Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Adakah Hukuman Pemenjaraan adalah hukuman terbaik bagi semua kes kes Jenayah?

Adakah Hukuman Pemenjaraan adalah hukuman terbaik bagi semua kes kes Jenayah?  1) .  Dalam konsep hukuman, hukuman yang terbaik adalah hukuman yang mampu mengubah pesalah kepada kehidupan yang baik dari kehidupan sebaliknya. Maka, tiada satu sifir tetap berkaitan hukuman yang sewajarnya bagi sesuatu kesalahan jenayah. Banyak faktor akan dipertimbang.  2) . Dalam kes PP v Morah Chekwube Chukwudi [2017] MLJU 958; [2017] 1 LNS 864 Mahkamah menyatakan:- “Jurisprudence relating to sentence  [5] It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or  severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender's previous record; (e) the offender's contribution and support to his family members; (f) the offenders means; (g) the effect of conviction and sen...

Tiada Kasta Saksi Di Mahkamah. Saksi Polis?

1. Bagi sesuatu perbicaraan kes, khususnya kes jenayah di Mahkamah, keterangan saksi-saksi polis akan  diperlakukan sama seperti saksi-saksi yang lain, di mana Mahkamah akan menelitinya dengan cermat bagi memutuskan sama ada ia boleh dipercayai atau disandarkan.  2. Ujian yang ketat terhadap ketepatan (accuracy) dan kredibiliti (credibility) semua saksi, termasuklah saksi- saksi polis, akan dibuat oleh Pihak Mahkamah.  3. Tiada 'kasta' di kalangan saksi. 4. Merujuk kes KESAVAN KRISHNAN lwn. PP & SATU LAGI RAYUAN, [2015] 6 CLJ 163, Mahkamah Rayuan, Putrajaya, Aziah Ali Hmr;   Tengku Maimun Mat Hmr; Mohd Zawawi Salleh Hmr, memetik sepertimana berikut:- “..[39] Dalam alasan penghakimannya, hakim bicara menerima keterangan saksi-saksi polis (SP3 dan SP4) kerana mereka dikatakan tidak mempunyai apa-apa kepentingan, apatah lagi untuk mereka-reka cerita. Tambahan pula, mereka tidak pernah berjumpa dan tidak mengenali satu sama lain. Justeru, tidak timbu...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Prinsip ‘Gap Principle’ Dalam Mitigasi Peringanan Hukuman Bagi Kes Jenayah di Malaysia.

1. Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan. Namun, apa yang paling penting adalah usaha untuk merubah diri, yang mana proses ini akan mengambil masa yang panjang dan berperingkat. Ada berjaya dan sebaliknya. 2. Sebegitulah juga bagi mana-mana individu yang terlibat dalam kancah jenayah. Terutama dalam penggunaan najis dadah. Ada yang benar-benar berubah selepas ditangkap, namun selepas beberapa ketika, mungkin selang berpuluh tahun, akan terjebak kembali. Apabila ditangkap, didakwa di Mahkamah, tetap juga menerima hukuman.  Kita menduga pasti hukuman  lebih berat akan dikenakan. Kebiasaan sebegitulah. 3. Namun, dalam kes sebegini, terdapat keadaan khas dan tertentu boleh dijadikan hujah oleh tertuduh atau Peguambela dalam memohon hukuman yang sedikit ringan dari pihak Mahkamah Yang Mulia atas dasar tertuduh ini telah lama berubah sejak sekian lama, namun baru sahaja kini terjebak kembali.  Mitiagasi ini boleh diprinsipkan sebagai ‘Gap Principle’. 4...

Penoreh didakwa bunuh anak tiri- Mahkamah Pekan, Pahang

PENOREH getah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Pekan, hari ini, atas tuduhan membunuh anak tirinya bulan lalu. Tertuduh Muhamad Alias Othman, 55, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhammad Hafiz Firdaus, 5, dengan menggunakan kayu pokok getah dan memijak badan mangsa sehingga menyebabkannya tidak sedarkan diri. Dia melakukan kesalahan itu di dalam kebun getah Kampung Air Hitam, Paloh Hinai, di Pekan, antara jam 10.30 pagi hingga 1 tengahari pada 20 Februari lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syamsul Kahar Ahmad Nadri, manakala tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan Azizah kemudiannya menetapkan tarikh 5 April 2019 depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan la...

