Skip to main content

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.

 Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.

Comments

Hawa said…
Abg sy didakwah kes 39b. Setelah kptsan kimia krluar beliau djtuhkan syeksyen 39a1. Ini adalah kesilapan pertama beliau. Adakah dia boleh mengambil khidmat peguam untuk membuat rayuan agar beliau boleh bayar denda...pls...
Ahmad Deniel said…
Hukuman di bawah seksyen tersebut adalah wahib penjara dan sebat. Lantik peguam untuk rayuan turun pertuduhan
Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Unknown said…
Tuan, adakah terdapat kemungkinan untuk berjaya menurunkan pertuduhan dari 39(a)(1) setelah keputusan kimia dikeluarkan? (sblm: 11.28g -slps: 5.34g -jenis methamphetamine). Ini merupakan kesalahan pertamanya. Jwpn tuan amat dihargai, t.kasih.
Ahmad Deniel said…
Byti Ahmad: Jika berat 5.34 gram tertakluk di bawah seksyen 39A(10 ADB 1952. Namun, ada ruang sekiranya rayuan dibuat ke pihak pendakwaan untuk turunkan pertuduhan kepada seksyen 12(2) ADB 1952. Namun atas budibicara pihak DPP serta tertakluk kepada beberapa faktor lain.
Unknown said…
Bapa sy didakwa kes 39b. Boleh ka sy dapatkan khidmat lawyer utk kes ni?
Ahmad Deniel said…
untuk kes 39B adalah disarankan sangat untuk mengambil peguam, ini kerana hukuman mandatori adalah gantung.
Unknown said…
Assalamualaikum.. sekiranya dijatuhkan hukuman dibawah 39a(1) kerana memiliki ganja 24.6gm..ini merupakan kesalahan pertama beliau.. adakah beliau boleh mendapatkan peguam bagi membuat rayuan diringankan hukuman kepada bayar denda..
Anonymous said…
assalamualaikum,akak sy didakwa sek 39a 1,hukam ialah penjara 2tahun kan?ade tak care nak elakkan dr kne penjara..dan sy nak cr peguam tak tahu cmne carenye sebb akak sy 3 kali naik mahkamah tetap tak ade peguam
Ahmad Deniel said…
hukuman penjara dalah wajib beserta rotan bagi kesalahn s. 39A(1) ADB 1952.

Selalunya, elok lantik peguam untuk hantar permohonan representasi ke pihak Pendakwaan bagi turunkan pertuduhan, namun itu atas budibicara pihak pendakwaan. Jika tidak elok teruskan dengan perbicraaan jika benar tidak bersalah.

Peguam boleh dilantik secara peribadi. selalunya boleh cuba cari di pejabat peguam yang berhampiran atau melalu khidmat YBGK
Ahmad Deniel said…
Peguam bantuan boleh diperolehi dengan hubungi Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK)
Unknown said…
Salam..bagi kes 39a ( 1 ) ada ka tertuduh dapat di ikat jamin..
Ahmad Deniel said…
Benar, bagi kes 39A(1) ADB 1952 jaminan ditawarkan pada umumnya.
Unknown said…
Salam.
Sy ingin bertanya.adik sy tlh ditangkap di bwh kes dadah akta 39b.serbuan tlh dibuat di rumah sewanya dan 1beg berisi dadah tlh dijumpai.ttp adk sytdk mngaku memiliki dadah tersebut,mgaku sbg pengguna shj.semasa serbuan dibuat,adk sy sdg tdo.terdapat 6 org di dalam rumah sms serbuan dbuat.brg bukti(ddah) tlh dibawa ke makmal utk pecah kimia.apa yg ptot kami lakukan utk membantu adk kami?skrg dia berada di penjara,dlm tahanan reman.
Bolehkah kami mndptkan khidmat peguam?
Di mana kami prlu mndptkn khidmat peguam?
Bolehkah dia di ikat jamin?
Kerana kputusan kimia blom keluar lg.
Sy mhon pencerahan kerana tdk pernah berdepan dgn kes sebegini.
Terima kasih

Salam Farizatul

Untuk kes 39(b) memang tiada jaminan ditawarkan. Maka elok tunggu laporan kimia keluar bagi menetukan sama ada pertuduhan kekal di bawah 39B atau turun kepada seksyen lain.

