Skip to main content

PERUNTUKAN YANG ANDA KENA TAHU BERKAITAN UNDANG-UNDANG SEWAAN HARTANAH [Salkukhairi Abd Sukor]



1) Tempoh sewaan mestilah tidak melebihi 3 tahun sahaja. Sekiranya lebih ia tidak lagi dianggap sebagai sewaan, tetapi pajakan.


2) Deposit sekuriti tidak boleh dalam apa jua keadaan sekalipun ditolak sebagai bayaran sewaan bulanan. Ianya hanya satu bentuk cagaran utk mempastikan tuan punya dan penyewa mematuhi segala terma dan syarat sewaan.


3) Penyewa adalah bertanggungjawab atas kosnya sendiri utk membaiki segala kerosakan premis sewaan yang disebabkan oleh kesan penggunaan (wear & tear) premis tersebut.


4) Sewaan boleh ditamatkan oleh mana-mana pihak (sama ada tuan punya atau penyewa) lebih awal daripada tempoh sewaan sebenar, dengan syarat mana-mana pihak yang  ingin menamatkan sewaan lebih awal hendaklah memberi dua bulan notis bertulis kepada pihak yang satu lagi.


5) Perlanjutan tempoh sewaan adalah atas budi bicara tuan punya sepenuhnya.

6) Kegagalan/ kelewatan penyewa menjelaskan bayaran sewaan bulanan pada tarikh yang ditetapkan (walaupun sehari) membolehkan tuan punya menamatkan sewaan dan seterusnya melupuskan sekuriti deposit.



oleh ;

[Salkukhairi Abd Sukor]


** Bagi sesiapa yang memerlukan khidmat membuat Dokumentasi Perjanjian sewaan Rumah/Hartanah yang lengkap dan selamat, secara dalam talian. Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.