Skip to main content

KEADILAN DAN KUASA WANG


Alhamdulilah, syukur ke atas Allah S.W.T kerana penulis telah memperolehi sedikit kejayaan di dalam sebuah kes Seksyen 376, Kanun Keseksaan yang dijalankan perbicaraanya di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor. Selepas semua saksi-saksi pihak Pendakwaan dipanggil, Mahkamah memutuskan, kes prima facie gagal dibuktikan pihak Pendakwaan. Anak guam dilepas dan dibebaskan. 


Sekalung penghargaan kepada Puan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan Puan Hakim yang banyak membantu dan sangat professional sepanjang perbicaraan yang telah dilaksanakan. Walaupun, kes ini telah dirayu ke peringkat Mahkamah Tinggi Johor Bahru, namun pihak Pendakwaraya(Perayu) telah menalik balik rayuan semasa peringkat pengurusan kes.


Banyak pengalaman/pengajaran yang penulis dapat pelajari sepanjang menguruskan kes ini. Antaranya, kedudukan keawangan seseorang individu di dalam mencari keadilan bagi dirinya. Bukan sahaja dalam kes ini,malah dalam kes-kes lain, seringkali faktor keawangan/kos guaman yang agak tinggi menyebabkan anak guam tidak mendapat keadilan yang sewajarnya disebabkan kegagalan mendapatkan peguam bagi membantu mereka di Mahkamah. Atau peguam yang membuat kerja sambil lewa disebabkan legal fee yang rendah.

Satu yang penulis fikirkan di sini, “adakah disebabkan kekanggan keawangan, memungkinkan sesorang individu tidak mendapat keadilan di Mahkamah”?
Hakikatnya begitulah, walaupun pahit, ia patut ditelan. “Money is above law” & “law is business”. Frasa yang mungkin disangkal oleh golongan pengamal undang-undang, tetapi terpaksa diakui pada satu tahap ketika. ‘In law, nothing is certain but the expense.’-Samuel Butler

Peguam juga tidak boleh disalahkan 100% dalam hal ini. Hakikatnya , itulah mata pencarian mereka. Lihat sahaja seperti mendapatkan perkhidmatan di Hospital Kerajaan/swasta, ada sahaja pesakit yang meninggal disebabkan kegagalan untuk menyediakan kos rawatan yang maha tinggi. Sama sahaja situasinya.

Maka, sebagai satu peringatan kepada diri penulis sendiri, wang memang penting, tetapi bila sampai kepada satu peringkat tertentu, falsafah memperjuangkan/mencari keadilan wajar diutamakan. Biarlah sesekali kita membantu mereka yang kurang berkemampuan ini, insyallah rezeki Allah S.W.T akan ada buat kita.

–‘Mengimbau saat-saat semasa menuntut di universiti dahulu, pensyarah bertanya apakah tujuan belajar undang-undang? Tanpa ragu menjawab menegakkan keadilan!”-

Ahmad Deniel
23/3/2013

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.