Melihat kepada fakta kes adik puan, insyallah jika memang barang tersebut bukan miliknya, ada peluang untuk beliau terlepas dari hukuman.Namun, perlulah mendapatkan nasihat dari peguam berkaitan apa yang patut dibuat terlebih dahulu.

Pada peringkat ini peguam sudah boleh dilantik bagi memastikan pihak Puan mendapatkan nasihat yang terbaik bagi pihak adik. Sebelum proses perbicaraan kadangkala pihak peguam boleh menulis permohonan representasi yang sepatutnya kepada pihak pendakwaan.

Peguam boleh dicari sendiri oleh pihak keluarga. Lanjut boleh hubungi saya di 013-7678568.
kib said…
Assalamualaikum...

Sila rujuk link ni:
http://www.tvselatan.com.my/tv/index.php/buletins/berita-terkini/8-news/328-ejen-jual-pasir-ditahan-disyaki-edar-dadah

Kawam saya, wanita umur 23 tahun tu. pertuduhan seksyen 39a(1)... kawan saya baru mengenali lelaki (suspek) tu sejak sebulan lepas sebelum kejadian. Beliau juga berkerja di syarikat pasir milik lelaki tu sejak pertengahan Mei 2015. dia berada di rumah lelaki tu pada masa kejadian, saya tak pasti kenapa, kemungkinan besar mereka berada untuk tujuan maksiat (seks). Saya kenal dengan sikap wanita tu. Dia kawan dengan lelaki tu pun atas sebab lelaki tu kaya dan nak tumpang kekayaan.

Selepas tangkapan dan sehingga kini, kedua-dua suspek dalam tahanan dan tidak dibenarkan ikat jamin. Ujian kimia dahah sedang dijalankan.

Persoalan saya: bagaimana untuk membuktikan yang perempuan tu tak berasalah dan tak tau mengetahui tentang aktiviti dahah lelaki tu. Adakah alasan baru mengenali lelaki tu boleh digunapakai?

Sekian, terima kasih
Imperfectionist said…
Hi there, my situation is a quite similar to farizatul. But he was caught when he tried to break in other people house. The urinal test is positive for abusing drug.I would also like to know the difference in punishment for using drug and punishment for owning/purchase/sell drug. Kindly advise me.
Unknown said…
Askm..sya telah dthan bersma sepekat heroin..berat kasar 2.4gm..sbelum cuci kimia..keslahan pertama dn urine saya positif..adkah hukuman denda dlam.kes saya ni..dan.kalo.penjara mnimin berpa.lama..saya dpt.jaminan 3k...tq
Ahmad Deniel said…
Wksm Tuan Shahril.

Boleh mohon hukuman denda sahaja bagi kedua dua pertuduhan. saya kira berat bersih heroin akan turun ke bawah 2 gram. Sila mohon masa rayuan hukuman untuk hukuman denda sahaja.
Ahmad Deniel said…
Mr Imperfectionist .

Bagi kesalahan urine di bawah s. 15 ADB 1952, hukuman kebiasaanya adalah denda tidak lebih RM 5000 dan pengawasan sekitar 2 tahun.

Bagi kesalahan memiliki, perlu lihat kepada seksyen pertuduhan. Jika dibawah seksyen 12(2) selalu denda tidal lebih RM 100k, tetpai biasa sekitar 5-10K dan/atau penjara.

