Skip to main content

Posts

Showing posts from 2011

Koleksi Ceramah-Ceramah Agama, MUST LISTEN

Setiap manusia membuat kesilapan, begitulah juga penceramah-penceramah di bawah ini. Maka dari itu, mungkin ada penceramah yang tersasul bahasa, atau tersalah sebut ayat-ayat Al-Quran atau Hadis Nabi dengan tidak disengajakan. Setiap penceramah ada kelemahan dan kekuatannya masing-masing. Maka usahlah kita hanya mengkeji atau mencerca mereka semata-mata di atas kelemahannya itu, sebaliknya marilah kita ambil apa-apa yang bermanfaat daripadanya. Setiap penceramah mempunyai gaya bahasa dan penyampaian yang berbeza. Kita harus cuba memahami perkara ini dengan sebaik-baiknya. Memang begitulah Allah menciptakan manusia dengan berbagai-bagai bangsa, budaya dan personaliti yang tersendiri. Sejarah sendiri telah membuktikan bahawa para sahabat Baginda s.a.w mempunyai berbagai-bagai personaliti dan gaya yang tersendiri. Sama-samalah kita ambil manfaat untuk mencari sedikit pengetahuan buat bekalan khidupan seharian kita. Ambilah sedikit masa kita, Insyallah ada keberkatan buat kita semua. S

(Prosidur Tuntutan Kecil) Mahkamah Majistret

PROSIDUR TUNTUTAN KECIL DI MAHKAMAH MAJISTRET Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, pelanggaran kontrak/perjanjian, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah tidak melebihi RM5,000.00 sahaja. Asasnya, Mahkamah ini diwujudkan bagi membicara kes di mana hanya pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja yang terlibat tanpa menggunakan peguam bagi tujuan mengurangkan kos guaman yang ditanggungi pihak-pihak. Ini membolehkan pihak-pihak yang mempunyai masalah keawangan bagi melantik peguam, untuk memfailkan dan mengendalikan secara senidiri tuntutan mereka di Mahkamah. Walaubagaimanapun, pihak-pihak mempunyai pilihan untuk berunding/mendapatkan nasihat daripada peguam di luar Mahkamah bagi memudahkan urusan tuntutan di Mahkamah kelak. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DITUNTUT? 1. Mendapatkan kembali hutang. 2. Tuntutan barangan. 3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar. 4.

Bertafakkur Dapat mengatasi Masalah Keras Hati

Sesunguhnya manusia amat memerlukan ruang dan waktu untuk dirinya bertafakur; menenggelamkan hati dan jiwanya ke alam yang jauh dari unsur keserabutan duniawi. Tekanan dihadapi setiap hari boleh menyebabkan hati manusia menjadi kasar dan bengis sehingga dirinya kehilangan ‘sentuhan manusiawi’. Apabila orang lain berasa tidak seronok dengan ‘ganasnya hati dan tingkah laku kita’, maka sebenarnya kita berada dalam keadaan iman yang mencorot pada peringkat terendah dalam cartanya. Apabila hati menjadi keras ia boleh mempengaruhi amal perbuatan yang dilakukan. Orang akan berasa ketajaman lidahnya apabila si keras hati bercakap, unsur maki hamun, menuduh tanpa fakta benar, mencaci dan merendah-rendahkan musuhnya semata-mata hendak menunjukkan kekuatan egoisme sendiri.   Dia sentiasa berada dalam keadaan tegang kerana konflik yang diciptakannya dengan orang lain. Jika bermuamalah – menzalimi; kalau berniaga – suka menipu; jika bersahabat – cari peluang berkhianat; apabila kuat – menindas