Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

Khas untuk orang awam. Kalau saya nak buat pindah milik hartanah kpd waris saya, perlu ke saya lantik peguam? Bolehkah saya lakukannya sendiri?

Khas untuk orang awam. Kalau saya nak buat pindah milik hartanah kpd waris saya, perlu ke saya lantik peguam? Bolehkah saya lakukannya sendiri? Oleh: Salkukhairi Abd Sukor Peguam Hartanah Kepada orang awam, tahukah anda yg anda boleh lakukan sendiri urusan pindahmilik hartanah kpd waris anda (spt isteri, suami, anak, ibu bapa,dsbg) tanpa perlu menggunakan khidmat peguam DENGAN SYARAT:- 1. Pemberi Pindah Milik (PPM) adalah tuan punya berdaftar hartanah tersebut. Dalam erti kata lain, dalam geran tertulis nama PPM sebagai tuan punya berdaftar. Sekiranya dlm geran masih lagi nama org lain dan bukannya nama PPM maka khidmat nasihat peguam adalah diperlukan. 2. Hartanah tersebut bebas drpd sebarang halangan (free from all encumbrances). Misalnya Hartanah tersebut tidak digadaikan kpd mana2 bank atau bebas drpd sebarang kaveat oleh mana-mana pihak. Jika hartanah tersebut terdapat sebarang halangan, maka sila dapatkan nasihat dan khidmat peguam utk menyelesaika...

KHAS UTK KAKITANGAN KERAJAAN. BAGAIMANA NAK BUAT PINJAMAN KERAJAAN UTK BELI RUMAH?

KHAS UTK KAKITANGAN KERAJAAN. BAGAIMANA NAK BUAT PINJAMAN KERAJAAN UTK BELI RUMAH? Oleh: Salkukhairi Abd Sukor Peguam Hartanah 1. Terdapat beberapa skim yg disediakan oleh Kerajaan khusus untuk kakitangan awam yg berkaitan dgn pembiayaan hartanah ini. Diantara skim pembiayaan yg ditawarkan adalah: * PEMBIAYAAN UNTUK MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN YANG TELAH SIAP * PEMBIAYAAN UNTUK MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI * PEMBIAYAAN UNTUK MEMBELI RUMAH ATAU PETAK RUMAH KEDIAMAN DALAM PEMBINAAN * PEMBIAYAAN UNTUK MEMBELI TANAH DENGAN TUJUAN MEMBINA RUMAH * PEMBIAYAAN UNTUK ENYELESAIKAN HUTANG PINJAMAN BANK/INSTITUSI KEWANGAN * PEMBIAYAAN UNTUK MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH PEMOHON YANG DIBELI MELALUI PINJAMAN KERAJAAN 2. Ketahui kelayakan maksimum pembiayaan anda. Kelayakan tersebut sebenarnya berdasarkan kepada GAJI HAKIKI SEMASA anda. Disini saya sertakan carta gaji dan kelayakan maksimum untuk pembiayaan perumahan tersebut: Gaji Bulanan Hakiki (RM) ...

PERKARA YG ANDA PERLU TAHU TTG BAYARN DEPOSIT HARGA JUAL BELI SESUATU HARTANAH

PERKARA YG ANDA PERLU TAHU TTG BAYARN DEPOSIT HARGA JUAL BELI SESUATU HARTANAH Oleh :   Salkukhairi Abd Sukor Peguam Hartanah 1. Rumah Dengan Pemaju i. Deposit 10% di bayar kepada Pemaju.   ii. Dibayar setelah SNP ditandatangani.   iii. Jangan bayar deposit selagi SNP belum ditandatangani (termaktub di dalam Akta Pemajuan Perumahan)   iv. Kalau loan kerajaan, boleh mintak pertimbangan drpd Pemaju utk jelaskan bayaran deposit bersekali dgn 1st progress claim, dengan syarat loan anda confirm lulus 100%.   v. Jika loan pembeli tak diluluskan, Pembeli hanya bayar 1% shj drpd harga jual beli kpd Pemaju.   vi. Baki 9% deposit dikembalikan kpd pembeli. 2. Rumah sub-sale/ kedai i. Deposit 10% dibayar kpd Peguam.   ii. Jika beli melalui ejen hartanah berdaftar, 3% dibayar kpd ejen, 7% lagi dibayar kpd peguam.   iii. Deposit dibayar pada masa tandatangan SNP.   iv. Peguam akan lepaskan deposit kpd penjual dlm masa 7 hari ...

ADA BEZA KE ANTARA HARTANAH BERSTATUS LOT BUMIPUTRA DAN REZAB MELAYU.? APAKAH KENGKANGAN TERHADAP URUSNIAGA MELIBATKAN KEDUA-DUA JENIS HARTANAH TERSEBUT?

ADA BEZA KE ANTARA HARTANAH BERSTATUS LOT BUMIPUTRA DAN REZAB MELAYU.? APAKAH KENGKANGAN TERHADAP URUSNIAGA MELIBATKAN KEDUA-DUA JENIS HARTANAH TERSEBUT? Oleh: Salkukhairi Abd Sukor   Peguam Hartanah Ramai sebenarnya yg keliru dan bertanyakan kpd saya tentang perbezaan antara hartanah yang dikategorikan sebagai Lot Bumi dan Rezab Melayu. Mereka beranggapan kedua-duanya adalah sama. hakikatnya kedua-duanya berbeza antara satu sama lain. Apakah perbezaan2 tersebut? HARTANAH LOT BUMIPUTRA 1. Merujuk kpd lot2 hartanah yg telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di dalam pelan kelulusan perancang untuk di jual kepada bumiputra shj. 2. Ianya hanya terpakai untuk penjualan hartanah baru oleh pemaju sahaja, dimana pemaju mestilah menjual lot-lot bumi tersebut kpd golongan bumiputra shj. 3. Walaubagaimanapun, sekiranya lot-lot bumi tersebut tidak laku, pemaju boleh memohon drpd pihak berkuasa tempatan untuk melepaskan status lot...