Setiap manusia membuat kesilapan, begitulah juga penceramah-penceramah di bawah ini. Maka dari itu, mungkin ada penceramah yang tersasul bahasa, atau tersalah sebut ayat-ayat Al-Quran atau Hadis Nabi dengan tidak disengajakan. Setiap penceramah ada kelemahan dan kekuatannya masing-masing. Maka usahlah kita hanya mengkeji atau mencerca mereka semata-mata di atas kelemahannya itu, sebaliknya marilah kita ambil apa-apa yang bermanfaat daripadanya. Setiap penceramah mempunyai gaya bahasa dan penyampaian yang berbeza. Kita harus cuba memahami perkara ini dengan sebaik-baiknya. Memang begitulah Allah menciptakan manusia dengan berbagai-bagai bangsa, budaya dan personaliti yang tersendiri. Sejarah sendiri telah membuktikan bahawa para sahabat Baginda s.a.w mempunyai berbagai-bagai personaliti dan gaya yang tersendiri. Sama-samalah kita ambil manfaat untuk mencari sedikit pengetahuan buat bekalan khidupan seharian kita. Ambilah sedikit masa kita, Insyallah ada keberkatan buat kita semua. S...
Oleh, Ahmad Deniel Roslan. Peguam Bela & Peguam Cara/Peguam Jenayah/Peguam Syarie. Pahang,Malaysia.