Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2014

PROSES IKAT JAMIN DI MAHKAMAH

IKAT JAMIN MAHKAMAH  Apa Itu Ikat Jamin Mahkamah? a) Pelepasan sementara orang yang dituduh dengan mengemukakan cagaran yang mencukupi dan akujanji Penjamin untuk  memastikan kehadiran orang yang  dituduh pada setiap hari perbicaraan. b) Akujanji yang ditandatangani oleh Penjamin dipanggil bon jaminan. c)  Syarat-syarat ikat jamin dan jumlah Penjamin adalah atas budi-bicara Mahkamah. (2) Jenis-Jenis Kesalahan Yang Boleh Atau Tidak Boleh Diikat Jamin a) Kesalahan-kesalahan yang boleh diikat jamin Seseorang yang dituduh dengan satu kesalahan di bawah kategori ini adalah berhak untuk dilepaskan dengan ikat jamin. Apabila seseorang itu dituduh di Mahkamah, Mahkamah akan menentukan jumlah ikat jamin. Sesiapapun boleh menjadi Penjamin kepada Tertuduh. Jika tiada Penjamin, Tertuduh akan ditahan di Penjara sehingga kes selesai dibicarakan. b) Kesalahan-kesalahan yang tidak boleh diikat jamin Kesalahan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hid...

APA YANG HARUS DILAKUKAN SELEPAS SESUATU URUSNIAGA HARTANAH ITU SELESAI?

Oleh :  Salkukhairi Abd Sukor                     Peguam Hartanah   Ramai pembeli sesuatu hartanah terlupa atau mungkin juga terlepas pandang utk mendapatkan salinan dokumen-dokumen yang berkenaan drpd peguam mereka sebaik shj urusan pembelian hartanah mereka selesai.   Disebabkan terlalu exited masuk rumah baru misalnya, mereka terlupa ada sesuatu yg lebih berharga drpd kunci rumah baru mereka sebenarnya, iaitulah dokumen-dokumen yg berkaitan urusniaga hartanah yg mereka beli itu.   Walaupun menjadi tanggungjawab peguam utk menyerahkan satu salinan  dokumen-dokumen  yg berkenaan kpd anak guam mereka sebaik shj urusniaga jual beli sesuatu hartanah itu selesai, tetapi pembeli juga kena ambil berat dan hendaklah menghubungi peguam mereka utk mendapatkan dokumen2 tersebut andaikata peguam mereka juga terlepas pandang utk menyerahkannya kpd mereka.   Banyak kes yang berlaku, s...