Skip to main content

Bertafakkur Dapat mengatasi Masalah Keras Hati

Sesunguhnya manusia amat memerlukan ruang dan waktu untuk dirinya bertafakur; menenggelamkan hati dan jiwanya ke alam yang jauh dari unsur keserabutan duniawi. Tekanan dihadapi setiap hari boleh menyebabkan hati manusia menjadi kasar dan bengis sehingga dirinya kehilangan ‘sentuhan manusiawi’. Apabila orang lain berasa tidak seronok dengan ‘ganasnya hati dan tingkah laku kita’, maka sebenarnya kita berada dalam keadaan iman yang mencorot pada peringkat terendah dalam cartanya.

Apabila hati menjadi keras ia boleh mempengaruhi amal perbuatan yang dilakukan. Orang akan berasa ketajaman lidahnya apabila si keras hati bercakap, unsur maki hamun, menuduh tanpa fakta benar, mencaci dan merendah-rendahkan musuhnya semata-mata hendak menunjukkan kekuatan egoisme sendiri.

 
Dia sentiasa berada dalam keadaan tegang kerana konflik yang diciptakannya dengan orang lain. Jika bermuamalah – menzalimi; kalau berniaga – suka menipu; jika bersahabat – cari peluang berkhianat; apabila kuat – menindas orang lemah; hidupnya untuk memanipulasi orang lain demi kepentingan sendiri.
 
Betapa kerasnya hati orang yang tidak mahu mengakui kebenaran dan hidup di dalam kepura-puraan. Sembahyangnya tegak bersama kaum Muslimin, namun selepas habis ibadatnya itu, ia kembali menyakiti orang di sekelilingnya. Puasanya panjang setiap Ramadan, namun sungguh sayang puasanya itu menyebabkan hatinya semakin berlagak suci dan bersih dari dosa.
 
Haji dan umrahnya setiap tahun berulang, tetapi rezeki yang dibawa ke tanah suci itu hasil penindasan dan kezaliman atau kerana sikap kedekut dan bakhil terhadap si miskin dan sanak saudaranya. Apakah orang seperti ini merasai kenikmatan ketika ia beribadah?
Tanda kekerasan hati sesungguhnya boleh difahami menerusi tafakur yang mendalam terhadap keperibadian kita sebenar. Tidak dinafikan juga khidmat nasihat orang lain yang mahu memberi komen yang ikhlas walaupun pahit untuk didengar. Tetapi, jarang manusia mengamalkan dua petua itu, tafakur dan dengar nasihat. Padahal kedua-duanya sama penting untuk mematangkan iman seseorang.
 
Di dalam tafakur kita hanya memikirkan hubungan kita dengan Allah. Orang bertafakur cuba menjawab persoalan menyentuh jiwa kemanusiaannya. Seperti hendak menilai ‘siapakah aku’ di sisi Allah dan di tengah-tengah umat manusia?
Siapakah diri yang berada pada jasadku ini?

 
Seorang wanita pernah bertanya kepada Saidatina Aisyah: “Mengapa hatiku keras dan jiwaku tidak tenang?” Aisyah berkata: “Perbanyaklah mengingati mati, ia boleh melembutkan hati.”
Ubat bagi kekerasan hati adalah membuang setiap ego dan kekuatan yang dimiliki dan sentiasa ingat kepada kemusnahan dan kelemahan diri di hadapan Tuhan Yang Maha Kuasa.
 
Orang yang keras hati berasa dirinya tidak perlukan orang lain, hartanya boleh menjamin kebahagiaan, pangkat membuatnya rasa aman dan selamat. Sehingga ia tidak berasa takut menzalimi dan menindas sesiapa saja yang tidak penting bagi dirinya. Tetapi, dia lupa ada yang lebih kuat dan berkuasa daripada harta dan pangkatnya itu, tidak ingatkah ia kepada Tuhannya? Yang memberi segala-gala kepada dirinya dan akan mengambil kembali semuanya itu?
 
Firman Allah mengingatkan kita mengenai ‘kuasa hebatNya’: “Wahai Tuhan Yang memiliki kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kekuasan daripada orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. DitanganMu segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.”
- (Surah Ali Imran ayat: 26)
Ayat ini boleh membantu melembutkan hati ketika kita bertafakur. Ia mengandungi mesej begitu mendalam – kelemahan kita dan kekuatan Allah. Ia mengingatkan kita bahawa kebahagiaan itu hanya dapat dirasai nikmatnya dengan mengakui kelemahan diri di hadapan Allah sambil berbuat kebaikan ditengah-tengah umat manusia. Kekerasan hati boleh membunuh iman secara perlahan-lahan.
 
Tanda awalnya boleh dirasa, iaitu ketika manusia berasa kuat dan hebat hingga menolak yang hak dan suka mengikut yang batil. Kemudian taat pada perintah nafsu dan gelojoh memuaskan keinginannya, jauh dari ilmu dan cahaya iman, lupakan akhirat dan akhirnya lari daripada Allah bahkan berlagak hebat melebihi kekuasaan Tuhan.
 
Allah mengingatkan mereka yang memiliki hati sekeras batu menerusi firmanNYA: “Kemudian setelah itu hatimu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu itu sungguh ada yang mengalir sungai daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang terbelah lalu keluarlah mata air daripadanya dan di antaranya sungguh ada yang meluncur jatuh kerana takut kepada Allah. Dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang kamu kerjakan.”
- (Surah Al-Baqarah ayat: 74)
 
Sedangkan batu boleh pecah terbelah kerana takut kepada Allah di samping itu daripadanya manusia mendapat manfaat. Mengapa si keras hati tidak memikirkan tanda kebesaran Allah supaya hatinya lembut dan tunduk? Hati yang keras dapat diubati dengan tafakur menilai diri sambil mengingati Allah. Tidak cukup setakat itu saja, bahkan kita juga memerlukan tunjuk ajar dan nasihat orang lain untuk menyelongkar ke dasar hati siapakah diri kita sebenarnya menurut perspektif insan di sekeliling kita.
Rujukan :
http://bliss-infinity.blogspot.com/2009/10/bertafakur-atasi-masalah-keras-hati.html

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.