PROSIDUR TUNTUTAN KECIL DI MAHKAMAH MAJISTRET
Mahkamah Tuntutan Kecil diwujudkan bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai untuk membuat tuntutan yang berupa hutang, pelanggaran kontrak/perjanjian, perkhidmatan dan lain-lain di mana jumlah tuntutan ialah tidak melebihi RM5,000.00 sahaja.
Asasnya, Mahkamah ini diwujudkan bagi membicara kes di mana hanya pihak menuntut dan pihak kena tuntut sahaja yang terlibat tanpa menggunakan peguam bagi tujuan mengurangkan kos guaman yang ditanggungi pihak-pihak. Ini membolehkan pihak-pihak yang mempunyai masalah keawangan bagi melantik peguam, untuk memfailkan dan mengendalikan secara senidiri tuntutan mereka di Mahkamah. Walaubagaimanapun, pihak-pihak mempunyai pilihan untuk berunding/mendapatkan nasihat daripada peguam di luar Mahkamah bagi memudahkan urusan tuntutan di Mahkamah kelak.
APAKAH PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DITUNTUT?
1. Mendapatkan kembali hutang.
2. Tuntutan barangan.
3. Upah sesuatu perkhidmatan yang tak dibayar.
4. Sewa menyewa.
5. Tuntutan atas barangan yang rosak.
6. Tuntutan persembahan yang tidak dilaksanakan.
DI MANA TUNTUTAN PERLU DIBUAT DAN BAGAIMANA HENDAK MEMULAKAN SAMAN?
1) Secara umum, Aturan 93, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, berkaitan Tatacara Tuntutan Kecil adalah undang-undang yang mengariskan tatacara proses tuntutan kecil.
2) Tuntutan (saman) ini boleh dibuat di mana-mana Mahkamah Majistret yang berhampiran. Pejabat Pendaftaran Mahkamah Majistret dibuka pada waktu pejabat.
3) Pihak yang menuntut dikenali sebagai “Plaintif”, manakala pihak yang dituntut dikenali sebagai “Defendan”.
4) Bagi memulakan saman, plaintif dikehendaki mengisi Borang 198 yang telah disediakan di Mahkamah dalam [4] salinan dan menyatakan amaun dan butir-butir tuntutannya. Butir-butir itu mestilah menyatakan tarikh relevan dan bagaimana tuntutan itu telah berbangkit dan apakah asas tuntutan itu.Tandatangan di borang tersebut atau cap jari. Borang 198 tersebut boleh didapati secara percuma.
5) Setelah menyiapkan borang, plaintif mestilah memfailkan borang dalam 4 salinan tersebut di Pejabat Pendaftaran bagi Mahkamah Majistret Kelas Dua. Plaintif mestilah membayar bayaran pemfailan sebanyak RM20.00. Pejabat Pendaftaran akan meletakkan meterai Mahkamah ke atas 4 salinan borang itu dan mengisikan tarikh pendengaran.
6) Seterusnya, plaintif perlu membuat penyampaian Borang 198 yang telah dimetrai tersebut melalui penyampaian secara kediri atau melalui pos berdaftar pra bayar yang dialamatkan kepada alamat terakhir defendan yang diketahui.
7) Sekiranya defendan yang telah disampaikan secara sempurnanya dengan Borang 198 mempertikaikan tuntutan, defendan bolehlah menyampaikan pembelaannya dalam Borang 199 yang difailkan dalam empat salinan dalam empat belas hari selepas penyampaian tuntutan itu.
8) Borang 199 hendaklah mengandungi butir-butir tentang mengapa defendan mempertikaikan tuntutan dan sekiranya defendan mempunyai suatu tuntutan balas, defendan hendaklah menyatakan amaun dan butir-butir tuntutan balas dalam borang itu. Borang 199 hendaklah ditandatangani atau dicap jari cetak oleh defendan sendiri.
9) Defendan mestilah memfailkan pernyataan pembelaan di Pejabat Pendaftaran Mahkamah. Jika defendan gagal memfailkan pembelaan kamu dalam masa yang ditetapkan atau jika defendan gagal hadir di Mahkamah pada tarikh pendengaran, maka Mahkamah akan memberikan penghakiman untuk plaintif berserta dengan kos.
10) Jika terdapat suatu tuntutan balas, plaintif boleh memfailkan suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu dalam Borang 200.
