Skip to main content

Perbankan Islam dan BFR


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

a_new_graph-up
Soalan

Antara alasan mereka yang tidak mahu menggunakan pinjaman perbankan Islam adalah kadar BFRnya juga tidak tetap. Bolehkan perbankan Islam berbuat demikian?

JAWAPAN
Sebenarnya soalan ini telah pernah saya jawab satu ketika dahulu di sini. Namun saya cuba menerangkan sekali lagi dalam huraian yang sedikit berbeza.
Ini adalah satu fakta yang sering gagal difahami orang awam. Sebenarnya apabila bank Islam menggunakan Base financing Rate (BFR), itu adalah merupakan kelebihan kepada pelanggan. Begini, BFR digunakan untuk produk yang pelbagai disebabkan buat masa ini semua perbankan islam beroperasi di bawah payungan system kewangan konvensional. Justeru, dalam hal menentukan jumlah keuntungan yang disasarkan oleh sesebuah produk, rujukan dilakukan kepada Base Lendng Rate (BLR) konvensional, namun ia dinamakan BFR kerana perbankan Islam hanya menggunakan BLR untuk semakan harga pasaran di dalam Malaysia, lalu istilah itu ditukar kepada BFR kerana bank-bank Islam tidak memberi pinjaman (lending) tetapi memberi pembiayaan (financing) melalui kontrak-kontrak yang sah di sisi hukum Islam. Antaranya mereka menggunakan kontrak BBA, selain itu ia juga diguna untuk produk AITAB (Sewa beli), Musharakah Mutanaqisah dan lain-lain.
Tanpa ingin menyentuh apa-apa isu berkaitan kesahihan kontrak dan produk itu (kerana semuanya telah panjang lebar dibicarakan), jawapan ini hanya memfokuskan jawapan ringkas yang terus menjawab soalan sahaja. Tanpa merewang kepada isu-isu lain.
Pengguna perlu memahami jika BFR itu digunakan dalam produk di bawah kontrak BBA, ia jelas satu advantagekepada pelanggan kerana kontrak BBA mewajibkan bank dan pelanggan bersetuju atas satu harga yang akan dibayar secara ansuran pada masa hadapan. Harga tersebut kemudiannya dipecahkan menjadi kadar peratusan (rate) agar ia sesuai dengan system yang sedia ada di Malaysia. Biasanya kadar harga jualan (untuk pembiayaan rumah) yang termeterai di dalam kontrak dikenakan oleh bank-bank Islam akan berada pada paras 8 – 10% (kiraan secara monthly rest).



DIMANA GUNANYA BFR?
Setelah itu, bank itu akan memberikan komitmen bahawa pembayaran bulanan yang perlu dilakukan oleh pelanggan akan dirujuk kepada BFR.
Katalah kadar asal dipersetujui adalah 10 %, ( kadar ini biasanya kurang disedari oleh pelanggan kerana amat ramai yang tidak membaca kontrak mereka), seterusnya pihak bank biasanya akan memaklumkan pembayaran tahun pertama, kedua dan ketiga adalah BFR – 1 %.
Maka jika BFR berada pada kadar 6.25 peratus. Ini bermakna pelanggan hanya perlu membayar 6.25 % - 1 % = 5.25 peratus sahaja. Walhal kadar asal YANG DIPERSETUJUI adalah 10 peratus. Itulah yang dinamakan rebateatau diskaun bagi memastikan kadar yang dikenakan oleh bank-bank Islam kekal kompetetif dengan kadar bank-bank Konvensional. Itu yang perlu difahami oleh pelanggan,
BFR adalah satu mekanisme yang diguna bank Islam untuk mengira diskaun yang boleh diberikan kepada pelanggan. Dalam contoh kita tadi bermakna pelanggan diberi diskaun sebanyak 4.75peratus untuk bulan tersebut, jika tiba-tiba BFR turun pada bulan hadapan, jumlah diskaun akan mengembang juga, demikian sebaliknya tetapi sekiranya BFR meningkat melebihi 10 peratus, Bank Islam akan terhad kepada caj 10 peratus sahaja kerana itulah kadar asas (maksimum) yang telah dipersetujui. Bukankah itu amat baik untuk pelanggan?
Jika kadar BFR meningkat melebihi 10 peratus, bank Islam tetap hanya akan mengambil 10 peratus juga, berbanding bank konvensional yang akan menaikkan kadar bayaran selari dengan BLR ke tahap berapa sekalipun.
Kaedah dan penggunaan ini telah disahkan halal oleh pelbagai Majlis Syariah bank-bank Islam di Malaysia dan Timur Tengah. Ia dinamakan produk Home Financing-i variable, produk sebegini ada ditawarkan oleh Hong Leong Islamic Bank, Maybank Islamic Banking, RHB Islamic Bank dan banyak lagi bank Islam yang lain.
 