bagi s. 39A(1) ADB 1952, wajib hukuman penjara dan sebat. sama juga bagi s 39A(2) ADB 1952.
Unknown said…
Salam tuan, saya pada mulanya dikenakan 39a1, tapi jatuh hukum dipecahkan kepada 12(3). Apa yang saya tak faham, saya bukan pengedar, kenapa bukan dikenakan 12(2)? Patutkah saya risau or this is normal? Saya ditangkap dengan 2 peket heroin
Insan Biasa said…
Salam . Bolehkh sy minta pndapat di sini. Saya buntu.
Adik saya disabitkan kesalahan dadah 39(a)2
Heroin 5gram bersama seorang rakan.dan positif urine iaitu dadah jenis sybu.Skrg adik saya dlm tempoh tahanan reman. Wlupun cuma hanya temankan rakan untuk mengambil her0in dr pngedar utama.tuk makluman.rakan adk mengaku smasa tmp0h reman.soalan nya.
1) patutkah saya melantik peguam bg phak adik. Dan bilakah pguam dapat dlantik?
2)jika rakanya mengaku slepas pr0ses kimia iaitu naik mahkamah. Apakah yg dapat sy lakukan utk mem0h0n pertuduhan kepada adik digugurkan.

Sy hargai jwpn dr phak tuan. Terima kasih
Ahmad Deniel said…
wksm.

U/p Fara.

1)Untuk pertuduhan di bawah s. 39A(2) tiada jamin ditawarkan.Namun, perlu tunggu laporan kimia untuk tentukan berat bersih, iaitu samaada kekal di bawah 39A(2) atau turun kepada 39A(1). Jika turun kepada 39A(1) jamin ada ditawarkan. Hal lantikan peguam boleh dilantik sekarang untuk peguam memberi nasihat yang tebaik dan dapat mewakili adik semasa sebutan kes di mahkamah.

2) Jika rakan adik mengaku selepas pertuduhan kimia sampai, dan adik anda tidak mengaku, selalunya pihak peguam akan hantar representasi untuk gugur pertuduhan. Namun, ada di sesetengah mahkamah tidak memerlukan representasi dihantar,untuk pertuduhan digugurkan oleh pihak pendakwaan. Maka, elok lantik peguam pada peringkat ini bagi membantu mendapatkan nasihat yang terbaik.
Ahmad Deniel said…
wksm . Untuk Syamil Ibrahim

Salam tuan, saya pada mulanya dikenakan 39a1, tapi jatuh hukum dipecahkan kepada 12(3). Apa yang saya tak faham, saya bukan pengedar, kenapa bukan dikenakan 12(2)? Patutkah saya risau or this is normal? Saya ditangkap dengan 2 peket heroin.

----

Untuk perkara di atas perlu dilihat apa pertuduhan setelah laporan kimia sampai.Jika pertuduhan kekal di bawah seksyen 12(2), memang peruntukan hukuman di bawah s 12(3), yang mana tiada hukuman mandatori penjara atau sebat seperti di bawah seksyen 39A(1).

Kalau pertuduhan mengedar akan dituduh di bawah seksyen 39B

Unknown said…
Askum..saya br lepas 4 hari dijamin rm7000 bg kes 39 (a) 1 kerana memiliki ganja 35.29gram..keputusan kimia blm kluar lg,slalunya ganja x byk turun berat bila pecah kimia..sekarang ini apa yg patut saya buat,bantulah saya..jika boleh saya mahu dpt denda,atau settle dgn jabatan kimia..mntk tlg Bantu saya,masa saya semakin suntuk..
syeera said…
Assalam.. sy perlukan bantuan serta nasihat tuan..

Adik saya telah di tahan dbwh ss 12 (2) memiliki dadah (x pasti jenis.. mgkin syabu) berat di bwh 0.4gram.. di tahan bersama rakan2.. ini merupakan kes pertama kali di tgkp ( rumah pernah di serbu sblm ini.. ttpi adik x terlibat) kes akan di bw ke mahkamah dlm msa terdekat.. skrg dia berada dlm reman polis.. agak malang..adik mengaku brg adlh kepunyaan beliau ( x pasti smada betul@takut semasa di soal siasat )

soalan saya

1) apakah hukuman yg akan di kenakan.. adakah di bayar denda shj & dibebaskan @ kemungkinan akan di penjara kan..

2) perlukah sy mendapatkan khidmat peguam pd hr perbicaraan tersebut..

