Skip to main content

Anggapan Seksyen 114(a) Akta Keterangan 1950, sejauh mana kesan undang-undang dan kepada Masyarakat.

sumber: http://loyarberjurus.blogspot.com


Salam,

Jenis perbicaraan adversarial yang dipraktikkan dalam sistem kemahkamahan kita mempunyai hubungkait yang erat dengan taktik-taktik atau jurus-jurus yang digunapakai oleh kedua-dua pihak yang bertentangan; pendakwaan dan pembelaan. Dalam masa 'trial by ambush' yang cuba dielakkan bagi menjamin pertarungan yang berlangsung di atas padang yang sama rata (same level playing field) seperti pengenalan Seksyen 51A Akta Keterangan; ini tidak bermakna strategi- strategi untuk memenangi kes sudah tidak relevan lagi. Waima pesat sekalipun usaha mensivilkan kes jenayah (seperti pengenalan witness statement), advocacy skill masih menjadi trait atau karakter penting bagi peguam kes jenayah.


Jika disedari atau tidak, undang-undang yang digubal seringkali dimasukkan lebih awal beberapa senjata ampuh atau arsenals  kepada pihak pendakwaan yang membantu dalam proses pembuktian kes. Senjata ini dipanggil anggapan (presumption). Sesetengahnya memang diperlukan dan masuk akal bagi mengurangkan kemustahilan dalam pembuktian sesuatu kes. Contohnya anggapan di bawah Seksyen 114(a) Akta Keterangan yang membolehkan pembuktian prima facie melalui anggapan ini bagi kes-kes kecurian contohnya di mana barang curi dijumpai pada milikan tertuduh 'soon after' the theft.


Kategori kes sebegini nampaknya menunjukkan anggapan sememangnya wajar untuk digunakan dalam keadaan jarang sekali kes kecurian mempunyai eye witness atau saspeknya ditangkap red-handed. Apatah lagi kesan pemakaian anggapan ini hanya memindahkan evidentiary burden kepada tertuduh untuk mematahkan anggapan tersebut melalui penjelasan yang probable tanpa memindahkan burden of proof yang sentiasa terletak di bahu pihak pendakwaan. Saya sendiri pernah berhujah mengenai anggapan ini dalam kes [2007] 5 CLJ 708.

Namun ada juga kategori anggapan yang kelihatan memberi advantage kepada pendakwaan seolah-olah kes tersebut deemed to be called for defense. Anggapan-anggapan begini dilihat sebagai bertentangan dengan prinsip natural justice bahawa pembuktian mestilah sentiasa di pihak yang mendakwa (albayyinatu 'alalmudda'i walyaminu 'ala man ankara). Contohnya anggapan di bawah Seksyen 50(1) MACC Act (atau dulunya Seksyen 42(1) APR) yang mengaggap penerimaan wang sebagai wang rasuah jika dibuktikan penerimaannya dan beban beralih kepada tertuduh untuk membuktikan yang beliau tidak menerimanya sebagai rasuah pula.

Begitu juga kategori anggapan yang pada saya sepatutnya sparingly used kerana melibatkan hukuman mati iaitu yang terkandung di dalam Akta Dadah Berbahaya. Di bawah Seksyen 37 ada 12 anggapan yang sangat-sangat membantu pihak pendakwaan dalam pembuktian kes pengedaran dadah ataupun pemilikannya. Anggapan Seksyen 37 (da) contohnya yang melibatkan berat dadah yang dianggap untuk tujuan pengedaran, tidak mengenal jenis tertuduhnya samada tokey dadah yang besar atau orang yang pertama kali menghantarnya dengan upah serendah beberapa ratus ringgit.


Bagaimana dengan anggapan Seksyen 114A yang mana hari ini 14 Ogos 2012 ramai yang menukarnya menjadi hari blackout sebagai sokongan menghentikan Seksyen 114A ini?Seperti yang saya misalkan di atas, anggapan-anggapan ini memang sudah lama dan berselirat dalam banyak akta. Seksyen 114A ini bukanlah yang terulung namun menjana banyak kritikan lantaran betapa mudahnya beban pembuktian beralih kepada pihak yang didakwa. 

Berbeza dengan anggapan seperti Seksyen 114(a) yang memerlukan pembuktian pemilikan barang curi terlebih dahulu dalam keadaan fairly recent; nampaknya Seksyen 114A ini tidak memerlukan apa-apa pembuktian yang sukar pun sebelum beban pembuktian beralih. Diteliti seksyen ini, contohnya penama yang digunakan dalam penerbitan, pemilik akaun atau registered owner ditaklifkan dengan beban untuk membuktikan sebaliknya iaitu bukan mereka yang menerbitkan apa-apa penerbitan itu.

