Skip to main content

TIP HARTANAH : KAEDAH MUDAH LULUS PINJAMAN BAGI YANG BERNIAGA/BEKERJA SENDIRI

Melalui sedikit sebanyak pengalaman yang lepas dalam menguruskan pinjaman. Pihak kami mendapati terdapat ramai prospek pembeli terutamanya yang bekerja sendiri samada online/offline susah/gagal dalam mendapatkan pinjaman bank pembelian rumah walaupun mempunyai sumber pendapatan yang kukuh dan wang yang banyak.Tips ...ini juga boleh digunapakai bagi pekerja swasta yang mempunyai pendapatan sampingan melalui perniagaan online/offline.


Disini,kami cuba ringkaskan beberapa tips mudah terutamanya bagi yang bekerja sendiri/berniaga yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri suatu hari nanti.Tips ini hanyalah sekadar perkongsian kami sahaja dan mungkin para pembaca mempunyai kaedah atau tips yang lebih baik,kami alu-alukan perkongsian dari tuan/puan.

1.Tubuhkan syarikat samada berstatus 'entreprise' atau sdn bhd,di atas nama sendiri,serta buka akaun semasa di bank.Masukkan segala pendapatan,dan keluarkan perbelanjaan melalui akaun semasa.Pastikan penama syarikat dan akaun adalah sama,ini kerana ramai yang telah berniaga beberapa tahun tapi menggunakan akaun simpanan isteri untuk memasukkan sumber pendapatan sedangkan syarikat di atas nama suami.

2. Buka akaun semasa atas nama sendiri,dan keluarkan gaji setiap bulan dari akaun semasa syarikat untuk membuktikan kita mempunyai pendapatan kepada pihak bank.Baki setiap bulan di dalam akaun semasa syarikat dan peribadi biarlah ada lebih sedikit dan jangan biarkan kosong.

3. Maintain proses ini sekurang-kurangnya 6 bulan - 12 bulan,banyakkan aktiviti keluar masuk duit biarpun duit yang keluar masuk itu adalah duit yang sama,tapi melalui penyata bank kita,jumlah transaksi yang terkumpul akan diambil kira.

4. Kebanyakan orang yang berniaga cuba mengelakkan dan tidak membayar cukai perniaagaan,tidak mempunyai borang EA oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),sekiranya anda mempunyai tunai yang cukup banyak dan tidak memerlukan pembiayaan/pinjaman bank,maka tidak apa namun jika anda ingin membuat pinjaman bank,maka kebanyakan anda akan menghadapi masalah.Pembayaran cukai adalah satu bentuk pembuktian pendapatan yang diisytiharkan kepada kerajaan,bank akan mempunyai keyakinan sekiranya anda merupakan seorang pembayar cukai dan sekaligus meningkatkan integriti anda di mata pihak bank.

5. Bagaimana jika anda sudah berniaga beberapa tahun,tapi tidak membayar cukai dan ingin membuat pinjaman perumahan dan menghadapi masalah?.Anda boleh membayar cukai untuk beberapa tahun yang lepas tapi anda mungkin akan dikenakan sedikit denda dan penalti,pergi ke LHDN,dan bayar untuk 2-3 tahun yang lepas,mungkin jumlah nya banyak tapi anda akan mudah mendapat pinjaman.Hati-hati juga dan dapatkan pandangan dari akauntan bertauliah dalam hal ini,kerana LHDN juga mungkin akan menyiasat anda jika jumlah cukai yang tidak dibayar adalah banyak,isytiharkan hanya jumlah yang memadai untuk anda mendapatkan kelulusan pembiayaan bank.

6. Cuba sedaya upaya adakan simpanan mungkin dalam KWSP,Tabung Haji,ASB atau Deposit Tetap,di atas nama anda,bank mungkin memerlukan dokumen sokongan bahawa anda memiliki sumber kewangan yang kukuh dan simpanan yang berpadanan untuk menampung keperluan anda dalam tempoh yang tertentu sekiranya anda ditimpa masalah/musibah.

7. Akhir sekali,beli rumah pada usia yang muda,tempoh pinjaman boleh dipanjangkan dan bayaran bulanan boleh dikecilkan sekaligus syarat pinjaman juga tidak akan berapa ketat.Kebanyakan bank memerlukan penyata bank minima 6 bulan,jadi jaga akaun anda sekarang.

Kami mohon maaf jika ada kekurangan dan kesilapan dalam perkongsian ini dan harap dapat memberi manfaat.

credit: Kumpulan Pengurusan Hartanah Kelantan

Comments

Unknown said…
This comment has been removed by a blog administrator.

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.