Skip to main content

BAYARAN GUAMAN/CUKAI (URUSAN JUAL BELI RUMAH/HARTANAH)


Sejak saya terlibat di dalam dunia guaman ini, kerap kalikawan-kawan dan masyarakat awam bertanya berkenaan berapakah jumlah bayaran/caspeguam dalam menguruskan jual beli hartanah.

Sebenarnya telah ada satu ‘standard scale’ yuranguaman bagi urusan jual beli hartanah yang disediakan oleh Majlis PeguamMalaysia yang patut dipatuhi oleh peguam-peguam.

Dalam erti kata mudah, tiadanya tawar menawar atas harga ini.

Maka, bagaimana untuk mengira jumlah bayaran guaman bagisuatu urusan jual beli rumah/hartanah?

Umumnya, jumlah bayaran guaman bukan lah satu jumlah yangbergantung kepada keputusan peguam. "Solicitors' RemunerationOrder 2005" (SRO) merupakan undang-undang yg telah digubal khasdan menjelaskan dengan tegas bahawa peguam hendaklah mengenakan kepada pembelijumlah bayaran guaman mengikut skala yang telah ditetapkan.



Skala yang terdapat dalam SRO adalah seperti berikut:-

1. UntukRM150,000.00 - 1.0%
(tertakluk kepada bayaran minimum RM300.00)

2. Untuk RM850,000.00 yang seterusnya - 0.7%

3. Untuk RM2,000,000.00 yang seterusnya - 0.6%

4. Untuk RM2,000,000.00 yang seterusnya - 0.5%

5. Untuk RM2,500,000.00 yang seterusnya - 0.4%

6. Sekiranya jumlah Harga Belian lebih dariRM7,500,000.00,
fee yang dikenakan bergantung kepada budibicara peguam,
tetapi tidak boleh melebihi kadar 0.4%.


Contoh kiraan 1:-

Harga belian rumah/hartanah = RM200,000.00

1. RM150,000.00*1% = RM1,500.00
2. RM50,000.00*0.7% = RM350.00

Jumlah bayaran guaman = RM1,850.00


Contoh kiraan 2:-

Harga belian rumah/hartanah = RM2,000,000.00

1. RM150,000.00*1% = RM1,500.00
2. RM850,000.00*0.7% = RM5,950.00
3. RM1,000,000.00*0.6% = RM6,000.00

Jumlah bayaran guaman = RM13,450.00


Secara Ringkasnya lagi:-

Consideration or Adjudicated Value
Scale of Fees
For the first RM150,000
1.0% (subject to a minimum fee of RM300)
For the next RM850,000
0.7%
For the next RM2,000,000
0.6%
For the next RM2,000,000
0.5%
For the next RM2,500,000
0.4%
Where the consideration or adjudicated value is in excess of RM 7,500,000
Negotiable on the excess
(but shall not exceed 0.4% of such excess)



Sebagai Contoh

If the property price is RM550,000, the calculation is:
First RM150,000 @ 1%
RM1,500
Next RM400,000 @ 0.7%
RM2,800
Total Legal Fee
RM4,300

If the property price is RM10.5 million, the rate above RM7.5 million is negotiable between the law firm and the client. If say the negotiated rate is 0.2%, the calculation is:
First RM150,000 @ 1%
RM1,500
Next RM850,000 @ 0.7%
RM5,950
Next RM2,000,000 @ 0.6%
RM12,000
Next RM2,000,000 @ 0.5%
RM10,000
Next RM2,500,000 @ 0.4%
RM10,000
Next RM3,000,000 @ 0.2% (negotiated rate)
RM6,000
Total Legal Fee
RM45,450


Secara mudahnya lagi, Tuan/Puan boleh gunakan Sales &Purchase Agreement Legal Fees Calculator yang disediakan oleh elawyer.com.Click :


PEMBELIAN RUMAH DARI PEMAJU

Namun begitu, bagi Rumah/Hartanah yang dibeli dari Pemaju dibawah Akta "Housing Development (Control & Licensing) Act1966", skala bayaran guaman adalah sedikit berbeza iaitu seperti berikut:-

1. RM250
- UntukHartanah yang berharga RM45,000.00 dan ke bawah.

2. 75% daripada fee yang sepatutnya
- UntukHartanah berharga lebih dari RM45,000.00
tetapi tidak lebih dari RM100,000.00.

3. 70% daripada fee yang sepatutnya
- UntukHartanah yang bernilai lebih dari RM100,000.00
tetapi tidah lebih dari RM500,000.00.

4. 65% daripada fee yang sepatutnya
- Untuk Hartanah yang bernilai lebih dariRM500,000.00.


Contoh kiraan (ambil contoh kiraan 1):-

Harga belian rumah/hartanah terus dengan Pemaju = RM200,000.00
Bermakna, Item 3 di atas akan terpakai.

Jumlah bayaran guaman yang sepatutnya = RM1,850.00

70% dari RM1,850.00 = RM1295.00

Ini bermakna, kalau pembelian Hartanah dibuat terus denganPemaju, jumlah bayaran guaman adalah murah dan diskaun diberikan. Diskaunbayaran guaman hanya boleh diberikan sekiranya pembelian dibuat direct denganPemaju.


Tetapi, harus juga diingatbayaran sepertimana di atas hanya untuk jumlah bayaran guaman sahaja dan belumtermasuk perbelanjaan lain yang dikenali sebagai "Disbursement" yangmana merangkumi kos dokumentasi, duit minyak, telefon dan lain-lain yang berkaitanurusan tersebut sama ada bagi pembelian dari pemaju atau ‘direct owner’.