KEHADIRAN KE MAHKAMAH PADA TARIKH YANG DITETAPKAN
1) Apabila peringkat di atas telah selesai plaintif/defendan dikehendaki hadir ke Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah.
2) Majistret adalah pihak yang akan membicarakan kes plaintif/defendan. Majistret akan memastikan bahawa pihak-pihak mengemukakan bukti-bukti bagi menyokong kes masing-masing mengikut peruntukan undang-undang. Pihak-pihak perlu membawa semua saksi, buku-buku dan lain-lain yang menyokong tuntutan masing-masing. Pihak-pihak yang terlibat akan dibantu oleh Majistret di dalam perbicaraan.
3) Jika plaintif/defendan tidak memahami Bahasa Malaysia dengan baik, mereka perlu memberitahu Mahkamah sekiranya memerlukan bantuan jurubahasa sama ada Cina, India atau bahasa-bahasa lain.
4) Sekira defendan hadir dan menafikan tuntutan, maka Mahkamah akan tetapkan satu tarikh untuk bicara. Sebelum memutuskan kes, Mahkamah boleh meminta pihak-pihak untuk memberi maklumat lanjut berkaitan tuntutan dan pembelaan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
5) Mahkamah hendaklah mempertimbangkan keterangan dokumentar atau keterangan lain, termasuk keterangan affidavit yang diserahkan oleh pihak-pihak dan mahkamah hendaklah mendengar apa-apa keterangan lisan dan hujah, termasuk hujah bertulis, sebagaimana yang boleh dikemukakan oleh pihak-pihak.
6) Sekira defendan hadir dan bersetuju dengan tuntutan, maka Mahkamah akan memberi penghakiman perstujuan kepada plaintif dan mengarahkan defendan membayar sama ada di Mahkamah ataupun pada tarikh yang disetujui oleh kedua pihak.
7) Sekira defendan tidak hadir, maka plaintif kenalah membuktikan kepada Mahkamah bahawa plaintif telah menyerahkan saman sama ada melalui penyerahan sendiri atau pun melalui pos. Selepas itu plaintif berhak memohon Penghakiman Ingkar (tanpa kehadiran defendan).
8) Sekiranya plaintif tidak hadir tanpa sebab dan defendan hadir maka saman palintif boleh dibatalkan oleh Mahkamah.
9) Selain dari penghakiman, plaintif juga boleh menuntut kos iaitu perbelanjaan yang tidak melebihi RM100.00 dari defendan.
10) Sekiranya defendan gagal untuk melakasanakan pembayaran atau apa-apa perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah kepada Plaintif, maka Plaintif boleh memohon kepada Mahkamah supaya defendan/penghutang penghakiman membayar secara ansuran, atau hartanya disita/dijual atau memerintahkan defendan dipenjarakan. (A. 93 k. 16, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012).
Artikel ini dikeluarkan sebagai panduan dan untuk makluman sahaja.

Comments
Jikalau selepas pemfailan kes tuntutan kecil mahkamah majistret,defendan berharap menyelesaikan kes di luar mahkamah sebelum tarikh perbicaraan bermula,bagaimana mengeluarkan pemfailan/menghentikan prosidur tuntutan kecil ini? Proses pengeluaran pemfailan ini biasa mengambil masa berapa lama dan apakah borang yang perlu diisi ?sila bantu.
terima kasih,
Plantiff
Beberapa hari yang lepas saya ada ke mahkamah untuk membuat tuntutan kecil, tetapi saya diberitahu oleh pegawai di sana yang mana tuntutan kecil ni telah dimansuhkan.
Sebelum beli mulut manis. Akan bayar selpas terima barang. Tapi bila dah dapat,
Macam2 helah untuk tak nak bayar...
Sedikit persoalan untuk ditanya:
Situasinya begini, rumah kedai yg dibina atas tanah org dgn bayaran sewa tapak secara bulanan. Kemudian tuan tanah nak ambil balik tanah tersebut jadi mereka perlu bayar harga rumah kedai itu. Isunya sekarang, tuan tanah telah dengan sengaja mengubahsuai struktur rumah kedai dengan alasan utk dpt valuation tinggi loan bank. Adakah pihak saya boleh bawa kes sebegini ke mahkamah atas sebab tuan tanah telah dengan paksa mengubah struktur aset saya?
Harap dapat pandangan dari Tuan.
