ADA BEZA KE ANTARA HARTANAH BERSTATUS LOT BUMIPUTRA DAN REZAB MELAYU.? APAKAH KENGKANGAN TERHADAP URUSNIAGA MELIBATKAN KEDUA-DUA JENIS HARTANAH TERSEBUT?
ADA BEZA KE ANTARA HARTANAH BERSTATUS LOT BUMIPUTRA DAN REZAB 
MELAYU.? APAKAH KENGKANGAN TERHADAP URUSNIAGA MELIBATKAN KEDUA-DUA JENIS
 HARTANAH TERSEBUT?
Oleh:
Peguam Hartanah
 Ramai sebenarnya yg keliru dan bertanyakan kpd saya tentang perbezaan 
antara hartanah yang dikategorikan sebagai Lot Bumi dan Rezab Melayu. 
Mereka beranggapan kedua-duanya adalah sama. hakikatnya kedua-duanya 
berbeza antara satu sama lain.
Apakah perbezaan2 tersebut?
HARTANAH LOT BUMIPUTRA
 1. Merujuk kpd lot2 hartanah yg telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa 
Tempatan di dalam pelan kelulusan perancang untuk di jual kepada 
bumiputra shj.
2. Ianya hanya terpakai untuk penjualan hartanah 
baru oleh pemaju sahaja, dimana pemaju mestilah menjual lot-lot bumi 
tersebut kpd golongan bumiputra shj.
3. Walaubagaimanapun, 
sekiranya lot-lot bumi tersebut tidak laku, pemaju boleh memohon drpd 
pihak berkuasa tempatan untuk melepaskan status lot bumi tersebut dan 
menjualnya kpd non-bumi.
4. Setelah lot bumi tersebut dijual dan 
dipindahmilikkan kpd pembeli bumiputra, status tersebut tidak lagi 
terpakai. Ertinya, PEMBELI TADI SELEPAS INI TIDAK LAGI TERIKAT UNTUK 
MENJUAL HARTANAH TERSEBUT KEPADA BUMIPUTRA SAHAJA.
5. Melainkan 
ianya ditulis dengan jelas sebagai syarat nyata di dalam suratan 
hakmilik (geran), misalnya di tulis "Tanah ini hendaklah di miliki oleh 
bumi putra shj" atau ditulis "Tanah ini tidak boleh dipindahmilikkan 
melainkan kepada bumiputra sahaja", Atau jika terdapat syarat tersirat 
dalam mana2 peraturan kecil yg diwartakan oleh pihak berkuasa negeri. 
Maka, jika sekiranya terdapat syarat nyata atau syarat tersirat yg 
sedemikian, barulah hartanah tadi mesti dijual atau dipindahmilik kpd 
bumiputra shj. Jika tiada ditulis dengan jelas di dalam geran atau dalam
 mana2 peraturan kecil, maka hartanah tadi boleh dijual/ dipindahmilik 
kpd sesiapa shj.
HARTANAH REZAB MELAYU
1.  Merujuk kpd hartanah yg diwartakan oleh Pihak Berkuasa Negeri sebagai Rezab Melayu.
2. Ianya akan ditulis dengan jelas di dalam suratan hakmilik (geran) sebagai "Pengisytiharan Rezab Melayu"
3. Tanah yg berstatus Rezab Melayu akan terikat dengan Enakmen Tanah 
Rezab Melayu di setiap negeri masing2. Definisi Melayu di dalam Enakmen 
Tanah Rezab Melayu di suatu negeri mungkin berbeza dengan negeri2yg 
lain.
4.  Ia selama2nya hanya boleh dimiliki, dijual dan 
dipindahmilik kepada Melayu sahaja, melainkan dibatalkan status Rezab 
Melayu tersebut oleh Kerajaan Negeri dengan perkenan drpd Sultan/ Raja 
di negeri tersebut.
 5. Ertinya, jika seseorang beli hartanah yg 
berstatus Rezab Melayu, ia HANYA BOLEH MENJUAL DAN MEMINDAHMILIKKAN 
HARTANAH TERSEBUT KEPADA MELAYU SHJ SELAMA2NYA (melainkan sehingga 
dibatalkan status Rezab Melayunya itu)
Comments