Skip to main content

PERKARA YG ANDA PERLU TAHU TTG BAYARN DEPOSIT HARGA JUAL BELI SESUATU HARTANAH

PERKARA YG ANDA PERLU TAHU TTG BAYARN DEPOSIT HARGA JUAL BELI SESUATU HARTANAH
Oleh :  

Salkukhairi Abd Sukor
Peguam Hartanah

1. Rumah Dengan Pemaju

i. Deposit 10% di bayar kepada Pemaju.
 

ii. Dibayar setelah SNP ditandatangani.
 

iii. Jangan bayar deposit selagi SNP belum ditandatangani (termaktub di dalam Akta Pemajuan Perumahan)
 

iv. Kalau loan kerajaan, boleh mintak pertimbangan drpd Pemaju utk jelaskan bayaran deposit bersekali dgn 1st progress claim, dengan syarat loan anda confirm lulus 100%.
 

v. Jika loan pembeli tak diluluskan, Pembeli hanya bayar 1% shj drpd harga jual beli kpd Pemaju.
 

vi. Baki 9% deposit dikembalikan kpd pembeli.



2. Rumah sub-sale/ kedai

i. Deposit 10% dibayar kpd Peguam.
 

ii. Jika beli melalui ejen hartanah berdaftar, 3% dibayar kpd ejen, 7% lagi dibayar kpd peguam.
 

iii. Deposit dibayar pada masa tandatangan SNP.
 

iv. Peguam akan lepaskan deposit kpd penjual dlm masa 7 hari drpd tarikh tandatangan SNP.
 

v. Jika rumah ada sekatan (consent), peguam hanya akan lepaskan deposit kpd penjual setelah consent diperolehi.
 

vi. Kalau loan kerajaan, boleh mintak pertimbangan drpd penjual utk jelaskan bayaran deposit bersekali dgn baki haga jual beli, dengan syarat loan anda confirm lulus 100%.
vii. Jika pembeli tak jadi beli, atau loan pembeli tidak diluluskan atau pembeli ingkar terhadap terma di dalam SNP, deposit tersebut dilupuskan.
 

viii. Jika penjual tidak jadi jual, atau consent tidak diluluskan atau penjual ingkar terhadap terma di dalam SNP, deposit tersebut hendaklah dikembalikan oleh penjual kepada pembeli.




3. Rumah lelong

i. Deposit 10% dibayar kpd Mahkamah atau Pejabat Tanah (bergantung dimanakah lelongan dijalankan)
 

ii. Deposit dibayar menggunakan bank draft shj atas nama bank yg melelong
 

iii. Deposit akan dikembalikan kpd pembida sekiranya bidaan tak berjaya.



4. Tanah lot

i. Deposit 10% dibayar kpd Peguam.
 

ii. Sekiranya tanah lot dah ada geran individu, Peguam akan lepaskan deposit kpd penjual dlm masa 7 hari drpd tarikh tandatangan SNP.
 

iii. Sekiranya tanah lot belum ada geran individu, Peguam akan pegang deposit tersebut sebagai stakeholder dan hanya akan dilepaskan kpd penjual setelah permohonan utk pecah bahagi dan pengeluaran hakmilik individu diserahkan ke pejabat tanah utk pendaftaran (bergantung kpd terma yg dipersetujui dlm SNP).

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.