Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri, Saya ingin bertanya apakah kedudukan peguam yang bekerja makan gaji dan menjadi saksi kepada dokumen pinjaman yang melibatkan riba? Adakah beliau tergolong di dalam kumpulan yang dilaknat dan bagaimana kedudukan gaji yang diterimanya setiap bulan dari firma yang mengendalikan dokumen- dokumen yang antaranya termasuk berunsurkan riba? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Kami mulakan dengan firman Allah SWT: وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ Maksudnya: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah: 275) Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa lafaz jual beli ini adalah dalam bentuk umum namun pada masa yang sama ia juga khusus, iaitu terkecuali daripada riba dan selainnya yang dilarang dan d...
Oleh, Ahmad Deniel Roslan. Peguam Bela & Peguam Cara/Peguam Jenayah/Peguam Syarie. Pahang,Malaysia.