Skip to main content

Mengira Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda

Faktanya,  sama ada suka atau tidak anda pasti akan terpaksa membeli rumah juga. Jika memang bernasib baik misalnya tinggal di kampung pun anda masih juga akan terpaksa membina sendiri rumah (dengan kos pembinaan). Amat jarang sekali seseorang mampu membeli rumah secara tunai. Bagi kebanyakan pekerja, pinjaman perumahan la jawabnya.


pinjaman perumahan kerajaan

Berikut adalah kelayakan baharu pinjaman perumahan seseorang mengikut jadual yang dikeluarkan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia melalui laman web rasminya. Jadual kelayakan ini berkuatkuasa mulai Januari 2011.

jadual kelayakan pinjaman perumahan


Kadar kelayakan di atas digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai-Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pendek kata untuk kebanyakan kakitangan awam la.

Jika anda memilih untuk memohon pinjaman perumahan kerajaan (daripada Bahagian Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia), anda boleh gunakan loan calculator di bawah. Bagaimanapun untuk makluman anda, pengiraan anggaran bayaran balik pinjaman adalah berbeza mengikut Panel Takaful/Insuran yang dipilih. Tapi kenapa perlu insurans pula? Sebab peminjam diwajibkan mengambil Insurans atau Takaful Gadai Janji dan Insurans atau Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh pihak berkuasa memberi pinjaman. Jadi anda tiada pilihan.




Sumber Asal: Loan Calculator: Mengira Kelayakan Pinjaman Perumahan Anda - Julmazli Dot Com 

Comments

Sasha Ahmad said…
Hello semua orang, Nama saya Sasha Ahmad, seorang warganegara Malaysia; saya 38 tahun .. saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda semua tentang kebaikan tuan untuk akhirnya membawa saya kepada pemberi pinjaman pinjaman benar-benar dan tulen bernama Joyce Roland, pengarah urusan JOYCE ROLAND Pinjaman Syarikat selepas telah scammed oleh peminjam palsu lain, i adalah sia-sia dan tidak tahu siapa yang harus dipercayai semasa dia datang dan meletakkan senyuman pada wajah saya pada kejutan terbesar saya. Sesiapa di antara kamu yang juga telah menjadi mangsa penipuan, anda perlu bersusah payah tidak lebih cos, saya mempunyai membawa anda berita baik dan satu-satunya pemberi pinjaman anda boleh percaya, sila hubungi mereka sekarang melalui e-mel: {joycerolandloancompany@gmail.com »} lebih maklumat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda atau anda boleh hubungi saya melalui e-mel saya untuk mendapatkan panduan lanjut dan nasihat mengenai bagaimana untuk memohon pinjaman dari Puan Joyce dalam sashaahmad247@gmail.com. Dan sekali lagi syukur kepada JOYCE ROLAND kerana memberi pinjaman sebanyak $ 80,000 ...

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.