal yang paling ikhlas. Sehingga tidaklah lahir pada jiwa orang yang beramal itu rasa suci dan hebat berbanding orang lain. Betapa ramainya orang terseleweng selepas melakukan amal salih, iaitu apabila menganggap diri sempurna dan memandang rendah pada orang lain. Belitan iblis terlalu halus, ia datang tanpa disedari orang beramal. Untuk itu, Baginda SAW mendidik sahabat supaya membiasakan diri melafazkan istighfar selesai saja mengerjakan sembahyang dan amal salih yang mungkin dicemari riak...

Jurang Antara Kebaikan Dan Kejahatan Cuma Satu Hasta

Takdir ketentuan Allah, tetapi manusia perlu bertindak menurut panduan digariskan Islam KETIKA Rasulullah SAW menempuh perjalanan Israk Mikraj untuk menerima langsung perintah solat lima waktu sehari semalam daripada Allah, Baginda menyaksikan banyak peristiwa aneh dan luar biasa. Antaranya ketika bersama Jibril tiba di langit pertama (langit dunia), Baginda berjumpa Abul Basyar (bapa umat manusia) iaitu Nabi Adam seperti dinyatakan dalam hadis yang bermaksud: "Ketika dibuka, kami pun naik ke langit dunia. Ternyata di sana ada seorang lelaki sedang duduk. Di sebelah kiri dan kanannya ada kelompok orang dalam jumlah yang besar. Apabila dia melihat ke arah kanannya, maka ia tertawa, dan apabila melihat ke arah kirinya, dia menangis. Lelaki itu berkata: Selamat datang wahai Nabi dan anak yang salih. Aku bertanya kepada Jibril: Siapakah ini? Jibril berkata: Ini adalah Adam. Sedangkan kelompok di kanan dan kirinya adalah roh keturunannya. Kelompok di kanan adalah penghuni syurga, kelom...