Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Alasan Penghakiman Kes Altantuya: Azilah, Sirul dibebaskan dari tuduhan membunuh oleh Makamah Rayuan

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Saya sertakan di sini salina 'soft Copy' Penghakiman bertulis  bagi  kes Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan baru baru ini. Bacaan ini mungkin sedikit sukar untuk difahami bagi sesiapa yang tidak mempunyai latar belakan undang-undang. Insyallah saya akan cuba huraikan dalam bentuk yang mudah dalam tempoh masa terdekat.  Untuk makluman lanjut pembaca sekalian, kes ini berkemungkinan besar akan dirayu oleh pihak Pendakwaan dan ini bermakna kes ini akan didengar sekali lagi di Mahkamah Perseketuaan bagi keputusan akhir dan muktamad. Untuk muat turun sila click:

INFO HARTANAH : AWAS DENGAN PENJENAYAH DALAM PENIPUAN JUAL BELI HARTANAH !

Tanah adalah aset terpenting, terutamanya bagi individu yang mempunyai perancangan pelaburan jangka panjang. Pelaburan hartanah jika dilakukan mengikut prosedur betul, boleh menjanjikan pulangan menguntungkan. Tapi dalam keghairahan membuat pelaburan dengan tanah, ramai yang pernah kecundang dengan nafsu sendiri . Kebanyak kan yang tiada tanah berlumba-lumba mendapatkan tanah.  Bagi yang memiliki tanah , macam-macam perancangan bermain di kotak fikiran, malah setiap masa terbayang-bayang nilai "RM" ( ringgit malaysia ) di mata mereka. Keadaan ini menyebabkan ramai yang tersilap langkah hingga membuka ruang dan peluang kepada si penjenayah untuk menjadikan mereka sebagai mangsa penipuan jual beli tanah. Janji serta kata-kata manis berbaur keuntungan selalu dijaja si penjenayah yang menyamar individu berpengalaman dalam bidang jual beli tanah, akhirnya menjadi mimpi ngeri sehingga menyebabkan mangsa kerugian melibatkan ratusan ribuan ringgit. MODUS OPERANDI SUSP

TIP HARTANAH : 7 KEBURUKAN PELABURAN HARTANAH YANG PERLU ANDA TAHU

7 keburukan pelaburan hartanah yang anda perlu tahu adalah senarai umum bagi seseorang yang mahu mula melabur didalam hartanah. Pembelian hartanah tidak lah semudah yang  kita sangkakan tetapi dengan cara yang betul anda boleh meminimakan risiko disamping memaksimakan keuntungan. Ramai yang mengatakan pelaburan hartanah adalah pelaburan yang ...terbaik dan paling menguntungkan. Memang diakui ia boleh mendatangkan keuntungan jika ia didalakukan secara berhemah. Malah akhir-akhir ini semakin ramai individu yang kini bergelar “guru hartanah” membuat seminar-seminar yang berorentasi pembinaan kekayaan dengan menggunakan hartanah. Satu petanda yang baik untuk industri, tetapi dalam kerancakkan ini kita perlu beringat agar setiap pembelian hartanah dimana sahaja pilihan kita ia berbaloi dengan keupayaan dan kemampuan poket si pelabur..Himpunan keburukan pelaburan hartanah yang perlu diketahui oleh pelabur sebelum membina sebarang potfolio pelaburan. Mari kita telusuri sisi gelap atau

TIP HARTANAH : YURAN GUAMAN !!

Pihak kami ingin berkongsi tentang anggaran yuran peguam untuk transaksi Hartanah. Berikut adalah jadual anggaran tersebut. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Yuran ini adalah tidak termasuk kos-kos lain seperti : duti setem, penyediaan dokumen perjanjian jual beli, tukar hakmilik, carian hakmilik, bankrupsi dan lain-lain.