3) berkenaan pengakuan tersebut.. adakah perlu adik menyatakan pd mahkamah semasa perbicaraan nnti @ dia x perlu berbuat demikian..

minta perhatian serta bantuan tuan..
sy kasihan serta buntu bgaimana cara untuk bantu adik.. terima kasih

-syeera-

Hi , sya nak tnya klu kes 39A1 . Berat dadah jenis syabu tu 7.39gram lepas hantar pegi kimia berat akan dpt dlam berapa gram lepas saring .
Unknown said…
Salam Hi , Saya Nak Kalau Waktu Tangkapan Tu Dapat Dadah Jenis Syabu Berat Dalam 7.39gram . Lepas Hantar Pegi Kimia Berat Akan Turun Dalam Berapa Gram . Seksyen Nie 39A(1) . Adakah Berat Akan Turun 4Gram Kebawah Dan Kes Akan Turun Seksyen Ke 12(2)
Ahmad Deniel said…
Salam, Raihana Juaza,

Persoalan berapakah berat bersih dadah selepas dihantar kimia, tiada sebarang kepastian boleh diberikan.Namun, pada kebiasaanya jika 7.39 gram berkemungkinan besar boleh turun di bawah 4 gram. Tapi tiada jaminan mutlak.
Unknown said…
Saya nak tahu anggaran kasar yang ditangkap adalah 7.00 gram jenis methapthamine bersama dgn penimbang.dicaj mengikut seksyen 39 a(1).adakah posibble untuk turun 12-2 dan membayar denda
Unknown said…
Suami saya dan empat orang kawanya telah dicaj bawah seksyen 39 a(1) iaitu memiliki dadah sebanyak 7.00 gram syabu.bolehkah kes ini turun ke 12-2 selepas cuci kimia.dia juga mepunyai alat penimbang masa ditangkap.saya telah mebayar jamin sebanyak 3400.00.
Unknown said…
Saya nak tahu anggaran kasar yang ditangkap adalah 7.00 gram jenis methapthamine bersama dgn penimbang.dicaj mengikut seksyen 39 a(1).adakah posibble untuk turun 12-2 dan membayar denda
Anonymous said…
Assalamualaium saya nak tanya,
Suami saya ditahan atas kesalahn urin positif ganja,dia pernah masuk pusat serenti pada 3 tahun yang lepas, namun kali ini saya mengambil peguam, untuk mohon rinankan hukuman suami saya, kalau boleh saya cuma nak dia kena pengawasan sahaja..
Namun, boleh ke peguam buat rayuan begini, boleh ke peguam menang ke atas kes ini?
Boleh saya minta e-mail tuan...
Faizal said…
Asalam tuan..adik sya masih di lokap dan dikenakan bawah akta 39a(1) bagaimana sya nk uruskan..boleh ke buat jamin dan berapa nilai jaminan...adakan nilai jaminan itu akan hangus.
Eka said…
Salam encik nak tnya dadah 10 gram lepas pecah kimia berapa gram yg tgl?
PEDANG SALJI said…
Salam... Bagaimana jika kereta saya dipinjam oleh kawan dan semasa dia menggunakannya, dia telah ditahan kerana memiliki dan menggunakan dadah. Adakah saya juga akan dikenakan tindakan? Apakah yang harus saya lakukan?
poppyseed said…
assalamuailaikum ahmed deneil roslan