Kerisauan masyarakat berkenaan Seksyen 114A ini adalah berasas. Ia boleh membuka kepada floodgate dengan mudah kerana penerbitan itu dibebankan kepada pihak-pihak yang dinyatakan walaupun yang menerbitkannya sebenarnya adalah pihak lain seperti pelawat blog, rakan dalam FB atau twitter mahupun pihak ketiga yang mengambil kesempatan. Saya tertarik  untuk melihat bagaimana mahkamah interpret peruntukan ini apabila ada test case yang dihadapkan ke mahkamah kelak. Dalam keadaan undang-undang yang digubal sudah nampak bertentangan dengan keadilan, maka mahkamahlah tempat terakhir untuk orang ramai bergantung harapan dan keyakinan.

Akhirnya, apa yang salah wajar ditolak. Undang-undang yang oppressive sifatnya yang merupakan knee-jerk reaction  untuk menyekat kebebasan bersuara juga perlu ditentang. Bukankah keadilan yang mana semua pihak canangkan untuk dicapai? Tidak perlu menuding jari kepada peguam yang menggunakan isu teknikal untuk melepaskan tertuduh jika sabitan (termasuk mencabut nyawa) juga dicapai melalui cara teknikal (anggapan ini) dan bukannya keterangan yang kukuh. Bertarunglah secara adil dan bermaruah samada di gelanggang mahkamah mahupun politik. Wassalam.



Ulasan Loyarkita:

Secara peribadi berpendapat, seksyen 114(a) Akta Keterangan 1950 ini adalah satu undang-undang yang diwujudkan bagi mendepani perkembangan dunia siber dan khususnya media baru  seperti Facebook, blog, tweet dan lain-lain lagi.

Dari sudut pandang saya sebagai pengamal undang-undang Jenayah, seksyen ini secara umumnya tidaklah begitu 'membebankan' pihak pembelaan di dalam penghujahan/pembelaan di Mahkamah. Ini kerana, seksyen ini adalah berstatus 'anggapan' yang mana bagi mematahkan/menidakkan anggapan ini, peringkat pembuktian hanyalah di atas kadar imbangan keberangkalian sahaja(balance of probabilities). Maka, secara ringkasnya,  anggapan sesyen ini banyak membantu pihak Pendakwaan dan di masa-masa tertentu boleh juga membantu pihak Pembelaan.

Manakala kesan seskyen 114(a) ini kepada rakyat maheran terutamanya kepada pengguna media baru dan dunia siber, seksyen ini memberi masalah sekiranya wujud pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab di dalam memanipulasikan ideniti/ketuanpunyaan di dalam melakukan apa-apa tindakan 'penulisan' di dalam media sosial dan dunia siber.

Contohnya, apabila seseorang menyamar menggunakan identiti kita dan membuat satu akaun Facebook palsu, dimana pihak tersebut telah menggunakan akaun palsu tersebut bagi menyebarkan fitanah atau sesuatu yang seumpamanya. Maka dalam keadaan tersebut, sekiranya kita didakwa di Mahakamah, adalah tugas kita untuk membuktikan bahawa kita bukanlah pihak yang membuat fitnah tersebut dan juga tuanpunya akaun tersebut dalam erti kata untuk mematahkan anggapan seksyen 114(a) tersebut. Maka pihak pembelaan terpaksa bekerja 'lebih' sedikit' di Mahakamh dalam proses pembelaan seseorang tertuduh.

Positifnya, seksyen ini juga adalah satu peringatan dan amaran bagi para pengguna supaya lebih berhemah, berwaspada serta menjaga adab dan tata susila di dalam dunia maya/siber. Berkatalah hanya yang benar bukan sahaja di lidah, tetapi juga di papan kekunci komputer kita. :) Fitnah dan mengumpat itu adalah haram di sisi agama Islam, melainkan pada beberapa keadaan yang dibenarkan.

Comments

AimiFathi said…
Salam..nak tanya, seksyen ni ada apa-apa pindaan baru ke atau tetap diteruskan juga? Mohon perkongsian juga berhubung kes-kes Mahkamah yang menggunapakai seksyen ni.

terima kasih En. Deniel. :)

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.