Skip to main content

Akidah Dalam Kehidupan Umat Islam - Siri 1


Pengertian Akidah.


"Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda dan berkata:

Sesungguhnya Allah telah memberi tiap-tiap yang berhak akan haknya. Sesungguhnya Allah telah mewajibkan yang fardhu menentukan yang sunat, menggariskan (hukum) hudud. Allah telah menghalalkan perkara yang halal, mengharamkan perkara yang haram. Allah menggubal ad-Din cara hidup yang mudah, lapang dan luas. Ia tidak menjadikannya sempit. Sesungguhnya tidak beriman (sempurna iman) orang yang tidak amanah tidak beragama yang tidak boleh dipegang janjinya.

Barang siapa yang menyalahi janji setianya dengan Allah pasti ia dituntut oleh-Nya. Siapa yang menyalahi janjinya denganku nescaya aku menjadi lawannya, manakala siapa yang menjadi lawanku pasti aku akan kalahkan. Siapa yang menyalahi janjinya denganku maka tidaklah ia mendapat syafaatkudan tidaklah ia sampai ke Haudh (kolam air pelepas dahaga di akhirat)."



Manusia digerakkan oleh berbagai dorongan. Dorongan itu bersumberkan dasar asas pemikirannya. Andaikata akal nya tidak di huni oleh suatu pola pemikiran khusus tetapi sekadar pemikiran yang terpancar pancar serta keyakinan yang tidak terarah maka sikap dan tindak tanduknya ditentukan oleh perasaan dan pertimbangan yang terkuat tanpa merujuk kepada suatu pola pemikiran khusus. Sebaliknya jika akar tersebut telah dikuasai oleh suatu minhaj berfikir atau pola pemikiran khusus maka seluruh gerak dan sikapnya akan merujuk kepada pola tersebut dengan segala kriteria khususnya.


Asas pola pemikiran ini disebut iman . Tauhid adalah ciri khasnya. Ubudiah intipatinya manakala akidah adalah rentetan darinya. Ibadah pula gandingannya. Akhlak buah dan hasil tuaian nya.


Dari segi bahasa akidah bermakna simpulan atau ikatan. Ia membayangkan komitmen atau sikap yang terikat dengan pola keimanan dan pemikiran yang di internalize oleh seseorang . Keyakinan dan pemikiran tersebut mengandungi nilai , narm, role atau peranan dan sebagainya.


Akidah bukan hanya mencorakkan minda atau pemikiran tetapi juga perasaan interaksi, sikap, sahsiah dan struktur budaya, sistem hidup dan akhlak seseorang .


Akidah keagamaan yang kuat mengikat pemikiran dan corak hidup manusia. Ia akan menjernihkan rohaniah meluruskan kaedah berfikir, menghasilkan kebijaksanaan yang berasaskan kepada petunjuk Allah. Ia akan menjadikan manusia mengikut pedoman Al Quran, Sunnah, Ijma' dan kias. Tujuan utama manusia beriman dan berakidah Islamiah ialah untuk menyembah Allah selaras dengan firman Allah: Bermaksud " Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah ". (Surah Al-Zariyat 56)


Komitmen keagamaan yang kuat juga sering menghasilkan tamaddun manusia dari abad keabad. Hampir tidak ada tamadun manusia yang tidak di latari oleh motivasi agama. Tamadun Islam masa lampau di jana oleh kekentalan akidah, kekuatan iman yang amat padu oleh para leluhun dizaman silam. Para salaf al Saleh tersebut gigih mendaulatkan keyakinan mereka di bumi Allah. Mereka sanggup menempuh berbagai-bagai jenis cababran, dugaan hinggalah maut ataulah mati syahid.


Akidah merujuk kepada keyakinan bahawa sumber nilai norm dan hukum hakam ialah Allah swt yang maha esa. Segala-galanya dijadikan berkhidmat untuk Allah, sesuai dengan kehendak Allah. Akidah Islam selaras dengan fitrah manusia. Allah berfirman: Maksudnya "Ia adalah agama fitrah yang manusia semuanya dicipta berdasarkannya". (Surah Al-Rum 30)


Allah berfirman lagi: Maksudnya "Katakan kalau ada tuhan lain bersama Allah seperti mana yang mereka katakan mescaya tuhan-tuhan lain itu akan cuba berusaha menggeser tuhan yang menduduk arasy. Akan tetapi Maha suci dan terlalu mah a tinggi dan agung Allah dari tewdedah (kepada sebarang gugatan) seperti mana yang mereka katakan". (Surah Al-Isra' 42)


Firman Allah lagi: Maksudnya "Masakan Allah mempunyai anak apatah lagi masakan pula ada bersamanya tuhan yang lain. Kalau demikian tentu tuhan akan membawa pergi apa yang mereka cipta. Dan sudah tentu pula segolongan tuhan akan menguasai segolongan tuhan yang lain (akan tetapi) maha suci Allah ( untuk berkeadaan) seperti yang mereka sifatkan. Ia maha mengetahui perkara yang gaib dan yang ada di dunia nyata. Sesungguhnya ia maha tinggi dari segala yang sekutukan, (Surah Al-Mu'minun 91)


Tauhid Rububiah dan Uluhiah menjernihkan asas iman kepada Allah sebagai penguasa alam yang mutlak. Kehendaknya mutlak, penilaiannya adalah yang terbaik. Norma dan pattern peri laku yang di sunnah kannya adalah yang terbaik. Muhammad pesuruhnya adalah setepat-tepat model untuk manusia yang ingin perintah Nya yang amat bijaksana.


Iman ialah ungkapan hati dan lidah. Ia juga amalan hati, lidah dan anggota. keimanan yang benar dan tulus memungkinkan seseorang mencapai mertabat yang paling tinggi di dunia dan juga di akhirat. Allah berfirman: maksudnya: Orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya, mereka itulah golongan siddiqin ( jujur tulin). (Surah Al-Hadid 19)


Mereka menurut dan menerima nilai-nilai Islam yang mencorakkan sikap, tanggapan dan emosi mereka dengan hati dan dengan perbuatan. Mereka lumrahnya berkata:Maksudnya: "Hai tuhan kami, kami beriman dengan segala yang telah engkau turunkan dan kami mengikut rasulallah saw. Oleh itu catitkanlah (nama) kami bersama dengan orang-orang yang menjadi saksi. (Surah Ali- Imran 53)

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.