blr_variable
Gambar : Produk fixed dengan kemudahan variable oleh Bank Islam. EPR : Effective Profit Rate . CPR :Contracted Profit Rate
Justeru jika kadar tetap setinggi 10 peratus dikenakan oleh bank Islam bagi tempoh 30 tahun, ia sebenarnya masih murah dan hebat berbanding bank konvensional yang menggunakan BLR yang tidak tetap sepanjang masa. Ini kerana walaupun tetap, pembayaran bulanannya sentiasa ditawarkan diskaun oleh pihak bank Islam mengikut kadar BLR semasa. Sedangkan jika BLR melepasi tahap 10 peratus, bayaran bulanan yang perlu dibayar kepada bank islam adalah terikat pada kadar 10 peratus sahaja. Ini tidak berlaku di bank konvensional.



JIKA PELANGGAN INGIN TAMATKAN AWAL
Dalam pembiayaan perumahan, asset atau kenderaan yang tempoh matangnay selama 30 tahun, 10 tahun atau 9 tahun. Jika tiba-tiba pelanggan dalam tempoh 5 tahun sebagai contoh, ingin menjual asset terbabit. Resolusi Majlis Shari’ah bank Negara Malaysia telah mewajibkan semua bank-bank islam untuk memberikan diskaun kepada pelanggan mereka di ketika pelanggan menamatkan kontrak hutang mereka sebelum tempoh matang. Baca lanjut. Kiraan diskaun biasanya mengikut formula yang telah sedia ada di dalam system komputer bank-bank.
Ini bermakna, inshaAllah kita tidak akan mendengar lagi keluhan, mana-mana pelanggan pembiayaan perumahan dan lain-lain aset dari bank Islam, yang ingin menamatkan tempoh pembiayaannya sebelum tempoh hujung, tetapi dikehendaki membayar harga penuh maksimum yang sepatutnya dibayar untuk tempoh matang pembiayaan, sebagai contoh biasanya pembiayaan perumahan mencecah tempoh 25 tahun.
Isu mengapa bank Islam layak mengambil keuntungan kerana bayaran beransur oleh pelanggan telah dihurai dalam artikel sebelum ini. Buka sini.
Selain itu, orang ramai juga tidak boleh membandingkannya di antara satu bank dengan bank yang lain kerana setiap bank mempunyai kadar yang lebih pelbagai lagi, bergantung kepada jumlah peratusan pinjaman. Jika anda hanya meminjam 70 peratus dari harga rumah, kadarnya berbeza dengan 90 peratus. Demikian juga di bank-bank Islam. Sebarang perbandingan mestilah sama di kedua-dua belah pihak.
Kesimpualan jawapan kepada soalan, majoriti pakar Shari’ah di dalam dan luar Negara bersetuju dengan penggunaan BFR dalam system penentuan harga, keuntungan dan diskaun yang akan dikenakan oleh bank Islam. Dalam masa yang sama usaha berterusan sedang dijalankan untuk mengusulkan sistem benchmark Islam yang tersendiri. Boleh buka artikel ini untuk bacaan lanjut dalam hal tersebut.
Usaha penambahbaikan sentiasa berjalan, namun ia memakan masa dan kerjasama serta kefahaman dari banyak pihak.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
18 Oktober 2010

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.