Skip to main content

PENGIRAAN DUTI SETEM BAGI PINDAHMILIK HARTA TANAH

DUTI SETEM
Apabila sesuatu harta tanah dipindahmilik, penerima pindah milik dikenakan Duti Setem. Duti Setem dibayar berasaskan kepada harga harta tanah tersebut atau nilai pasarannya, yang mana Iebih tinggi. Perkara ini diperuntukkan di bawah Jadual Pertama Akta Setem, 1949 (Akta 378). Kadar duti dikira seperti berikut:
  • 1% bagi RM100,000 pertama;
  • 2% bagi RM400,000 berikutnya; dan
  • 3% bagi baki berikutnya.

(Pindaan ini berkuatkuasa mulai 1 Januari 2001)
Pihak yang bertanggungjawab ke atas pentadbiran, perkiraan dan pungutan duti ini ialah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Peranan JPPH adalah menilai harta tanah terlibat bagi menentukan nilai pasarannya. Tarikh nilaian ialah pada tarikh penyempurnaan Perjanjian Jual Beli, jika tiada perjanjian jual-beli, ia adalah tarikh penyempurnaan instrumen pindahmilik. Penerima pindahmilik boleh memudahkan proses penilaian dengan:-
  • Memastikan semua borang terlibat diisi dengan Iengkap dan sempurna;
  • Menyertakan sesalinan Perjanjian Jual Beli dan sesalinan hakmilik tanah.

LHDN akan merujuk borang berkenaan kepada JPPH. Pegawai JPPH kemudian akan menilai harta tanah tersebut dan melapor kepada LHDN yang akan memaklumkan jumlah duti yang kena dibayar.
Sekiranya terdapat sebarang rayuan terhadap nilaian, ia boleh dirujuk secara bertulis kepada LHDN dan sesalinan kepada JPPH.


Jom Kira sendiri duti stem hartanah anda! CLICK 

Comments

Anonymous said…
As salam. Bagaimana pengiraan duti setem bagi pindahmilik bersilang?
Unknown said…
Hai Encik Deniel.

Saya mendapati pengiraan di bawah Akta Setem dan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta tidak selaras. Akta Setem menetapkan 2% untuk RM101,000.00 -RM400,000.00 dan 3% untuk baki seterusnya bermakna RM401,000.00 ke atas. Pengiraan JPPH pula 2% bagi jumlah RM101,000.00 sehingga RM500,000.00 dan 3% bagi jumlah RM501,000.00 dan seterusnya. Yang mana satu terpakai?

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.