Tips ini saya khususkan untuk mereka yg ingin membeli rumah sub-sale. Bagi mereka yg ingin membeli rumah dengan pemaju, kebiasaannya pemaju yg akan tolong uruskan pembiayaan dgn bank. Jadi tiada masalah sgt.
Diantara tips-tips tersebut adalah :
1. Sila semak atau buat sedikit kira2 ttg kelayakan pinjaman anda terlebih dahulu sebelum menandatangani sesuatu Perjanjian Jual Beli. Ini kerana apabila anda telah menandatangani perjanjian jual beli, sanda telah diikat dan terikat untuk menjelaskan bayaran harga jual beli dalam tempoh yg ditetapkan. Seandainya pembiayaan perumahan anda tidak diluluskan anda tetap bertanggungngan utk menjelaskan bayaran harga jual beli. Dan pastinya jika itu berlaku ia satu malapetaka buat anda kelak.
Untuk panduan kita bersama, disini dilampirkan formula yg mungkin boleh membantu utk menilai kelayakan pinjaman anda mengikut pendapatan masing2 berdasarkan formula DEBT SERVICE RATIO (DSR). (Sila rujuk lampiran di bawah).
Bagi gaji bersih di bawah RM3,500, maksimum kelayakan DSR adalah 40%. Bagi gaji bersih RM3,500 dan ke atas, maksimum kelayakan DSR adalah 70%. Maknanya, kalau pendapatan bersih anda dibawah paras ratio tersebut, maka anda masih belum layak untuk membuat pembiayaan perumahan dgn bank.
2. Pastikan dokumen2 sokongan yg diperlukan utk permohonan pembiayaan anda disediakan dgn lengkap. Sekiranya tidak lengkap ia akan melewatkan proses kelulusan pembiayaan anda. Diantara dokumen2 sokongan yg biasa diperlukan oleh bank adalah :-
Untuk mereka yg bekerja makan gaji:
i. Salinan Kad Pengenalan.
ii. Slip Gaji 3 bulan
iii. Surat Pengesahan Majikan
iv. Salinan Geran Rumah yg ingin dibeli (Pastikan salinan geran tersebut ada nama penjual sebagai pemilik berdaftar. Jika tiada sila dptkan drpd penjual)
v. Penyata KWSP
vi. Salinan Penyata Bank 6 bulan
vii. Salinan Borang EA/ Apa2 dokumen pengesahan berkaitan cukai pendapatan)
Untuk mereka yg kerja sendiri/ berniaga:
i. Salinan pendaftaran perniagaan/ syarikat
ii. Salinan Kad pengenalan
iii. Penyata Kewangan 2 tahun terkini
iv. Salinan Penyata Bank syarikat selama 6 bulan
v. Salinan resit bayaran cukai perniagaan kpd LHDN / Apa2 dokumen pengesahan berkaitan cukai perniagaan)
vi. Salinan Geran Rumah yg ingin dibeli (Pastikan salinan geran tersebut ada nama penjual sebagai pemilik berdaftar. Jika tiada sila dptkan drpd penjual)
3. Mintak bantuan peguam / ejen hartanah berdaftar anda untuk tolong uruskan pembiayaan anda. Ini kerana kebiasaannya peguam/ ejen hartanah berdaftar lebih biasa dengan pegawai bank. Dan ini akan memudahkan dan mempercepatkan urusan kelulusan pembiayaan perumahan anda. Biasanya peguam atau ejen hartanah berdaftar anda akan submit permohonan kepada 2 atau 3 bank yg mereka biasa berurusan.
4. Sila dapatkan daripada peguam atau ejen hartanah anda maklumat ttg kadar keuntungan (BFR) dan lain2 skim/ tawaran yg ditawarkan oleh bank di mana mereka submit permohonan pembiayaan anda tersebut. Jika mereka tiada maklumat dihadapan mereka, mereka akan mendapatkannya daripada pegawai bank yg berkenaan bagi pihak anda. Maklumat ini penting untuk membolehkan anda membuat sedikit servey manakah diantara bank2 tersebut yang menawarkan kadar keuntungan (BFR) yg paling rendah dan lain2 tawaran sampingan untuk anda.
Misalnya, manakah bank yg boleh menawarkan pembiayaan sehingga 100% atau manakah bank yg tanggung kos guaman utk urusan pembiayaan perumahan, atau manakah bank yg tidak mengenakan caj-caj tersembunyi untuk urusan pembiaaan yg mereka tawarkan dan lain2 maklumat lagi yg mungkin boleh membantu anda utk membuat keputusan bank manakah yg menjadi pilihan anda.
5. Kebiasaannya, bank mempunyai garis panduan yg agak seragam antara satu bank dengan yg lain utk meluluskan pembiayaan perumahan. Jadi, sekiranya 2 atau 3 bank telah membuat keputusan yg permohonan anda tidak diluluskan akibat komitmen anda yg tinggi atau pendapatan bersih anda rendah drpd syarat yg ditetapkan, atau nama anda diblacklist dlm rekod SICRIS Bank Negara atau lain2 alasan lagi, maka sy berani kata, sememangnya belum rezki anda untuk memperolehi pembiayaan perumahan.
Tak perlulah anda buang masa utk cuba submit permohonan kpd bank2 lain. Kerana pastinya jawapan yg diberikan adalah serupa.
6. Selepas pembiayaan anda diluluskan anda akan dipanggil oleh pegawai bank berkenaan utk menandatangani Surat kelulusan Pembiayaan. Sebelum anda tandatanagan, gunakan peluang yg ada untuk bertanyakan apa shj kpd pegawai bank tersebut ttg skim pembiayaan yg ditawarkan.
Pastikan anda betul2 faham dan berpuas hati dgn terma2 pembiayaan yg ditawarkan oleh bank sebelum tandatangan Surat Tawaran Pembiayaan tersebut. Ini kerana apabila anda telah tandatangan, maka anda telah terikat dgn terma dan syarat pembiayaan yg diluluskan oleh bank. Sekiranya ianya tidak berpihak kpd anda, maka terpaksalah anda tanggung kesannya dlm tempoh 25 atau 30 tahun akan datang, ie, sehinggalah keseluruhan pembiayaan diselesaikan.
Comments