Terima kasih
Mohon pencerahan,
Pada 7/04/14 saya telah pergi ke workshop kereta untuk menukar motor fan yang rosak. Pekerja di kedai telah membaiki motor fan yang rosak dan memberitahu saya bahawa saya juga perlu menukar fan relay yang rosak juga. Apa yang pekerja tersebut lakukan, dia telah memasang fan relay baru yang kurang kualitinya tanpa mengeluarkan fan relay lama yang dikatakan rosak. Keadah pemasangan wayar yang dibuat dari bateri terus kepada fuis box (direct connection). Jadi pada 1/05/14, semasa saya sedang memandu di Maran, Pahang, fuis box saya telah terbakar & apabila diperika oleh mekanik dia menyatakan ia disebabkan oleh fan relay baru yang dipasang tidak betul kaedahnya & sepatutnya perlu menggantikan relay fan lama dengan yang baru. Disebabkan relay fan lama tidak ditukar dan pada masa sama memasang fan relay baru, ia menyebabkan wayar menjadi panas dan membakar fuis box saya. Persoalanyya, disebabkan kecuian oleh mekenik yang memasang fan relay, saya terpaksa membayar kos sebanyak RM3000 untuk membaiki fuis box baru. Pada pandangan tuan, boleh tak kes ini dibawa ke mahkamah kecil untuk tuntutan sebanyak RM3000?
Bagaimanakah untuk membuat tuntutan berjumlah RM40,000.00 Apakah kaedah terbaik dari segi perundangan yang perlu saya lakukan.
Sekiranya defendant membuat defence and counterclaim dan plaintif mengambil tindakan untuk menarik balik kes, apakah yang boleh dilakukan? Dah sekiranya plaintif berdegil.. apakah yang boleh dilakukan oleh plaintif?
terima kasih.
Pada 14 januari 2015 sy telah pergi ke restoran vivo pizza di aeon bandaraya melaka bersama kawan sy dan selepas membuat pesanan makanan, makanan siap dihidangkan serta sy menjamu selera pizza tersebut sehingga kepingan pizza yg kedua dan sy merasakan ada objek tajam dalam mulut sy dengan serta merta sy mengeluarkan didapati ada serpihan kaca sebesar gula-gula. didapati juga mulut sy berdarah serta pedih akibat luka terkunyah kaca. sy terus memanggil pihak pengurus dan die terus memohon maaf serta membatalkan bil sy dan ingin membawa sy ke mahkota medical. disitu die telah menawarkan dekat sy makan di vivo pizza sebanyak 6 kali secara percuma tetapi sy masih tidak berpuas hati dan memberi tempoh 24jam untuk pihak HQ call dan memberi maklum balas tentang insiden tersebut. pada 16 januari 2015 pengurusnya ingin berjumpa dengan sy untuk membayar pampasan sebanyak RM300 berserta sedikit buah tetapi dengan kata lain sy menolak kerana ini melibatkan nyawa sy,sekiranya kaca tersebut sy telan tertelan atau tercekik, RM300 dan buah tidak mampu sambung balik nyawa sy. apabila sy ingin berjumpa dengan bos besar mereka berdolak dalih sehinggalah mereka menyuruh sy membuat letter of demand dan pampasan yg sy telah kemukakan sebanyak RM100000. tempoh 2 minggu sy letakkan dalam surat tersebut dari 21 januari telahpun tamat tapi tidak ada sebarang pembayaran yg sy dapat. mereka hanya memberitahu yg kes ini mereka telah serahkan kepada insuran company tetapi sy mendapat panggilan dr crowford company untuk interview sy tentang insiden tersebut.pada 2 januari 2015 sy berjumpa dgn pihak crowford(adjuster) utk memberi butiran kejadian sebelum membuat report dan diserahkan kepada insuran company. namun pihak vivo pizza masih tidak menyerahkan dokumen yg diperlukan kepada crowford company menyebabkan insuran tidak dapat membayar pampasan sy. pada pandangan sy pihak vivo yg bersalah sangat melengahkan masa dan memperlekehkan kes ini. persoalan sy disini, jika sy ingin memfailkan saman sebanyak RM100000 tetapi sy tidak punyai peguam boleh ke? bagaimana sy dapat menyelesaikan kes ini dengan adil ya?
Adakah prosedur ini masih sama dan masih berkuatkuasa?
untuk tuntutan kecil di makahmah adakah perlu kelulusan pegawai polis?
untuk buat tuntutan kecil perlukah kelulusan dari polis
Maaf tuan kalau komen ini menganggu.