VALOREM STAMP DUTY/CUKAI BELIAN

Bagi para pembeli, selain daripada bayaran guaman, pembelijuga akan dikenakan bayaran cukai yangdikenali sebagai ‘valorem stamp duty’ yang mana telah ditetapkan oleh pihak kerajaan/ LHDN. Kiraanya sepertimana berikut:


Anggaran Nilai Hartanah
Skala
First RM100,000
1%
Next RM400,000
2%
Thereafter
3%


Sebagai contoh:


If the property price is RM550,000, the calculation is:
First RM100,000 @ 1%
RM1,000
Next RM400,000 @ 2%
RM8,000
Next RM50,000 @ 3%
RM1,500
Total Duty
RM10,500


Secara mudahnya lagi, Tuan/Puan boleh gunakan Stamp Duty Calculator yang disediakan oleh elawyer.com. Click :


Saya harap maklumat serba ringkas di atas dapat menjadi panduan awal bagi persoalan bayaran guaman dan bolehlah dijadikan panduan di dalam membuat anggaran kos-kos berkaitan. Sekiranya ada persoalan lanjut boleh email kepada saya deniel.ahmad@gmail.com.

Comments

Anonymous said…
salam bro.. tolong explain pulak pasai akta 114A buleh dak?
Anonymous said…
TQVM Bro for the info. Bgmn pula duti stamp dan legal fee utk loan kerajaan?
Ahmad Deniel said…
lebih kurang sama sahaja bagi loan gov
Anonymous said…
Tuan.
Saya telah menjual apatment.
Yuran guaman ditanggung 100% oleh pembeli atau dikongsi antara pembeli dan penjual (vendor).
Terima kasih
Ahmad Deniel said…
terpulang kepada perbincangan penjual dan pembeli. Biasanya pembeli akan tanggung
Siti Fatimah said…
Tuan,
Terima kasih atas info yang diberikan. Saya ingin bertanya selain daripada bayaran di atas, apa lagi bayaran yang harus ditanggung pembeli?Sebagai contoh, saya dalam proses membeli rumah dan urusan pinjaman juga telah diluluskn. Tetapi yang menjadi kemusykilan saya ialah saya perlu membayar 2 kali untuk perkara yang sama di mana saya difahamkan bayaran pertama adalah untuk SNP dan bayaran kedua untuk urusan loan agreement. Mohon pencerahan dari tuan.
Terima Kasih
Adam said…
Puan Siti Fatimah boleh sembang dengan firm untuk potong disbursement yang redundant. Saya pun dia caj dua kali tapi saya tanya dan mintak quote semula.
Anonymous said…
As Salam,
Nak tanya tentang kiraan duty stamp utk harta yg diberi atas dasar kasih sayang.
Suhaimi said…
Salam tuan, saya ingin membeli rumah teres 150k dari kawan. kawan sy ini mensyaratkan sy supaya menanggung semua kos jual beli. So sy nk tya ttg kos guaman perlu di bayar oleh kedua-dua pihak ataupun pembeli sahaja.selain itu ada x kos2 lain yg perlu sy tanggung. mohon tuan emailkan detail kepada suhaimiismail86@gmail.com.

Terima kasih
Unknown said…
Assalam tuan
Saya nk tanye apakah kos guaman yg perlu ditanggung oleh penjual rumah? S&P mmg ditanggung oleh pembeli...
Penjual pula...apa kos guamannya?
Anonymous said…
Salam tuan
sy hendak membeli rumah di klang melalui egent..hrga rumah 145k. Jadi boleh kah sy tahu berapa nilai guaman sy perlu tanggung shingga selesai tukar hak milik.
Ni no contact sy 0122306946
harap jasa baik tuan.
Unknown said…
Salam tuan,
saya nak tanya baru-baru ini saya ada nak beli rumah second hand di johor dengan harga 160k. deposit rumah yang dikenakan adalah 10k. Untuk pembayaran peguam saya tak pasti berapa anggaranya??mintak pencerahan dari pihak tuan berkenaan cas pembayaran urusan untuk peguam dengan lebih jelas lagi..tuan boleh email pada saya niza_comot@yahoo.com

Terima kasih.
Mateh said…
Salam Tuan,
Saya dalam proses beli rumah.Pejabat guaman ada bgtahu, utk pertama kali beli rumah akan dapat diskaun utk Stamp Duty Ad Valorem. Betul ke?
Loan rumah RM106,000. Value rumah RM130,000.00.
ruzaidie said…
asalamualaikum tuan..kalau kita buat refinance rumah..kos guaman perlu dibyar oleh kita atau boleh tolak dari loan refinance yang kita buat..
adakah kos guaman ni lagi murah dari kita beli rumah yang lain.

terima kasih tuan.
Ahmad Deniel said…
wksm Ruzaiie

asalamualaikum tuan..kalau kita buat refinance rumah..kos guaman perlu dibyar oleh kita atau boleh tolak dari loan refinance yang kita buat..
adakah kos guaman ni lagi murah dari kita beli rumah yang lain.
------
soal kaedah bayar kos guaman tuan kena bincang dengan lawyer, sama ada lawyer nak ambik dari loan atau bagaimana. At least tuan kena sedia duit sendiri untuk bayar cukai Belian. Kos guaman selalu standard kos dan boleh dapat anggaran dari peguam yang dilantik,
Marissa said…
Salam bru nie adik saya ada refinance rumah dgn hrga 144 fee lawyer kena 12k logik ke

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.