suami saya ditangkap bersama dada dan ujian saringan air kencingnya positif.dia disiasat di bawah syeksen 12(2).untuk pengetahuan tuan ini adalah kesalahan pertama dia..soalan saya macamana saya nak elakkan dia dari kena hukuman penjara dan sebatan?saya betul2 buntu memandangkan dia cuma sebtang kara dan kami baru sahaja berkawin selama 10 bulan dan belum dikurniakan anak
Unknown said…
Tuan lawyer..
Sya nak tahu..klu ssorng ditangkap positif syabu & memiliki kurang dr 4g.Apakah hukuman.Keluarga tidak ingin menjamin menggunakan duit.Hanya dibiarkan supaya insaf.Berapa lama hukuman penjara?
Unknown said…
Tuan Lawyer. Sya ingin tahu.klu sesorg itu ditangkap dgn syabu kurang 4g & +ve syabu juga,bagaimana & brapa lama penjara.Family tidak ingin menjamin kerana ingin dia insaf.Sya perlu info. Tq Yuan.
Ahmad Deniel said…
Hukuman penjara selalu sekitar 8-12 bulan, itu berganutng kepada hakim
Unknown said…
salam sejahtera, sya kini telah dijatuhkan hukuman 90 hari tahanan rapi dan diberhentikan akta ATM 1972.kerana air kencing positif Meth dan Ampt. boleh kah sya amik lawyer untuk lawan balik kes supaya saya dpt bekerja semula ataupun di berhentikan secara elok mengikut tamat tempoh perkhidmatan sya. bukanya diberhentikan secara keji kerana menghisap dadahsalam sejahtera, sya kini telah dijatuhkan hukuman 90 hari tahanan rapi dan diberhentikan akta ATM 1972.kerana air kencing positif Meth dan Ampt. boleh kah sya amik lawyer untuk lawan balik kes supaya saya dpt bekerja semula ataupun di berhentikan secara elok mengikut tamat tempoh perkhidmatan sya. bukanya diberhentikan secara keji kerana menghisap dadah.
Unknown said…
Salam . Bolehkh sy minta pndapat di sini. Saya buntu.
Adik saya berumur 18thn disabitkan kesalahan dadah 39(a)2
Heroin 5.5gram .Skrg adik saya dlm tempoh tahanan reman.
.soalan nya.
1) patutkah saya melantik peguam bg phak adik. Dan bilakah pguam dapat dlantik?

Sy hargai jwpn dr phak tuan. Terima kasih
Unknown said…
Tuan lawyer,saya ingin tahu klu hukuman dah dibagi atas seksyen 39a1 dan diturunkan act 294 tetapi dlm pengawasan utk 2 tahun Dan bayaran dikenakan rm1500/-.selepas setahun kes ini dijalankan,rayuan dah dibuat Dan idibicarakan lagi sekali tetapi semua dibatalkan kerana okt terdapati tersalah dan dalam mandatory 2 tahun n Dan disebatkan.adakah cara utk kurangkan hukuman tersebut?.
Unknown said…
Tuan lawyer,suami saya seorang PATI dan di tangkap kerana memiliki matafitane. Dia belum naik court lagi, tp polis cakap die kena 39/1. Saya nak tahu, kimia tak keluar lg. Jd betulkah suami saya di tahan reman selama sebulan sebelum kimia keluar? Dan adakah kes tersebut boleh turun lg sbb ini adalah kesalahan pertama dia?

Salam tuan..saya mahu bertanya..berat syabu 1.63g boleh turun hingga brapa gram setelah dihantar kimia..dan jika di jatuh kan hukuman..berapa lama di penjara atau didenda..ia dibawah seksyen 12.(2) kan?
Unknown said…
Betul ke hukuman gantung dah tak dilaksanakan untuk kes 39b.
Unknown said…
Betul ke hukuman gantung dah tak dilaksanakan untuk kes 39b?
Unknown said…
Salam..
Adik saya dituduh 39b bersama 3 lagi rakannya.Dia ditangkap di dalam rumah sewa kawannya.Dia cuma menumpang rumah kawannya utk mencari kerja.tp urine dia sangkut amphetamine.dia tidak mengaku bersalah memiliki ganja seberat 513gram.proses skrg tgh tunggu keputusan kimia baru naik mahkamah semula.1) apa yang patut saya lakukan utk membela adik saya? 2)boleh tau rate harga utk ambil lawyer? 3) berapa peratus utk adik saya terlepas dari tuduhan? Tq
Unknown said…
Assalamualaikum..boleh saya tau anggaran kos lawyer utk ambil kes 39b
Unknown said…
Nak tanya. Apa hukuman untuk akta 12/2. Sekiranya tidak membayar wang jaminan. Apa hukuman yg akan diterima. Mohon penjeladan.
Unknown said…
Apa hukuman untuk akta 12/2. Sekiranya tidak membayar wang jaminan. Apa hukuman yg akan diterima pesalah. Mohon penjelasan
Unknown said…
Saya ingin bertanyakan dan mendapatkan bantuan daripada pihak tuan mengenai beberapa perkara:

1. Apakah prosedur kes mahkamah bagi kes melibatkan 39(b) akta dadah berbahaya
2. Siapakah pihak berwajib yang menjalankan ujian kimia bagi mengesahkan dadah yang temui semasa tangkapan ?
3. Berapa lamakah proses ini sepatutnya diambil ?

