Skip to main content

Salahkah Membunuh Perompak di Rumah Kita Sendiri?

Salahkah Membunuh Perompak di Rumah Kita Sendiri?

1).Kes Saudara "Zulkifli" sedang viral tanda simpati masyarakat.

2).Walaupun begitu, tidak kurang juga salah faham kefahaman masyarakat awam akan prosedur undang undang berkait kes tersebut. Ini mungkin disebabkan kurang pendedahan sebenar maklumat berkaitan perkara tersebut.

3).Secara umum beliau masih lagi belum secara rasmi didakwa di bawah pertuduhan membunuh, iaitu di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyebabkan kematian dengan sengaja/ dengan niat.

4). Pada peringkat ini,kes masih didengar di peringkat Mahkamah Majistret bagi tujuan pengurusan kes. Pengurusan kes bermaksud adalah peringkat bagi memastikan segala dokumen/keterangan yang berkaitan kes tersebut siap sepenuhnya bagi tujuan perbicaraan kelak. Antara yang paling penting adalah laporan bedah siasat,laporan DNA dan izin dakwa dari pihak Peguam Negara/Pendakwa Raya. Peringkat ini agak mengambil masa,sekitar 6 hingga 12 bulan. Dalam tempoh ini, Tertuduh tidak ditawar ikat jamin kerana undang undang tidak membenarkan jaminan bagi kesalahan seumpama ini. Walaupun begitu, ada kes kes khas jaminan dibenarkan,namun sangatlah jarang dan atas faktor faktor khas sahaja.

5).Sekiranya izin dakwa sudah diperolehi,maka kes tersebut akan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi bagi tujuan perbicaraan. Sebelum perbicaraan dimulakan, peguam yang mewakili tertuduh boleh membuat permohonan kepada pihak pendakwa raya bagi tujuan sama ada mohon digugurkan kes,meminda pertuduhan atau persetujuan hukuman. Permohonan ini dipanggil Representasi. Jika tiada apa apa perkembangan, barulah perbicaraan akan dimulakan.

6).Berkait isu yang menjadi kerisauan/persoalan membara di hati fikiran masyarakat iaitu, adakah salah bagi seseorang itu mempertahankan diri dari penjenayah? Hal ini agak rumit bagi orang awam memahaminya dari sudut undang undang dan praktikalnya.

7).Namun secara ringkasnya, isunya adalah adakah langkah langkah mempertahankan diri yang diambil itu berpadanan/bersesuaian dengan dengan ancaman dari penjenayah.

8). Contohnya, ketika hendak pulang ke rumah dari kebun setelah menebas semak samun,anda melihat seseorang sedang mengumpil pintu utama rumah anda. Suspek tidak membawa apa apa senjata berbahaya tetapi hanyalah sebatang pemutar skru kecil. Suspek juga seorang tua berumur lebih kurang 60 tahun dan anda pula seorang muda gagah perkasa berumur 30 tahun. Apabila dijerkah suspek itu, suspek cuba melarikan diri, namun anda cuba tetap menangkapnya. Ketika itu suspek dalam meronta melepaskan diri, suspek telah mengacu anda dengan pemutar skru yang dibawanya. Maka anda pula cuba mempertahankan diri,lalu lantas mengambil parang yang kebetulan berada di tangan anda yang mana dibawa bersama ke kebun tadi. Lalu anda telah menetak kepala suspek sebanyak 20 kali bagi mempertahankan diri juga akibat marah dan geram kepada suspek tersebut. Akibatnya suspek mati di tempat kejadian.

9).Maka persoalan di sini, adakah wajar tindakan anda tersebut ke atas suspek, atau sepatutnya cukup sekadar menangkapnya tanpa menetak kepalanya memandangkan suspek juga berusia 60 tahun dan tidak segagah mana. Atau wajar sekadar menenetak sekali di kaki saspek bagi tujuan suspek menyerah diri? Itulah persoalannya di sini.


10). Oleh itu bagi kes saudara zulkifli, biarlah Mahkamah menentukan apakah tindakan beliau adalah benar dan sah di sisi undang undang. Kita yakin, peguam yang dilantik akan mampu menegakkan keadilan dan membantu beliau mencapai keadilan dengan sebaiknya. Beliau masih belum bersalah selagimana belum dibuktikan bersalah oleh pihak Mahkamah/Hakim.

11).Akhirnya juga, disinilah perlu dan pentingya ada peguam mewakili tertuduh dalam kes kes jenayah dan seumpama ini. Maka lontaran lontaran kepada golongan peguam sebelum dari ini yang mengatakan peguam membela orang yang salah/penjenayah perlulah difikir kembali dan ditelusuri dengan cukup cermat dan berhikmah.

12).Hakikatnya, peguam hanya bertugas membantu Mahkamah bagi memastikan segala keterangan yang dibawa ke Mahkamah adalah cukup /benar/kredibel bagi menyabitkan tertuduh dan tertuduh tidak diainaya/terainaya. Seterusnya ini bagi memastikan tertuduh mendapat pembelaan yang sepatutnya.

Ahmad Deniel
1/1/2016
Tetuan Mohd Fadzli & Co

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.