Skip to main content

Menjadi Saksi dan Mengendalikan Dokumen Pinjaman Yang Melibatkan Riba


Soalan:



Assalamualaikum Dato’ Seri, Saya ingin bertanya apakah kedudukan peguam yang bekerja makan gaji dan menjadi saksi kepada dokumen pinjaman yang melibatkan riba? Adakah beliau tergolong di dalam kumpulan yang dilaknat dan bagaimana kedudukan gaji yang diterimanya setiap bulan dari firma yang mengendalikan dokumen- dokumen yang antaranya termasuk berunsurkan riba?


Jawapan:


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.


Kami mulakan dengan firman Allah SWT:


وَأَحَلَّ ٱللَّهُ ٱلۡبَيۡعَ وَحَرَّمَ ٱلرِّبَوٰاْۚ


Maksudnya: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.”


(Surah al-Baqarah: 275)


Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa lafaz jual beli ini adalah dalam bentuk umum namun pada masa yang sama ia juga khusus, iaitu terkecuali daripada riba dan selainnya yang dilarang dan ditegah syarak. (Lihat al-Jami‘ li Ahkam al-Quran, 3/356)


Firman Allah SWT lagi :


 فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ ۖ


Maksudnya: “Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat).”


(Surah al-Baqarah: 279)


Ibn Kathir menukilkan bahawa Ali bin Talhah berkata: Daripada Ibn Abbas, katanya ‘ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا فَأْذَنُوا بِحَرْبٍ مِّنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ’, maksudnya siapa yang sentiasa berada dengan riba, dan dia tidak meninggalkannya, maka menjadi hak kepada pemerintah orang Islam untuk memintanya untuk bertaubat. Jika dia bertaubat, maka alhamdulilah, sebaliknya jika dia enggan, maka hendaklah dipancung lehernya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/550)


Diriwayatkan daripada Abdullah Bin Masu’d bahawa Rasulullah SAW bersabda :


لعَن اللهُ آكلَ الرِّبا ومُوكِلَهُ وشاهدَهُ وكاتبَهُ


Maksudnya: “Allah melaknat pemakan riba, wakilnya, saksinya, dan penulisnya.”


Riwayat Ahmad (5/274)


Berdasarkan nas yang telah dinyatakan di atas, adalah jelas bahawa isu riba tidak hanya berkaitan dengan pihak yang terlibat secara langsung, tetapi juga melibatkan semua yang terlibat dalamnya, sama ada secara langsung atau tidak. Oleh itu, adalah penting untuk menghindarinya sepenuhnya, tanpa pengecualian


Telah dinyatakan dalam al-Hawi al-Kabir bahawa: Sesungguhnya telah sepakat kaum muslimin (para ulama) atas pengharaman riba walaupun terdapat perbezaan terhadap perkara cabangnya dan bagaimana pengharamannya. (Lihat al-Hawi al-Kabir, 5/74)


Manakala pandangan oleh Imam Nawawi dalam al-Majmu’ menyatakan riba adalah salah satu dosa besar malah pengharaman riba ini turut dilakukan oleh syariat agama lain. Beliau menyatakan bahawa: Sesungguhnya telah sepakat kaum muslimin atas pengharaman riba dan ianya merupakan salah satu dosa besar, dan ada pendapat yang menyatakan riba diharamkan pada semua syariat agama-agama lain (samawi) (Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 9/391)


Menjawab bagi persoalan di atas kami katakan, apa-apa perbuatan yang terlibat secara langsung  atau tidak langsung dengan urusan yang berkaitan dengan riba adalah tidak dibolehkan mengikut syara’. Ini kerana telah jelas nas al-Quran dan al-Hadith yang menyatakan tentang pengharaman riba sebagaimana yang telah dinyatakan di atas. Oleh yang demikian, peguam Muslim sepatutnya menghindari sebarang keterlibatan dalam perkara yang melibatkan riba, seperti membela atau bertindak sebagai saksi dalam dokumen-dokumen yang berkaitan dengan pinjaman yang mengandungi unsur riba.


Firman Allah SWT:


وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ


Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.


