Skip to main content

FATWA HUKUM ISU RIBA DALAM BIDANG TUGAS PEGUAM



Mewujudkan firma guaman yang bebas daripada unsur-unsur riba, gharar dan perjudian adalah fardhu kifayah. Ia merupakan langkah yang amat penting demi membangunkan ekonomi umat Islam. Kewujudan firma guaman yang berdasarkan kepada prinsip syariah islamiah menjadikan pelengkap kepada sistem ekonomi Islam dan penyempurnaan tuntuan agama kerana ia melibatkan penyertaan modal serta harta yang dimiliki oleh umat islam dalam kegiatan muamat.


Ciri-ciri utama prinsip syariah islamiah bagi meluluskan sesuatu syarikat perniagaan (termasuk firma guaman) ialah :


1)Kegiatan utama syarikat itu tidak berasaskan riba.

2)Tiada unsur perjudian

3)Pengeluaran barangan yang dibenarkan oleh syarak.

4)Tidak mengandungi unsur gharar iaitu ketidakpastian atau penipuan atau atau akad yang tidak jelas


Oleh itu, sesuatu syarikat perniagaan (termasuk firma guaman) dikatakan halal perniagaannya apabila:-

I.Kegiatan dan perolehan syarikat induk dan kegiatan serta perolehan anak syarikat tidak terlibat dengan kegiatan yang bercanggah dengan syarak.

II.Pelaburan syarikat induk dan anak syarikat tidak terlibat dengan pelaburan yang bercanggah dengan syarak.

III.Perolehan syarikat induk dan anak syarikat tidak terlibat dengan pinjaman atau perolehan dari sistem perbankan berasaskan riba.


Manakala syarikat bercampur (dalam kes ini ialah firma guaman) iaitu syarikat yang kegiatan utamanya menjalankan perniagaan yang dibenarkan oleh syarak, tetapi terdapat juga kegiatan sampingan yang haram dalam nisbah yang kecil, maka urusan tersebut adalah harus berasaskan prinsip dharurah.


Di antara sebab yang mengharuskan urusniaga dengan wang yang bercampur antara halal dan haram dengan syarat kadar halalnya adalah lebih besar (dalam kes firma guaman ini) ialah:-


1)Berdasarkan maslahah iaitu segala manfaat atau kebaikan yang dikehendaki oleh Allah SWT kepada hamba-hambanya, yang melibatkan terhadap agama, memelihara nyawa, kewarasan akal, kesucian keturunan dan kehormatan harta benda yang tidak boleh dicapai kecuali dengan membuka segala jalan yang membawa manfaat dan menutup segala jalan yang boleh merosakkan kesemua unsur diatas atau sebahagian daripadanya. Keharusan firma guaman muslim melibatkan diri dengan unsur unsur haram yang kecil adalah berdasarkan kepada prinsip maslahah demi menjaga ekonomi dan kedudukan orang islam untuk mencapai matlamat syariah tersebut.


2)Prinsip umum albalwa iaitu keadaan tidak baik yang meluas yang terkenal kepada kebanyakkan orang dan yang sukar untuk menghindarkan diri daripadanya. Ia juga didefinasikan sebagai keadaan kerumitan meluas yang sukar dielak. Oleh itu, perkara yang diketogorikan sebagai umum albalwa dengan nisbah yang sedikit adalah di maafkan oleh syarak. Tujuan kemaafan ini adalah untuk memberi kemudahan kepada orang islam menjalankan kegiatan harian mereka, sekiranya tiada kemudahan ini, maka maslahah umum akan terjejas terutamanya dalam bidang ekonomi yang melibatkan pegangan harta, perdagangan dan kekuatan umat islam dalam negara. Antara kaedah fiqhiyah yang berkaitan dengan situasi umum albalwa adalah seperti berikut :


1)Adhararu yuzal (sesuatu yang memudharatkan hendaklah dihilangkan)

2)Irtikab aldhararu alkhas lidafi’ aldharar al’am (melakukan mudharat yang khas bagi mengelak mudharat yang am)

3)Apabila bertembung dua kemudaratan yang merosakkan, hendaklah diutamakan mengelak kemudharatan yang lebih besar dengan melakukan kemudharatan yang lebih kecil.

4)Menghindari kerosakkan didahulukan daripada tindakan yang mendatangkan kemaslahatan.

5)Mudharat mengharuskan perkara yang dilarang.

6)Dharurat itu mengikut kadar keperluannya.

7)Apabila sesuatu perkara berada dalam kesempitan ia mewujudkan keluasan/kelonggaran.



3)Prinsip adharurah khamsah iaitu suasana keterpaksaan atau keadaan mendesak yang membolehkan seseorang itu melakukan perkara-perkarayang di larang oleh syarak demi mempertahankan salah satu daripada lima rukun asas kehidupan iaitu agama, akal, keturunan, kehormatan dan harta.


Dalam hal persoalan menjaga harta mesti diambil perhatian oleh orang islam, ia melibatkan persoalan keutuhan, penerusan dan kemajuan umat islam khususnya di Malaysia.


Firma guaman yang kegiatan utamanya adalah halal tidak sepatutnya ditinggalkan oleh umat islam walaupon terdapat beberapa kegiatan yang berlawanan dengan syariat yang tidak dapat dielakkan. Penglibatan umat islan dalam firma guaman berkenaan secara tidak langsung dapat mengemblingkan modal mereka dalam kegiatan halal yang lebih besar bebanding dengan kegiatan yang bersifat haram.


Selain itu, ia juga dapat memberi manfaat kepada penyertaan umat dalam kegiatan ekonomi khususnya dalam syarikat-syarikat yang strategi dan penting kepada umat dan negara.



4)Dari segi rialiti hidup, sistem pemerintahan negara, suasana ekonomi, kepelbagaian budaya dan bangsa, kelemahan bangsa dan persaingan yang wujud dlam negara malaysia, menyebabkan konsep dharurat dilaksanakan dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.


5)Sekiranya sesuatu perkara munkar belum berlaku, maka perlu mengambil pandangan yang keras sebagai langkah pencegahan awal. Tetapi sekiranya kemungkaran telah dan sedang berlaku, maka perlu mencari pandangan yang boleh menyellesaikan masalah tersebut.


6)Apabila orang bukan islam telah menguasai semua bidang (termasuk guaman). maka akan berlaku suatu perkara yang mana mereka berani untuk mencabar islam sebagaimana yang telah berlaku sekarang (diperingkat permulaan).


7)Sekiranynya peguam islam tidak terlibat, kemungkinan besar boleh berlaku penipuan keatas umat islam. Dalam masalah ini perlu digunakan kaedah “saddu azzarai’”.


Keharusan urusniaga ini adalah hanya dalam situasi dharurah semasa sahaja (sebagaimana yang telah dijelaskan). sekiranya perkara yang dikategorikan sebagai dharurah telah tiada, maka hukumnya kembali kepada yang asal iaitu tidak harus. Ini berdasarkan kepada kaedah fiqhiyyah yang berbunyi:


I)Sesuatu perkara yang diharuskan untuk melakukannya disebabkan uzur syarie, akan terbatal keharusan tersebut dengan sebab hilangnya penyebab keharusan itu).

II)Yang tetap dengan hukum dharurah itu diukur berdasarkan kadarnya, tetapi apabila dharurah itu hilang kembalilah hukum kepada ketetapan asal sebelum dharurah.    


Sumber:

 https://said.johor.gov.my/perkhidmatan/paparan_detail_fatwa.php?id=230

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.