Skip to main content

Baitullah Aku Datang: Umrah Sahabat Peguam




UMRAH SAHABAT PEGUAM
 




Peguam dan Dosa Riba
Saya mengenalinya sejak di universiti lagi. Pernah juga rapat suatu ketika dahulu tetapi kini tidak mudah lagi untuk bertemu. Saya tertanya-tanya, adakah bidang kes guaman dan transaksi tugasannya masih seperti dahulu?

Mengapa saya tertanya demikian?


 
Kerana masih banyak peguam muslim atau firma guaman muslim yang terlibat dengan kes-kes berkaitan produk perbankan konvensional. Misalnya, kes-kes pinjaman riba.

Entah berapa peratus sumbangan kes-kes ini kepada pendapatan bulanan firma. Mungkin sekitar 10% hingga 40%. Mungkin lebih.



Peguam, Dosa Riba dan Haji  
 
Saya pernah membicarakan isu ini dengannya. Saya juga pernah menasihatinya agar meninggalkan tugasan kes-kes berunsur riba beberapa tahun yang lalu. Namun, pada hari ini saya tidak berani untuk mengatakan ia telah dilakukan atau tidak. 

 
Saya bimbang tentang kes-kes riba yang masih mem-bentuk sebahagian pendapatan. Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah agar isu riba dapat diselesaikan. Semoga riba dapat dibuang daripada kehidupan dan kerjaya.


 
Semoga kita memohon ampun dan diberikan pengampunan. Sungguh, efek riba ini terlalu besar terhadap kehidupan pelaku apalagi jika pelaku itu secara kebetulan mahu menunaikan haji atau umrah.  

 
Pasti ada yang tertanya-tanya tentangnya, “Riba itu dosa besar. Pendapatan daripada kerja riba hukumnya haram. Justeru, bagaimana status kerja umrah dan haji yang dibiayai sebahagian atau sepenuhnya daripada pendapatan haram? Apakah statusnya di sisi ALLAH?”


Fakta Mengenai Riba dalam Pekerjaan Peguam  
 
Mereka yang terlibat dalam transaksi riba ini adalah seperti berikut:

Pemakan Riba: Pada istilah moden disebut penerima riba, iaitu mereka yang mendapat hasil atau keuntungan (wang) dalam transaksi riba. Sebagai contoh, seseorang memberikan pinjaman kepada seseorang yang lain dan mengenakan faedah iaitu dengan lebihan bayaran.
 
Pemberi Riba: Orang yang menerima atau membuat pinjaman tadi. Peminjam termasuklah seseorang yang menggunakan khidmat yang berunsur riba. Dalam keadaan sekarang, perbankan banyak menawarkan produk-produk berunsur riba sama ada dalam pelbagai bentuk pinjaman, penggunaan kad kredit dan lain-lain. Sekiranya produk-produk ini dilanggan oleh seseorang atau mana-mana pelanggan, maka pelanggan itu adalah pemberi riba. Pelangganlah yang memberi lebih wang atau hasil riba kepada pemberi pinjam atau bank.

Saksi dan Penulis Riba
Di antara pemberi riba, terdapat  orang atau lain-lain pihak yang terlibat dalam membantu atau menjayakan transaksi itu. Sama ada sumbangannya kecil atau besar, penting atau tidak, langsung atau tidak langsung, ia dan kesemuanya adalah suatu kerjasama kepada suatu perlakuan dosa besar, iaitu riba.  

 
Mereka yang menyaksikan transaksi riba ini me-rangkumi pelbagai bidang yang bertalian atau berantaian mengikut kerelevenan peranan dan fungsi masing-masing termasuklah peguam, pegawai-pegawai bank, penjamin-penjamin, penggadai, mungkin pihak tertentu di pejabat tanah, pejabat stem, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Sumpah dan sebagainya.  

 
Dari satu aspek sumbangan yang besar, langsung dan penting dalam menjayakan transaksi riba tersebut sudah tentulah besar kedudukan dosa seseorang itu. Namun ALLAH Taala melalui lisan Rasul-NYA telah menyamakan mereka semua.

Oleh itu yang dikatakan sebagai ‘saksi’ itu disifatkan sebagai berada dalam kedudukan yang sama dengan si pemberi dan penerima riba.   

 
Di sinilah ‘ngeri’ nya kedudukan peguam kerana dia bukan sekadar memberi pertolongan, bahkan memberikan khidmat profesional dan mendapat bayaran daripada tu-gasan-nya dalam membantu menjayakan transaksi riba itu.   

 
Bahkan, bagi satu urusan transaksi riba antara pemakan riba dan pemberi riba, ia adalah satu kes atau satu transaksi bagi pemakan riba dan pemberi riba itu.  

 
Sedangkan bagi peguam yang sama, dia akan memberi khidmatnya yang sama bagi kes dan urusan transaksi riba yang lain melibatkan pemakan riba dan penerima riba yang lain.

Senarai tugasan (khidmat riba) itu akan berterusan bagi kes-kes lain yang mendatang. Itulah sebahagian sumber penting pendapatan dan tugas lazim kerjayanya.

Lalu apakah kesudahannya?  


 
Dalil, Nas dan Autoriti Dosa Riba
 
Orang yang memakan riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal ALLAH telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharam-kan riba...-Al-Baqarah: 275
 
Firman ALLAH lagi:
Wahai orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang yang beriman.  - Al-Baqarah: 278
  


Nasihat Kepada Semua
Justeru, apa yang dibincangkan tadi amat relevan sebagai amaran kepada kita atau orang yang tersayang daripada terlibat dalam bidang kerja, tugas atau perkhidmatan atau sebarang urusan dan transaksi;  yang mengandungi unsur syubhat dan haram seperti rasuah, riba, penipuan, jenayah, judi, arak dan lain-lain.

Kepada yang berkenaan, selesaikanlah permasalahan ini dengan segera …  
 
 
P/S: Dapatkan buku ini di kedai berhampiran atau boleh melanggan terus kepada kami di karangkraf mall dengan melayari (FB: karangkraf mall) untuk maklumat lanjut atau terus ke emall (FB: emall) untuk belian terus ke telefon pintar anda.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/buku/baitullah-aku-datang-umrah-sahabat-peguam-1.187393

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.