Kes yang melibatkan kakak saya yang ditahan bersama suaminya sejak Ogos tahun lepas di Mahkamah Bukit Mertajam. Sehingga 7 April laporan kimia telah diperolehi tetapi belum ditandatangani kerana Pegawai bertanggungjawab berada di luar negara dan tiada di pejabat. Bulan Feb 2016. Alasan yang sama laporan kimia telah diperolehi tetapi belum ditandatangani kerana Pegawai bertanggungjawab berada di luar negara. Bulan Dis laporan kimia belum disiapkan.

Persoalannya adakah ujian kimia tersebut terlalu sukar dijalankan sehingga mengambil masa yang lama ? Mengikut prosedur ISO 9001/ISO 17025 perlu ada 2nd signatory sekiranya mana-mana signatory lain mempunyai tugasan lain agar chain of custody dapat berterusan.

Saya mohon bantuan daripada pihak tuan untuk memberi saya panduan agar saya dapat membantu mempercepatkan kes ini

Sy nak tanya betul ke kes akta 12(3) ade sebatan..sebelum ni kawan sy pernah ditangkap tp hanya 6bln penjara tanpa sebatan..cuma tahun ni sy ada dengar psl sebatan..
Ita said…
Salam. Sy nk tanya, kwn sy dulu ade sangkut urine test jenis syabu. Tp dia kua atas jaminan polis. Bila kimia dah sampai, dia xpergi. So nama dia jd wanted. Skrg ni dia kena tahan atas sbb kes ni. Brp lama ye dia akan dipenjara n kalo boleh jamin, brp denda yg perlu dibayar?

pernah tak kes sek 39a (1) ni dibuang kes dan klu pernah apakah sebab2nya da selalunya tempoh bicara utk kes ni brapa lama??
Unknown said…
Salam tuan lawyer,kawan saya dan isterinya ditangkap dlm satu serbuan di rumah beliau.polis menemui sejumlah dadah jenis syabu anggaran berat 3gram tapi mereka dikenakan cas bersama 12/3 adb..dah diikat jamin..soalan saya ialah kalau kimia turun adakah mereka berdua mesti mengaku bersalah atau salah seorang dripada mereka sahaja..dan apakah hukuman beliau.terima kasih☺

Assalam..

Sya nk tya skit..3 ari lepas ayah sya kne tahan dgn polis pastu buat urine n positive..tanpa barang kt badn..ayah sya hanya rasa dri kwan shja..sllunya reman berapa hari ya?? Boleh jamin tak??
Unknown said…
Salam..

Saya nak tanya sikit..ayah saya baru saja ditahan polis dan buat urine test..urine tu positive tanpa barang dibadan..apa yang boleh saya buat ? selalunya reman berapa lama?? Boleh jamin kan??
Unknown said…
sy telah ditangkap baru2 ni di rumah sy. Polis temui i pek kecil berisi ganja 3.0gram. Sy dituduh dibawah seksyen 6 and dibebaskan dgn ikat jamin rm4k. Tarik sebutan seterusnya adalah bulan julai, Sy ad call IO tnya sama ad dieorng akan charge memiliki atau urine. Sy dimaklumkan akan dicharge utk memiliki sahaja, Boleh tak share maklumat berapa denda yg mungkin sy kene bayar?
Ahmad Deniel said…
Perhatian untuk Tuan/Puan Pengunjung Blog.

Saya tidak sempat untuk menjawab segala pertanyaan di sini, atas kekangan masa.

Maka, untuk jawapan segera boleh whtasapp saya di 013-7678568. Insyallah saya akan jawab.

Terima kasih
Ahmad Deniel said…
Bagi isu soal hukuman, kadar adalah atas Mahkamah ,jenis dan berat dadah.

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora