Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2013

DOSA RIBA, DOSA BESAR YANG SUKA KITA LAKUKAN : HISHAM AHMAD

1).Tahukah kita apakah dosa besar yang pelik? Ia adalah dosa Riba. Dari segi kategori dosa besar, tiada dosa besar yang Allah gambarkan dosanya seperti perang den gan Allah dan Rasul melainkan ianya dosa Riba.   “Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki Riba, jika benar kamu orang- orang yang beriman. (al-Baqarah: 278). oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(al-Baqarah : 279)” 2).Mengapa Dosa Riba itu Pelik? Biarpun gambaran dosa Riba adalah besar, namun saya merasakan bahawa dosa Riba kurang dihayati dan diimani oleh umat Islam di Malaysia...

TIP PEMBELIAN RUMAH DENGAN PEMAJU : Salkukhairi Abd Sukor

Baik, apa yg anda WAJIB tahu sebelum putuskan untuk membeli rumah dengan Pemaju (Developer)?? 1.)      Sebelum anda putuskan untuktk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidikilah dulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang  syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat (company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat tersebut. 2.)      Melalui carian syarikat anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama ada ianya syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ianya masih aktif dan tidak digulungkan (bankrupt) atau sebaliknya, bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yang buat bisnes hartanah tapi sbnrnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana per...