Salahkah Membunuh Perompak di Rumah Kita Sendiri? 1).Kes Saudara "Zulkifli" sedang viral tanda simpati masyarakat. 2).Walaupun begitu, tidak kurang juga salah faham kefahaman masyarakat awam akan prosedur undang undang berkait kes tersebut. Ini mungkin disebabkan kurang pendedahan sebenar maklumat berkaitan perkara tersebut. 3).Secara umum beliau masih lagi belum secara rasmi didakwa di bawah pertuduhan membunuh, iaitu di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kematian dengan sengaja/ dengan niat. 4). Pada peringkat ini,kes masih didengar di peringkat Mahkamah Majistret bagi tujuan pengurusan kes. Pengurusan kes bermaksud adalah peringkat bagi memastikan segala dokumen/keterangan yang berkaitan kes tersebut siap sepenuhnya bagi tujuan perbicaraan kelak. Antara yang paling penting adalah laporan bedah siasat,laporan DNA dan izin dakwa dari pihak Peguam Negara/Pendakwa Raya. Peringkat ini agak mengambil masa,sekitar 6 hingga 12 bulan. Dala...
Oleh, Ahmad Deniel Roslan. Peguam Bela & Peguam Cara/Peguam Jenayah/Peguam Syarie. Pahang,Malaysia.