Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2012

PENGIRAAN DUTI SETEM BAGI PINDAHMILIK HARTA TANAH

DUTI SETEM Apabila sesuatu harta tanah dipindahmilik, penerima pindah milik dikenakan Duti Setem. Duti Setem dibayar berasaskan kepada harga harta tanah tersebut atau nilai pasarannya, yang mana Iebih tinggi. Perkara ini diperuntukkan di bawah Jadual Pertama Akta Setem, 1949 (Akta 378). Kadar duti dikira seperti berikut: 1% bagi RM100,000 pertama; 2% bagi RM400,000 berikutnya; dan 3% bagi baki berikutnya. (Pindaan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001) Pihak yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran, perkiraan dan pungutan duti ini ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Peranan JPPH adalah menilai harta tanah terlibat bagi menentukan nilai pasarannya. Tarikh nilaian ialah pada tarikh penyempurnaan Perjanjian Jual Beli, jika tiada perjanjian jual-beli, ia adalah tarikh penyempurnaan instrumen pindahmilik. Penerima pindahmilik boleh memudahkan proses penilaian dengan:- Memastikan semua borang terlibat diisi dengan Iengkap dan sempurna; Menyertakan sesalinan Perjanj...

Mengira Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda

Faktanya,  sama ada suka atau tidak anda pasti akan terpaksa membeli rumah juga. Jika memang bernasib baik misalnya tinggal di kampung pun anda masih juga akan terpaksa membina sendiri rumah (dengan kos pembinaan). Amat jarang sekali seseorang mampu membeli rumah secara tunai. Bagi kebanyakan pekerja, pinjaman perumahan la jawabnya. Berikut adalah kelayakan baharu pinjaman perumahan seseorang mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia melalui laman web rasminya. Jadual kelayakan ini berkuatkuasa mulai Januari 2011. Kadar kelayakan di atas digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pendek kata untuk kebanyakan kakitangan awam la. Jika anda memilih untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan (daripada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan ...