Skip to main content

Riak Memusnahkan Pahala

Syidad bin Ausi berkata, "Suatu hari saya melihat Nabi Muhammad s.a.w. sedang menangis, lalu saya pun bertanya Baginda s.a.w.: "Ya Rasulullah, mengapa anda menangis?"

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:"Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."


Malaikat yang diserahi ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah s.w.t.)."

"Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah s.w.t. telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."


Malaikat penjaga membawa amal orang-orang soleh dan kemudian dibawa oleh malaikat di langit sehingga terbuka semua aling-aling dan sampai kepada Allah s.w.t. Mereka berhenti di hadapan Allah s.w.t. dan memberikan persaksian terhadap amal orang tersebut yang betul-betul soleh dan ikhlas kerana Allah s.w.t.

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu semua adalah para malaikat Hafazdah (malaikat penjaga) pada amal-amal perbuatan hamba-Ku, sedang Aku-lah yang mengawasi dan mengetahui hatinya, bahawa sesungguhnya dia menghendaki amal ini bukan untuk-Ku, laknat para malaikat dan laknat segala sesuatu di langit."

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.