Dalam sistem perundangan Malaysia, peguam sering berperanan dalam pelbagai transaksi kewangan, termasuk urusan berkaitan riba. Riba, yang merujuk kepada faedah atau keuntungan tambahan yang diperoleh dalam urus niaga kewangan secara tidak adil, adalah dilarang dalam Islam. Namun, dalam konteks sistem perbankan konvensional, elemen riba sering wujud dalam pelbagai transaksi. Oleh itu, peguam yang terlibat dalam urusan ini perlu memahami implikasi hukum dan cara mengelakkan terjerumus ke dalam amalan yang tidak patuh syariah. Larangan Riba dalam Islam Islam melarang riba dengan jelas dalam Al-Quran dan hadis. Larangan ini bertujuan untuk memastikan keadilan dalam urusan kewangan dan menghindari penindasan. 1. Ayat Al-Quran Mengenai Larangan Riba Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Baqarah, ayat 275: "Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Itu kerana mereka berkata bahawa ju...
Soalan: Assalamualaikum Dato’ Seri, Saya ingin bertanya apakah kedudukan peguam yang bekerja makan gaji dan menjadi saksi kepada dokumen pinjaman yang melibatkan riba? Adakah beliau tergolong di dalam kumpulan yang dilaknat dan bagaimana kedudukan gaji yang diterimanya setiap bulan dari firma yang mengendalikan dokumen- dokumen yang antaranya termasuk berunsurkan riba? Jawapan: Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat. Kami mulakan dengan firman Allah SWT: ÙˆَØ£َØَÙ„َّ ٱللَّÙ‡ُ ٱلۡبَÙŠۡعَ ÙˆَØَرَّÙ…َ ٱلرِّبَÙˆٰاْۚ Maksudnya: “Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba.” (Surah al-Baqarah: 275) Imam al-Qurtubi menjelaskan bahawa lafaz jual beli ini adalah dalam bentuk umum namun pada masa yang sama ia juga khusus, iaitu terkecuali daripada riba dan selainnya yang dilarang dan d...