1) Tempoh sewaan mestilah tidak melebihi 3 tahun sahaja. Sekiranya lebih ia tidak lagi dianggap sebagai sewaan, tetapi pajakan. 2) Deposit sekuriti tidak boleh dalam apa jua keadaan sekalipun ditolak sebagai bayaran sewaan bulanan. Ianya hanya satu bentuk cagaran utk mempastikan tuan punya dan penyewa mematuhi segala terma dan syarat sewaan. 3) Penyewa adalah bertanggungjawab atas kosnya sendiri utk membaiki segala kerosakan premis sewaan yang disebabkan oleh kesan penggunaan (wear & tear) premis tersebut. 4) Sewaan boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak (sama ada tuan punya atau penyewa) lebih awal daripada tempoh sewaan sebenar, dengan syarat mana-mana pihak yang ingin menamatkan sewaan lebih awal hendaklah memberi dua bulan notis bertulis kepada pihak yang satu lagi. 5) Perlanjutan tempoh sewaan adalah atas budi bicara tuan punya sepenuhnya. 6) Kegagalan/ kelewatan penyewa menjelaskan bayaran sewaan bulanan pada tarikh yang ditetapkan ...
Oleh, Ahmad Deniel Roslan. Peguam Bela & Peguam Cara/Peguam Jenayah/Peguam Syarie. Pahang,Malaysia.