Skip to main content

PROSES IKAT JAMIN DI MAHKAMAH




IKAT JAMIN MAHKAMAH



 Apa Itu Ikat Jamin Mahkamah?

a) Pelepasan sementara orang yang dituduh dengan mengemukakan cagaran yang mencukupi dan akujanji Penjamin untuk  memastikan kehadiran orang yang  dituduh pada setiap hari perbicaraan.
b) Akujanji yang ditandatangani oleh Penjamin dipanggil bon jaminan.
c)  Syarat-syarat ikat jamin dan jumlah Penjamin adalah atas budi-bicara Mahkamah.





(2) Jenis-Jenis Kesalahan Yang Boleh Atau Tidak Boleh Diikat Jamin

a) Kesalahan-kesalahan yang boleh diikat jamin
Seseorang yang dituduh dengan satu kesalahan di bawah kategori ini adalah berhak untuk dilepaskan dengan ikat jamin. Apabila seseorang itu dituduh di Mahkamah, Mahkamah akan menentukan jumlah ikat jamin. Sesiapapun boleh menjadi Penjamin kepada Tertuduh. Jika tiada Penjamin, Tertuduh akan ditahan di Penjara sehingga kes selesai dibicarakan.


b) Kesalahan-kesalahan yang tidak boleh diikat jamin
Kesalahan yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup adalah 
merupakan kesalahan yang tidak boleh diikat jamin. Walau bagaimanapun, ikat jamin masih boleh dipohon dan dibenarkan atas budi-bicara Mahkamah.


c) Kesalahan-kesalahan yang tidak boleh diikat jamin langsung
Kesalahan-kesalahan seperti:

a) kes pengedaran dadah di bawah seksyen 39B Akta Penculikan 1961;

b) kes-kes penculikan yang membawa kepada hukuman mati di bawah 
seksyen 3 Akta Penculikan 1961;

c) seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971; dan

d) kesalahan-kesalahan yang membawa kepada hukuman mati dan penjara 
seumur hidup di bawah seksyen 57 hingga 62 Akta Keselamatan Dalam 
Negeri 1960 atau kesalahan-kesalahan yang diperakukan oleh Peguam 
Negara sebagai kesalahan keselamatan di bawah Peraturan 2, 
Peraturan-Peraturan Perlu (Kes-Kes Keselamatan) 1975,



(3) Apakah Syarat-Syarat Untuk Menjadi Seorang Penjamin?


a) Seorang dewasa (berumur 18 tahun ke atas);

b) Seorang warganegara (jika bukan warganegara ia tertakluk kepada syarat yang  ditetapkan oleh Mahkamah);

c) Bagi orang yang dituduh berbangsa asing, Penjamin hendaklah seorang 
warganegara Malaysia;

d) Berkemampuan mengemukakan jumlah ikat jamin yang ditetapkan oleh 
Mahkamah;

e) Faham semua syarat ikat jamin yang ditetapkan oleh Mahkamah;

f) Menandatangani bon jaminan; dan

g) Apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Mahkamah.





(4) Apakah Bentuk-Bentuk Cagaran Yang Diterima?

a) Akaun Simpanan Tetap; atau

b) Akaun Simpanan;
i) Tanpa kad ATM, jika ada, kad tersebut hendaklah diserahkan kepada 
Mahkamah.
ii) Akaun tersebut tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain bagi tujuan 
jaminan sahaja.
iii) Jumlah yang tertera di dalam buku simpanan mestilah menunjukkan 
jumlah terkini pada tarikh permohonan ikat jamin dibuat dan jumlahnya 
hendaklah mencukupi dengan jumlah ikat jamin yang ditawarkan.




(5)Bagaimana Cara-Cara Menguruskan Ikat Jamin?

a) Ikat jamin akan diproses di Pejabat Pendaftaran Mahkamah yang berkenaan.

b) Penjamin hendaklah mengemukakan seperti yang berikut:
i) Kad Pengenalan Penjamin; dan
ii) Buku akaun simpanan/akaun simpanan tetap bagi tujuan ikat jamin
c) Penjamin dan orang yang dituduh akan diterangkan syarat-syarat ikat jamin oleh Pendaftar/Majistret. Penjamin dan orang  yang dituduh akan melaksanakan bon jaminan tersebut.

d) Penjamin akan diberikan satu surat rujukan dan ia hendaklah disimpan dengan 
baik untuk apa-apa urusan yang berkaitan dengan ikat jamin tersebut.



(6) Apakah Tanggungjawan Penjamin?

Tanggungjawab utama seorang Penjamin ialah menentukan kehadiran Tertuduh di  Mahkamah pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah.


(7) Apakah Risiko Penjamin?

Jika Penjamin gagal mematuhi mana-mana syarat jaminan, jaminan boleh dilucuthak  oleh Mahkamah. Penjamin akan diberi peluang untuk memberi penjelasan mengapa ikat  jamin tidak patut dilucuthak oleh Mahkamah. Mahkamah mempunyai budi bicara untuk  memutuskan sama ada untuk melucuthak keseluruhan jaminan atau sebahagiannya  atau tidak sama sekali.



(8) Faktor-faktor yang dipertimbangkan Mahakmah dalam menentukan jumlah ikat jamin :-


a. The nature and gravity of the offence charged;
b. The nature of the evidence in support of the charge;
c. Whether there was or was not reasonable ground for believing the accused guilty of the offence;
d. The severity and degree of punishment which conviction might entail;
e. The guarantee that the accused, if released on bail, will not either abscond or obstruct the prosecution in any way;
f. The danger of the offence being continued or repeated;
g. The danger of the witnesses being tampered with;
h. Whether the accused, if released on bail, is likely to tamper with the prosecution evidence;
i. Whether the accused is likely to get up false evidence in support of the defence;
j. The opportunity of the accused to prepare the defence;
k. The character, means and standing of the accused;
l. The long period of detention of the accused and probability of further period of delay.

           **[CHE SU BINTI DAUD v. PUBLIC PROSECUTOR]
          ** http://selangor.kehakiman.gov.my/?q=node/238




*******************************************************************
Maklumat yang dipaparkan ini bukan merupakan nasihat undang-undang dan hanya merupakan panduan sahaja. Jika anda memerlukan nasihat undang-undang, anda dinasihatkan merujuk kepada peguam.

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.