Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2009

Akidah Dalam Kehidupan Umat Islam - Siri 1

Pengertian Akidah. "Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda dan berkata: S esungguhnya Allah telah memberi tiap-tiap yang berhak akan haknya. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan yang fardhu menentukan yang sunat, menggariskan (hukum) hudud. Allah telah menghalalkan perkara yang halal, mengharamkan perkara yang haram. Allah menggubal ad-Din cara hidup yang mudah, lapang dan luas. Ia tidak menjadikannya sempit. Sesungguhnya tidak beriman (sempurna iman) orang yang tidak amanah tidak beragama yang tidak boleh dipegang janjinya. Barang siapa yang menyalahi janji setianya dengan Allah pasti ia dituntut oleh-Nya. Siapa yang menyalahi janjinya denganku nescaya aku menjadi lawannya, manakala siapa yang menjadi lawanku pasti aku akan kalahkan. Siapa yang menyalahi janjinya denganku maka tidaklah ia mendapat syafaatkudan tidaklah ia sampai ke Haudh (kolam air pelepas dahaga di akhirat)." Manusia digerakkan oleh berbagai dorongan. Dorongan itu bersumberkan dasar asas p...

Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Teori Fizik

Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal. Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas ...

Doa Dalam Kehidupan Muslim

Memang tidak dinafikan bahawa orang beriman juga berhadapan dengan kepahitan hidup. Tetapi mereka menghadapinya dengan penuh kerelaan hati dan penyerahan yang sebenar kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala. Jika kesukaran dan kesedihan yang dihadapi amat berat terasa di bahu kita untuk memikulnya, maka pada ketika itulah kita meminta bantuan daripada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala. Bantuan yang diminta itu, sama ada untuk melenyapkan kesukaran itu, menguranginya atau untuk tabah menghadapinya. Apabila datang kesusahan dan bala, baginda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam selalu menganjurkan kepada para sahabatnya supaya memohon bantuan daripada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala. Kerana hanya Dialah yang berkuasa melepaskan kita daripada sebarang kesusahan. Pada suatu hari, baginda SallaLlahu 'alaihi Wasallam masuk ke masjid, kata Abu Sa'id al-Khudri, lalu baginda melihat seorang lelaki Ansar bernama Abu Umamah sedang termenung, pada wajahnya tergambar kedukaan. Kemudian bagi...

Kesan Zikir Kepada Otak

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas. . Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. . Otak mula memahami per...