17 INDIVIDU TERMASUK REMAJA DIDAKWA LANGGAR PKP

PEKAN, 30 MAC 2020: Bosan duduk rumah, mahu pergi ziarah kubur, sengaja keluar melepak dengan kawan dan mahu mengambil teman wanita untuk dibawa ke Kuantan merupakan antara alasan mereka yang ditahan pihak berkuasa sepanjang OP COVID-19 di daerah Pekan sejak lima hari lalu. Natijahnya, seramai 17 orang termasuk seorang wanita orang asli dan empat remaja lelaki bawah umur mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19. Kesemua tertuduh berusia lingkungan 16 hingga 56 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa melakukan kesalahan berhimpun di dalam kawasan yang merupakan kawasan tempatan jangkitan bagi maksud sosial dan dengan itu telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan & Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langka...

Hukuman Perintah Kehadiran Wajib (PKW) , Ganti Hukuman Penjara?

Perintah Kehadiran Wajib (PKW) merupakah satu hukuman yang termaktub dalam perundangan negara Malaysia dibawah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954. Menurut sumber Jabatan Penjara Malaysia; “PKW adalah alternatif hukuman pemenjaraan kepada pesalah yang melakukan kesalahan tertentu untuk menjalani hukuman di luar penjara dengan melaksanakan “kerja wajib” tanpa menjejaskan kehidupan hariannya.” Dalam erti kata lainnya, PKW adalah perintah hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah terhadap pesalah tanpa mereka perlu menjalani hukuman penjara. Sebaliknya pesalah diwajibkan hadir pada setiap hari di pusat kehadiran yang diperintahkan untuk menjalani hukuman “kerja wajib” untuk tempoh tidak lebih 3 bulan dan bagi bilangan jam tertentu tidak melebihi 4 jam setiap hari. Pesalah Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dipanggil Pesalah Kehadiran Wajib. Mereka tergolong pesalah yang terlibat dengan kesalahan ringan kali pertama seperti mencuri di pasaraya dalam jumlah yang kecil, mere...

Penganggur didakwa bunuh kanak kanak, Siti Masitah- Seksyen 302 Kanun Keseksaan

PENGANGGUR warga Kemboja dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin, hari ini, atas tuduhan membunuh kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, bulan lalu. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Mohd Amirul Abdullah, 23, yang berasal dari Kampung Parit Tengah, Pekan, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh Siti Masitah Ibrahim yang juga kanak-kanak warga Kemboja antara 5.50 petang hingga 8 malam di kawasan padang ragut Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, 30 Januari lalu. Tertuduh yang hadir memakai baju T hitam didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syamsul Kahar Ahmad Nadri, sementara tertuduh diwakili peguam Ahmad Deniel Roslan. Majistret kemudian menetapkan 25 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes. Mayat Siti Masitah dite...

Pelajar hantar pulang 'mayat' kekasih mengaku langgar PKP- Dibenar Ikat jamin Mahkamah

PELAJAR tingkatan lima yang ‘menghantar’ pulang mayat kekasihnya selepas terbabit kemalangan motosikal Ahad lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rompin, hari ini, atas pertuduhan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Tertuduh yang beralamat di Felda Keratong 5 di Rompin, mengaku bersalah terhadap tuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Azizah Ahmad. Remaja lelaki itu didakwa melanggar PKP pada 3 pagi, 12 April 2020 dengan bergerak dari rumahnya ke Kilometer 127 Jalan Kuantan-Seremban, iaitu lokasi dia terbabit dengan kemalangan yang menyebabkan kekasihnya maut. Pertuduhan dikemukakan mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 yang boleh dihukum di bawah Peraturan 11(1) peraturan sama iaitu denda tidak lebih RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurhalim...