Sememangnya telah menjadi lumrah dan fitrah dalam perjuangan menegakkan agama Allah ini, para pejuang mesti berhadapan dengan pelbagai ujian dan rintangan. Dalam bahasa yang lebih sering kita gunakan, ‘mehnah dan tribulasi’. Sejarah telah membukti kan, semua pejuang Islam yang benar-benar ikhlas dan berada dalam jalan yang benar tidak mungkin terlepas daripada dikena kan ujian. Para nabi, para rasul Allah, sahabat-sahabat mereka, para ulama pewaris nabi, dan se kalian dai’e secara umum pastinya ditimpa ujian yang datang meng uji. Perkara ini sudah menjadi semacam kemestian atau pra syarat kepada pejuang Islam bagi melihat sejauh ketahanan dan istiqamah mereka dalam perjuangan. Allah berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan (begitu sahaja setelah mereka) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak di uji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya (dengan itu) Allah mengetahui orang-oran...
Oleh, Ahmad Deniel Roslan. Peguam Bela & Peguam Cara/Peguam Jenayah/Peguam Syarie. Pahang,Malaysia.