Skip to main content

Perhalusilah Hubunganmu Dengan Manusia


*Perhalusilah hubunganmu dengan manusia Dari buku " Bisikan Sufi Menghembus Penyesalan " oleh Abu Aqil di bawah tajuk 'PERHALUSILAH HUBUNGANMU DENGAN MANUSIA'


Engkau perlu berhati-hati dan memperhalusi selalu hubunganmu dengan manusia. Mereka juga seperti dirimu, punya akal, punya perasaan dan punya hati.Apa yang kamu suka disukai juga oleh orang lain secara amnya. Apa yang dibenci oleh akal dan hatimu, juga menjadi kebencian mukmin lain. Jangan bertindak kasar dan membabi buta menurutkan perasaan dalam berhadapan dengan kerenah serta perangai manusia. Tilikilah dahulu dirimu yang juga punya ribuan kelemahan. Hari ini mereka silap, mungkin esok lusa kamu pula tersalah dan kesalahan itu mungkin mengulangi kesilapan yang mereka lakukan.


Selagi kamu bernama manusia, kamu tidak terlepas dari hukuman Allah.Hidupmu telah dicatur oleh Allah sejak azali lagi. Allah datangkan kamu bukan sebagai penghukum yang kejam dan bengis. Allah mendatangkan kamu bukan untuk mencederakan hati dan perasaan mukmin lain. Kamu datang membawa harapan dan rahmat. Kamu datang membawa kasih sayang dan kemesraan. Bila tidak wujudnya kasih sayang dan kemesraan hilanglah seni dalam menegur, membimbing dan mendidik manusia. Menegur dan mendidik itu kewajipan, tetapi seni dalam mendidik dan menegur ini mesti dipelajari dan dihayati.


Rasulullah adalah manusia yang paling tegas dan paling serius dalam soal-soal maksiat dan kederhakaan. Namun begitu, baginda tetap diingati oleh para sahabat, pencinta dan musuh baginda sebagai seorang yang paling berlemah-lembut dan berhemah tinggi. Akhlak baginda yang mulia meniti dari bibir ke bibir menjelajah ke utara, selatan, timur dan barat. Ketegasan baginda menegur dan mendidik sahabat tidak menjatuhkan dan merendahkan hemah serta wibawa baginda. Baginda tetap dihormati, disanjungi, dikasihi, dimuliakan, dirindui dan disayangi oleh para sahabat walaupun baginda kerap menegur dan mendidik bahkan kadangkala menghukum para sahabat yang terlupa dan terlalai.


Perkara penting yang amat mustahak bagi sesorang pembimbing dan pendidik adalah imej peribadinya serta tali kemesraan yang dihulurkannya. Peribadi yang baik dan kemesraan yang tulin dari hati yang ikhlas adalah dua modal utama bagi melayakkan seseorang untuk mendidik atau sekurang-kurangnya membimbing orang lain ke jalan kebenaran. Tanpa dua perkara ini, nasihat akan jadi hambar, orang akan lari dan kitapun akan semakin dibenci. Binalah dirimu sebaik mungkin. Akhlak adalah bunga diri. Tanpa akhlak kita tidak akan ada daya tarikan, tidak akan dihormati, disegani dan dikasihi. Buah akhlak adalah kemesraan.


Kemesraan hakiki yang tulus dari hati ertinya adalah mudah bermesra dan dimesrai. Inilah kesempurnaan akhlak. Sebelum mencapai maqam ( peringkat ) ini, kita sering tersasul dalam membuat teguran, walaupun niat penuh ikhlas untuk membuat kebaikan. Tanpa akhlak dan tali kemesraan, kerap berlaku masalah perpecahan hati. Akhirnya teguran dan bimbingan yang ingin kita berikan kepada seseorang, membuat dia semakin jauh dengan kita dan jauh dari Allah Tuhannya. Kita perlu bertanggungjawab dalam perkara ini.


Kegagalan pendakwah dan penyeru akhir zaman, bukanlah pada tutur kata dan buah fikiran mereka. Kegagalan kita adalah pada akhlak dan budi bicara. Kita kerap gagal menjadi contoh dan cermin kepada manusia yang ingin kembali kepada jalan kebenaran. Kita hebat dan sempurna pada tutur kata, tetapi gagal dalam melaksana. Kita ajak orang kepada kebaikan yang belum lagi kita miliki pada peribadi. Bila orang datang kepada kita, mereka kecewa, justeru nilai kebaikan yang telah kita syarahkan, hanya sekadar teori dan slogan dakwah, bukan realiti pakaian diri. Akhirnya mereka ikut juga kita, tetapi seperti berjalan di atas bara, sayang, sayang buah kepayang, ditelan pahit dibuang sayang.


Mereka inilah kadangkala membuat kesalahan dan kesilapan justeru alpa dan terlalai. Waktu itu, sekali lagi kita datang menjadi wira pembasmi kemungkaran, dengan tidak berhikmah dan membabi buta memukul dengan kata-kata, kononnya ingin membetulkan keadaan. Hati yang sudah hancur, kian remuk, sahabat yang diharap menjadi pembimbing sudah berubah menjadi algojo dan tukang pancung. Mereka harap kita hulurkan tangan untuk menarik mereka dari terus jatuh ke lembah kebinasaan, tetapi sayang, tangan yang dihulur tidak disambut, bahkan disamping caci nista yang kita lontarkan, tangan yang dihulur kita sepak dengan bengis dan kejam. Seolah-olah hati kecil kita berkata " nyahlah kamu, wahai ahli neraka ". Aduhai..., alangkah kejamnya kita.


Janganlah ulangi kesilapan lalu. Kita sudah tidak punya masa. Di luar sana jutaan tangan terkapai menanti pembela. Bertungkus lumuslah membina dirimu. Perbaikilah imej dan peribadimu. Perhalusilah akhlakmu. Murnikan kembali hatimu. Pada masa yang sama, hulurkanlah tali kemesraan ke dalam hati-hati insan. Pastikan tali-tali itu, mereka sambut dan bersedia pula menyimpulnya di dalam hati mereka. Kau pastikanlah ikatan dan simpulan itu kemas dan kejap. Apabila ikatan tali kemesraan ini sudah tersimpul kemas, nah kamu lakukanlah apa sahaja kepada dia. Marahkah, sindirkah, tengkingkah, herdikkah, cara haluskah, berdepankah, di belakangkah, bersendiriankah atau di depan ramaikah... semuanya ini, dia akan terima dengan lapang dada juteru dia sudah tahu proses didikan ini perlu dia tempuh untuk mencapai kesempurnaan. Apatah lagi, bila teguran dan didikan itu, datang pula dari seorang yang baik dan berakhlak mulia. Tali kemesraan yang telah tersimpul kemas mengikat dengan kukuh hati-hati mukmin. Tanpa tali kemesraan yang menjadi jambatan penghubung ini, proses teguran, bimbingan dan pendidikan akan berlaku pada teori tetapi tidak di alam realiti.

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.