Skip to main content

The Divine Punishment


Sepanjang kerjaya saya sebagai 'criminal lawyer' ada client-client yang terlepas dari pertuduhan dan hukuman disebabkan oleh kekurangan bukti yang diperlukan di sisi undang-undang yang berkuatkuasa, kelemahan proses pembuktian oleh pihak pendakwaan, keterangan-keterangan gagal dikemukakan di Mahkamah dan seumpamanya. Namun, selepas dibebaskan kadangkala mereka menerima 'musibah' yang menimpa diri mereka dalam bentuk lain.

Contohnya ada seorang client yang pernah terlepas dari pertuduhan s. 376 beberapa tahun dahulu, dan telah ditakdirkan oleh Allah, saya telah bertemu dengannya secara tidak sengaja di sebuah kamar bicara Mahkamah sedang menghadapi 2 pertuduhan memiliki dadah di bawah seksyen 39A(2) ADB. Beliau telah mengaku bersalah dan kebetulan tiada peguam yang mewakili beliau. Saya cuba membantu dalam proses mitigasi peringanan hukuman di hadapan Hakim. Beliau telah dikenakan hukuman 8 +5 tahun penjara dan 20 sebatan. Hukuman penjaran dijalankan serentak. Sedih juga melihat beliau dan keluarga atas musibah tersebut. Ini mungkin satu kebetulan atau  satu suratan.

Contoh kedua, seorang Hakim pernah menceritakan kepada saya bahawa, beberapa orang tertuduh dilepaskan dari pertuduhan membunuh atas faktor kekurangan bukti di pihak pendakwaan. Namun selepas beberapa waktu dan ketika, tertuduh-tertuduh tersebut telah terlibat di dalam kemalangan jalan raya dan mati rentung. Ini mungkin satu kebetulan atau juga satu suratan. Hakim tersebut pula mengatakan ini mungkin juga sebagai bentuk 'The Divine Punishment' dari Tuhan. Allah sahaja yang mengetahuinya.

Bagi saya, sunnah kehidupan dan fitrahnya, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. Cepat atau lambat itu ketentuan Allah. Jika kita diberi peluang oleh Allah selepas sesuatu kesalahan kita lakukan, gunakanlah sebaik mungkin untuk berubah dan bertaubat. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Jika ditimpa 'The Divine Punishment' anggaplah ia sebagai ujian dan musibah untuk kita berfikir dan berubah ke arah lebih baik. Peringatan untuk diri saya sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.