(Surah al-Maidah: 2)


Ayat di atas menerangkan tentang larangan Allah SWT untuk melakukan perkara yang boleh dianggap tolong-menolong dalam perkara yang kemungkaran seperti meninggalkan suruhan Allah SWT, melakukan perkara yang dilarang serta segala bentuk yang boleh membantu ke arah kemungkaran dan maksiat. (Lihat Jami’ al-Bayan, 9/490; Ma’alim al-Tanzil, 2/9; Tafsir al-Quran al-’Azim, 2/13-14)


Syeikh al-Sobuni ketika menafsirkan ayat di atas mengatakan, bertolong-tolonganlah dalam perkara kebaikan dan kebajikan dan meninggalkan kemungkaran serta (bertolong-tolonganlah dalam) perkara yang membawa ketaatan kepada Allah SWT. (Lihat Sofwah al-Tafasir, 1/301)


Menurut Syeikh al-Maraghi, isu bantu-membantu dalam melaksanakan sesuatu kebajikan dan ketakwaan adalah merupakan salah satu sendi utama dalam membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang lebih sempurna seperti mana yang dianjurkan di dalam al-Quran. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa memberi pertolongan dalam mana-mana urusan yang membawa kepada kebaikan. Pertolongan ini termasuklah sesama individu ataupun masyarakat dalam soal kehidupan dunia mahupun kehidupan akhirat. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 3/1474)


Begitu juga kaedah menyebutkan:


كُلّ مَا أدّى إِلى حَرَامٍ فَهُوَ حَرَام


Maksudnya: “Setiap perkara yang membawa kepada perkara yang haram maka ia adalah haram (hukumnya).”


Dalam hal ini juga imam al-Nawawi menyatakan bahawa: Hal ini jelas menerangkan tentang pengharaman dalam menulis perjanjian antara dua individu yang terlibat dengan riba dan memberikan kesaksian tentang perjanjian tersebut, serta larangan memberikan bantuan kepada hal-hal yang bercanggah dengan kebenaran. (Lihat Syarh al-Nawawi ala Muslim,11/26)


Justeru kami kami menegaskan bahawa saudara seharusnya menjauhi segala urusan kerja yang melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti riba. Hal ini penting bagi mematuhi perintah Allah dan menghindari dari  balasan azab dari-Nya. Selain itu, hendaklah saudara bertaubat kepadaNYa atas kesalahan-kesalahan yang lalu dan hendaklah membersihkan harta saudara yang diperolehi daripada gaji yang bercampur antara halal dan haram dengan perkara-perkara kebajikan terutama untuk kegunaan umum seperti pembinaan tandas, jambatan, jalan raya, dan apa-apa yang bermanfaat kepada masyarakat.


Dar al-Iftaa al-Urduniyyah menyatakan: Adapun berkenaan dengan gaji yang saudara terima daripada pejabat atas segala perkara, ia adalah campuran antara yang halal, iaitu upah untuk membela hak-hak manusia, dan yang haram hasil dari perkara-perkara yang diharamkan. Oleh itu, adalah kewajipan saudara untuk berusaha membersihkan rezeki daripada setiap pintu yang haram.[1]


Semoga Allah memberikan kefahaman yang baik dalam melaksanakan segala titah perintahnya dan kami akhiri dengan doa:


اللَّهُمَّ اكْفِنَا بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنَا بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ


Maksudnya: “Ya Allah, cukupkanlah kami dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah kami dengan kurniaan-Mu, tanpa kami mengharapkan kepada selain-Mu.”


Wallahua’lam


[1] https://aliftaa.jo/Question.aspx?QuestionId=630




DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Berkelulusan PhD dengan pengkhususan dalam bidang fatwa di USM, beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara, Anggota The Muslim Council of Elders (UAE), Anggota The Assembly of Muslim Jurists of America (USA), mantan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) dan mantan Mufti Wilayah Persekutuan. Antara guru beliau sepanjang pengajian di peringkat BA (Madinah) dan MA (Syria) adalah Syeikh Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buti, Syeikh Muhammad 'Ali Thani, Syeikh Rushdi Qalam, Syeikh Dr. Muhammad Abdullatif Soleh al-Farfour, Syeikh Dr. Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Syinqiti, Syeikh Dr. Muhsin al-'Abbad dan ramai lagi.

Sumber:-

https://maktabahalbakri.com/3184-menjadi-saksi-dan-mengendalikan-dokumen-pinjaman-yang-melibatkan-riba/


Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.