Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan.
Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin.
Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini?
Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap dan komprehensif disertai proses pendakwaan yang terurus, secara jujur insyallah tiada peluang untuk menang.
Namun, bukan mudah untuk pihak berkaitan, iaitu bagi pasukan polis dan pihak Pendakwaan menguruskan sesuatu kes secara cemerlang gemilang, lebih lebih lagi sesuatu kes melibatkan banyak pihak dan barang-barang kes yang pelbagai serta 'kecelaruan' yang boleh menjengah tanpa diduga.
Sebagai contoh, pada awal 2016, saya telah membawa satu kes di bawah seksyen seksyen 39A(1) Akta Berbahaya 1952. Bungkusan dadah ditemui di dalam gumpalan kain yang sedang dipakai tertuduh. Pendek kata, awal-awal lagi agak sukar peguam untuk merobek kes Pendakwaan dengan beralasan anak guam bahawa dadah itu bukan dalam kawalan dan miliknya. Maka, perbicaraan dijalankan atas dasar memastikan anak guam dijatuhi hukuman kelak atas bukti dan aras pembuktian yang sepatutnya. Namun, di akhir keputusan kes pihak Pendakwaan, Mahakamah telah melepaskan tertuduh tanpa membela diri, atas alasan utama identiti barang kes yang dipertikaikan disebabkan isu penandaan. Alhamdulilah, mungkin itu rezeki anak guam. Namun, perlu diperingat, pada peringkat ini, kes masih belum selesai, dimana pihak Pendakwaan atau mana-mana pihak yang 'tewas' boleh merayu lanjut kes tersebut ke peringkat Mahkamah yang lebih tinggi.
Maka di sini, peguam tidak dapat menjanjikan apa apa kemenangan, cuma apa yang boleh dijanjikan adalah, peguam boleh/berusaha memastikan bahawa pihak yang mendakwa mengemukakan bukti yang kukuh, kredibel dan benar dan melakukan proses penyiasatan dengan betul, tiada tipuaan dan tidak sambil lewa jika ingin membuktikan tertuduh adalah bersalah sepertimana beban pembuktian yang diperakui oleh undang-undang.
Pada akhirnya, bila berhadapan kes-kes seumpama ini iaitu melibatkan hukuman penjara dan sebat mandatori, maka dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dari mana-mana peguam untuk keputusan yang terbaik. Kadangkala, tidak semua kes adalah 'baik' untuk melalui proses perbicaraan, dan sebaliknya.
Jika ingin mengaku,adalah boleh untuk dipertimbangkan menggunakan peguam bagi mendapatkan hukuman paling minimum yang dibenarkan dan untuk 'secure' hukuman tersebut. Jangan mudah percaya kata-kata 'sesetangah' pihak bahawa mengaku sahaja, CONFIRM dapat hukuman itu ini. Ia tidak lebih sekadar kata-kata manis yang mungkin saja pahit pada akhirnya. Hakikatnya, hukuman mutlak adalah atas pihak Mahkamah, iaitu Majistret/Hakim.
Jika tidak mampu melantik peguam, kita boleh sahaja memohon untuk mendapatkan bantuan peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Insyallah, ia adalah alternatif terbaik buat masa ini bagi mana-mana pihak yang kurang berkemampuan mendapatkan Peguam.

Comments