TIP HARTANAH : KAEDAH MUDAH LULUS PINJAMAN BAGI YANG BERNIAGA/BEKERJA SENDIRI

Melalui sedikit sebanyak pengalaman yang lepas dalam menguruskan pinjaman. Pihak kami mendapati terdapat ramai prospek pembeli terutamanya yang bekerja sendiri  samada online/offline susah/gagal dalam mendapatkan pinjaman bank pembelian rumah walaupun mempunyai sumber pendapatan yang kukuh dan wang yang banyak.Tips ...ini juga boleh digunapakai bagi pekerja swasta yang mempunyai pendapatan sampingan melalui perniagaan online/offline. Disini,kami cuba ringkaskan beberapa tips mudah terutamanya bagi yang bekerja sendiri/berniaga yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri suatu hari nanti.Tips ini hanyalah sekadar perkongsian kami sahaja dan mungkin para pembaca mempunyai kaedah atau tips yang lebih baik,kami alu-alukan perkongsian dari tuan/puan. 1.Tubuhkan syarikat samada berstatus 'entreprise' atau sdn bhd,di atas nama sendiri,serta buka akaun semasa di bank.Masukkan segala pendapatan,dan keluarkan perbelanjaan melalui akaun semasa.Pastikan penama syarikat dan akaun

TIP HARTANAH : PERBEZAAN ANTARA ‘FREEHOLD’, ‘LEASEHOLD’ DAN “HAK MILIK SEMENTARA”

Sedikit perkongsian yang pihak kami tulis di dalam artikel kali ini adalah mengenai jenis pegangan hartanah dan juga sedikit penjelasan tentang jenis hakm ilik yang menjadikan sesetengah orang sedikit keliru mengenainya. Ini adalah berikutan beberapa salah faham yang berlaku apabila saya bersembang dengan beberapa orang bakal pembeli rumah, pemilik dan juga oleh sesetengah agen hartanah sendiri. Antara yang ingin kami kongsikan di sini adalah mengenai pegangan milikan bebas (freehold), pajakan (leasehold) dan juga apakah dia Hakmilik Sementara yang mana boleh jadi ‘freehold’ mahupun ‘leasehold’. Untuk penerangan di dalam artikel ini kami tidak akan menyentuh dengan mendalam dari segi perundangan (akta-akta dan sebagainya) tetapi hanya lebih kepada penerangan yang lebih mudah difahami untuk anda semua. Pertamanya apakah FREEHOLD dan apa pula LEASEHOLD? FREEHOLD atau pegangan bebas merupakan tanah di mana pemilikannya adalah untuk tempoh selama-lamanya (kekal). Dalam ert

INFO HARTANAH : APA ITU KANUN TANAH NEGARA ( KTN ) ?

1).Pihak kami sekadar ingin berkongsi sedikit dengan anda semua yang masih tertanya-tanya apakah sebenarnya Kanun Tanah Negara – undang-undang yang mengawal sistem pentadbiran tanah di Malay sia. Undang-undang tanah yang utama di Semenanjung Malaysia ialah Kanun Tanah Negara(KTN). Undang-undang ini telah dikuatkuasakan mulai pada 1.1.1996. Dari tarikh ini sistem pemegangan dan urusan tanah yang sama telah wujud disemua negeri di Semenanjung Malaysia. 2.) Sebelum 1.1.1996 ,semua negeri ini mempunyai dua sistem pemegangan tanah yang agak berlainan. Negeri-negeri Pulau Pinang dan Melaka mempunyai suatu sistem yang khusus terdapat di Negeri-negeri Selat sebelum perang (yang di contohi daripada undang-undang harta dan pindahak Inggeris) yang dengannya suratikatan yang di sempurnakan secara persendirian adalah asas hakmilik bagi tanah. 3). Secara perbandingan sembilan buah Negeri-negeri Melayu itu menggunakan suatu sistem yang berdasarkan kepada prinsip bahawa hak-ha

PERSOALAN HARTANAH : SOAL JAWAB

SOALAN 1 : Bagaimana saya boleh melabur didalam hartanah jika saya adalah seorang yang “blacklist”? Dan saya mempunyai pendapatan tetap. JAWAPAN : Mungkin masih ramai yang tidak arif akan konsep pelabura n, dan pihak kami akan menghuraikan sedikit penjelasan dari soalan seorang kenalan. Seperti yang diketahui ramai, pelaburan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, tetapi bukan semua bentuk pelaburan. Jika anda mempunyai hutang sehingga anda di istihar sebagai insudividu yang di senarai hitam, malah lagi teruk muflis oleh pihak bank tiada penyelesaikan singkat untuk anda melainkan anda meyelesaikan masalah itu dahulu. Tetapi peluang pelaburan yang lain masih banyak untuk anda teroka dan mungkin tidak membebankan kewangan anda sekarang, setelah bersedia, barulah anda mula berjinak-jinak dengan pelaburan hartanah. Walaupun ada beberapa kaedah “loophole’ pada sistem perbankan kita yang memungkinkan individu yang di senarai hitam atau muflis untuk membeli hartanah ia tetap men

TIP HARTANAH : BAGAIMANA MEMBUAT PEMBELIAN HARTANAH TERBAIK!!!

