Skip to main content

Doa Dalam Kehidupan Muslim

Memang tidak dinafikan bahawa orang beriman juga berhadapan dengan kepahitan hidup. Tetapi mereka menghadapinya dengan penuh kerelaan hati dan penyerahan yang sebenar kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala.

Jika kesukaran dan kesedihan yang dihadapi amat berat terasa di bahu kita untuk memikulnya, maka pada ketika itulah kita meminta bantuan daripada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala. Bantuan yang diminta itu, sama ada untuk melenyapkan kesukaran itu, menguranginya atau untuk tabah menghadapinya.

Apabila datang kesusahan dan bala, baginda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam selalu menganjurkan kepada para sahabatnya supaya memohon bantuan daripada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala. Kerana hanya Dialah yang berkuasa melepaskan kita daripada sebarang kesusahan.


Pada suatu hari, baginda SallaLlahu 'alaihi Wasallam masuk ke masjid, kata Abu Sa'id al-Khudri, lalu baginda melihat seorang lelaki Ansar bernama Abu Umamah sedang termenung, pada wajahnya tergambar kedukaan. Kemudian baginda Rasul bertanya; "Apa yang engkau buat di sini pada waku begini, wahai Abu Umamah?"

Abu Umamah menjelaskan; "Aku sedang bingung kerana terlalu banyak hutang, ya Rasulullah."

"Sukakah engkau aku ajarkan satu bacaan yang dapat melangsaikan hutang-hutangmu dan melenyapkan duka dan kesedihanmu?"

Abu Umamah berkata; "Tentulah aku suka, ya Rasulullah!"

"Bacalah setiap pagi dan petang bacaan ini," kata baginda Rasul.

Bacaan yang dimaksudkan baginda tersebut ialah;

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada [sifat] pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia." [Riwayat Abu Daud]

Kemudian Abu Umamah berkata; "Doa tersebut aku amalkan dan akhirnya Allah Subha Nahu Wa Ta'ala menyelesaikan hutang-hutangku, begitu juga kesusahanku."

Dilihat daripada segi logiknya, memang mengulangi kalimat-kalimat tertentu boleh mengubah suasana kejiwaan seseorang.

Doa yang diajarkan oleh Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam tadi berisi kalimat-kalimat yang dapat mengubah jiwa orang yang membacanya. Apabila jiwa berubah, maka dengan sendirinya berubah pula cara bertindak orang tersebut, insya-Allah. Abu Umamah yang sedang dirundung kedukaan kerana hutang yang tidak mampu dibayarnya ditolong oleh Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam dengan mengajarkan beberapa kalimat doa, yang dengannya jiwa Abu Umamah berubah dengan membacanya setiap hari.

Apabila jiwa yang kusut dan hati yang rungsing sudah dapat diatasi, tentulah Abu Umamah dapat berfikir dengan baik, seterusnya berusaha untuk mencari wang pembayar hutang-hutang yang melilit pinggangnya. Ternyata, dengan fikiran yang jernih dan jiwa yang tenang, Abu Umamah berhasil melangsaikan hutangnya.

Memang doa-doa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam ada persamaan dengan syair-syair pembangkit semangat dan pendorong jiwa untuk berubah, supaya orang yang mendengar dan membacanya terus bertindak.

Sesungguhnya doa-doa ini bukanlah hanya sekadar doa yang memohon sesuatu daripada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala oleh orang yang malas bekerja. Tetapi, yang demikian adalah suatu pertolongan yang timbul daripada kebenaran serta keyakinan yang kuat. Maka dengan membacanya, orang bekenaan mampu manghadapi apa jua bentuk persoalan yang datang dalam hidupnya.

Selain daripada itu, doa-doa ini juga adalah suatu sempadan nilai yang sewajarnya menjadi pegangan orang Mukmin, yakni setiap usaha dan pekerjaan yang dilakukan adalah atas dasar iman dan takwa kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala.

Maka, diharapkan bertambah baik jiwa seseorang, bertambah mantap tekadnya, setelah membaca doa-doa yang mengadungi motivasi ini. Lalu, kerana berkat doa-doa ini, maka semakin baik pulalah amalan agama seseorang dan bertambah baik pula kehidupan dunianya.



Salah Faham Terhadap Amalan Doa


Sesetengah manusia membuat andaian doa sebagai keluh-kesah yang rendah nilainya, lantaran seseorang itu tidak lagi mampu berhadapan dengan cabaran di dalam kehidupannya. Inilah tanggapan mereka yang mengatakan doa tidak lebih daripada permintaan tanpa disertai usaha.

Sebenarnya bukan begitu yang dimaksudkan dengan doa-doa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam. Jika ada orang yang beranggapan sedemikian, maka doa adalah tidak lebih daripada sekadar angan-angan dan khayalan kosong yang diharapkan akan menjadi kenyataan pada satu masa akan datang, sedangkan masa hadapan adalah masih ghaib di tabir waktu.

Ada pula orang yang beranggapan, mereka yang beriman dan bertakwa adalah mereka yang telah menempah kesusahan dan kemelaratan hidup di dunia.

Alangkah sesatnya anggapan tersebut. Ini adalah suatu penghinaan yang keterlaluan terhadap kemuliaan Islam sebagai agama yang diturunkan oleh Allah Subha Nahu Wa Ta'ala ke muka bumi bagi kepentingan manusia keseluruhannya.

Anggapan yang keliru ini sepatutnya tidak terjadi sekiranya mereka benar-benar memahami ajaran Islam. Bukankah baginda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam sendiri yang sering berdoa dengan doa berikut;

"Oh Tuhanku! Perbaikilah urusan agamaku, kerana ia adalah pemelihara setiap urusanku, dan perbaikilah urusan duniaku, kerana di dalamnyalah aku hidup; dan perbaikilah urusan akhiratku, kerana akan ke sana juga aku akhirnya, dan jadikanlah kematian itu sebagai tempat rehat bagiku daripada setiap keburukan." [Riwayat Tirmizi]

Rujukan: Rahsia Kebahagiaan Menurut Islam, Sheikh Muhammad Al-Ghazali


Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.