1. Adakah peguam boleh mewakili defendan dan plaintif semasa perbicaraan? Perlukah plaintif hantar Letter of Demand dahulu?
2. Untuk pihak yang kalah, perlukah ia menanggung kos peguam pihak yang menang?
3. Berapakah kos mahkamah yang perlu ditanggung untuk pihak yang kalah?
Sekian, amat berterima kasih.
Nak bertanya,saya ada masuk satu program pelaburan oil n gas dimana saya telah laburkan modal sebanyak rm14k,ikut perjanjian syarikat tersebut akan membayar profit kepada saya pada setiap bulan selama 6 bulan.bole tak saya membuat tuntutan?

Saya ada laburkan modal rm14k di syarikat oil n gas,dimana syarikat tersebut/individu akan membayar kpd saya profit setiap bulan selama 6 bulan,akan tetapi dah sampai 4 bln xdengar lagi berita, bila call individu yg saya berurusan tu tak berjawab,bole ke saya membuat tuntutan utk dptkan modal saya?
En Ahmad Denial...mohon pencerahan.Ex saya pernah meminjam wang daripada saya.sehingga sekarang dia tidak membuat sebarang bayaranpun mlh tidak mengakui yang dia telah berhutang kepada saya.Saya telah membuat laporan polis dan pihak polis mengatakan bahawa kes tersebut harus di rujuk ke peguam sivil.Bolehkah sekiranya saya mendapatkan surat tuntutan pembayaran tanpa membuat prosidur tuntutan kecil di mahkamah?
Kalau nak tuntut hutang yang dibuat secara lisan boleh ke? Banyak kes macam ni berlaku dan terkena pada saya gak. Yang ada cuma resit transfer bank dengan resit pengeluaran ATM.
Sy tuan punya kereta.bg kpd kawan utk smbung bayar (tanpa sebarang deposit). Pada mula nya ok saje die bayar. Tiba2 sgkut.die tdk buat bayaran 2-3 bln. Bank cr sy.sy bjaya berbincang dan selesaikan dgn kawan ini. Dan die smbung guna kereta dan buat byran bulanan pada bank.
Sekarang kjadian yg sama berulang.3 bln tiada pbayaran pd bank. Ofcoz bank cari saya.
Saya cuba berbincang dan bg pilihan..sekiranya tak boleh sambung byr atau tidak mampu..saya minta dia pulangkan kereta pada saya.bg mngelakkan masalah byran blanjutan.
Dia bagi syarat.saya perlu bayar rm5k utk dptkan semula kereta saya..
SayA tidak setuju..kereta masih atas nama saya.dan saya tidak kenakan sebarang byran deposit sebelum ini..cume teruS smbung bayar pada bank sahaja.
Kami mpunyai pjanjian antara kami berserta saksi. Genap setahun dia guna kereta dan buat bayaran bg pihak sy.
Boleh saya gunakan tuntutan kecil utk masalah saya?
Kami tidak mbuat pertukaran nama utk kereta tersebut, disebabkan kawan ini mempunyai komitmen lain da tidak mpunyai kelayakan utk permohonan br.
Niat utk menolong..disalah gunakan..
Saya harap dpt selesaikan sebelum masalah ini blanjutan dgn pihak bank.
Sekiranya jumlah tuntutan hutang pada individu berjumlah RM100k , tuntutan sepatutnya dipanjang kepada siapa?
1.sy telah mengupah seorg bridal utk melakukan persiapan pekahwinan sbyk rm25750
2.sy membuat claim sbyk rm5000 atas ape yang tiada di lakukan dlm pakej.
3.jika pihak defenden mntx tarikh untuk pembelaan mcm mana ea..sama ada kena upah lawyer atau tidak?
4.dn pihak plaintif tiada wang untuk mengupah lawyer bagaimana pula?sy berharap dpt feedback dr encik daniel..
Kalau sekiranya kes penghutang meminjam rantai emas ibu saya dan menggadaikannya atas nama beliau, bolehkan kami menuntut hutang tersebut. Utk makluman, tiada hitam putih dibuat antara dua pihak ketika itu, cuma ada saksi ketika penyerahan barang kemas tersebut dan ketika gadaian dilakukan terdapat saksi, penghutang dan peminjam. Tindakan apakah yang boleh diambil oleh saya untuk mendapatkan kembali hak ibu saya itu memandangkan sudah masuk 4 tahun, hutang tersebut masih belum dijelas. Terima kasih.