Pasaran hartanah biasanya melalui tempoh proses peralilhan yang sangat perlahan dan sikap berhati-hati di dalam pemilihan hartanah adalah sesuatu yang digalakkan. Apakah waktu y ang sesuai untuk membeli hartanah? Itulah persoalan dan delima pada bakal-bakal pelabur sejak dari dulu lagi. Pendek kata membeli hartanah bukan hanya “ambil, bayar dan bawa balik” seperti membeli pakaian di pasaraya. Perihal utama yang perlu diambil perhatian ialah khidmat ejen hartanah. Sebagai pembeli anda mempunyai hak untuk memilih ejen hartanah yang bersesuaian . Ini kerana jika pembeli silap percaturan memilih ejen maka pembeli terdedah dengan risiko penipuan semasa pembelian asset tersebut. Sebagai contoh; ada ejen-ejen tertentu mengambil wang pendahuluan pelanggan dan melarikan diri tanpa dikesan. Menurut maklum balas dari sebuah badan kerajaan iaitu Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah terdapat ratusan laporan dari orang ramai yang telah ditipu oleh ejen-ejen yang tidak bertauli

TIP HARTANAH : MENGAPA ANDA PERLU MELABUR DALAM HARTANAH KOMERSIAL???

Hartanah komersial berbeza dengan hartanah kediaman atau bangunan kediaman. Pada asasnya hartanah kediaman adalah seperti rumah-rumah teres satu, rumah berkembar dan bang lo. Hartanah kediaman juga merangkumi pemilikan hartanah jenis apartmen, kondominium atau penthouse. Mengenai hartanah komersial pula terdiri dari lot kedai, ruang pejabat, kedai runcit di kompleks membeli-belah dan pusat pameran. Apa yang menarik didalam hartanah komersial ini kerana “mind set” anda sebagai tuan tanah komersial berbeza dengan “mind set” untuk bangunan kediaman.  Sebagai pelabur anda harus tahu dan mampu untuk membuat penyelidikan sebelum anda dapat menyewakan hartanah jenis ini. Jika matlamat anda sebagai pelabur hartanah komersial untuk mendapatkan untung, penyewa anda juga datang kesini untuk mencari untung. Jadi jika anda mahu berjaya, anda juga mesti menjanjikan kejayaan kepada penyewa anda. credit: Kumpulan Pengurusan Hartanah Kelantan

BAGAIMANA MEMILIH HARTANAH KEDIAMAN

Hartanah kediaman datang didalam pelbagai bentuk dan saiz. Pasti anda telah berfikir dimana hartanah kediaman untuk keluarga anda dengan faktor suasana, saiz, jumlah bilik tidur, berdek atan dengan tempat kerja, dekat dengan sekolah dan mudah untuk membeli barang-barang keperluan menjadi keutamaan. Perkara-perkara diatas mungkin memeningkan kepala anda kerana bukan semua hartanah itu benar-benar menepati citarasa anda. Pada hari ini pihak kami ingin berkongsi satu tip apakah perkara terpenting untuk memilih hartanah yang perlu anda tahu. Sumber pemilihan hartanah pada asasnya berdasarkan pada 4 jenis hartanah yang anda ingin miliki. Hartanah kediaman datang didalam beberapa bentuk seperti kediaman baru, kediaman terpakai, beli baik-pulih, dan lelong. 1. Kediaman Baru Ada pelbagai keistimewaan apabila membeli hartanah kediaman baru. Disebabkan hartanah yang baru, jadi kos pembaikan dan penyelenggaraan adalah minima dan kebanyakkan pemaju mempunyai tempoh jaminan s