Skip to main content

Pengorbanan si suami. 39A(2) ADB 1952


Pengorbanan:



Pada 7/5/2015, saya diberi peluang untuk menguruskan satu Kes Jenayah di bawah seksyen 39B ADB 1952 di Mahkamah Tinggi Johor. Anak guam seramai 3 orang dituduh bersama, 2 daripadanya adalah pasangan suami isteri yang mempunyai 4 anak yang mana seorangnya masih menyusu semasa ibunya ditahan.



Secara umum, si ibu tidaklah terlibat, namun silap si suami, si ibu terpalit kerana dadah di simpan di rumah. Setelah meneliti fakta kes, kemungkinan untuk anak-anak guam dilepaskan tetap ada, namun tidaklah bermakna kesemuanya akan terlepas. Pasti, akan ada salah seorang akan menaggung hukuman gantung pada akhirnya.



Sebagai Peguam, kita memang mahukan kemenangan, Namun, banyak faktor lain perlu dipertimbang seperti masa depan anak guam, tanggungan, dan juga kehidupan akan datang tidak kurang juga faktor masa dan kos. Kasihan kepada si isteri yang sudah hampir 1 tahun di reman, anak yang masih kecil telah lama terabai, saya nasihatkan kepada si suami untuk membuat 'pengorbanan' bagi masa depan anak-anak dan isteri yang sudah tak mampu bertahan di dalam penjara untuk tempoh reman.



Si suami bersetuju, di pihak peguam kita menghantar permohonan kepada pihak Pendakwaan memohon ihsan dan budibicara bagi pertuduhan diturunkan. Alhamdulilah, permohonan dibenarkan di mana pertuduhan di bawah seksyen 39A(2) ADB 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum seumur hidup dan sebatan ditawarkan. Si suami mengaku salah bagi pertuduhan tersebut dan dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan. Si isteri dan seorang lagi telah dibebaskan Mahkamah setelah pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan.



Saya berjumpa si suami selepas selesai kes, dimana si suami menyatakan ia reda dengan hukuman. Di pihak peguam kita juga menyatakan bahawa inilah hukuman yang terbaik untuk beliau dan keluarga. Sekurangnya,beliau ada masa untuk berubah dan ada peluang untuk kembali ke pangkuan keluarga kelak. Faktanya, dadah tersebut memang milik beliau.



Pengajaran di sini, sebagai peguam kadangkala keputusan yang kita ambil perlu memikirkan kepentingan anak guam dari segenap sudut. Mungkin upahnya sedikit kurang, namum kepuasan dan kebahagian kita dalam membantu secara tidak langsung satu nyawa untuk terus hidup dan kembali ke pangkal jalan itu lebih bermakna.


Comments

Unknown said…
salam,disini mohon penerangan, saya telah ditangkap bersama pak cik dan seorang wanita disebuah hotel dan bersama dadah jenis syabu seberat 8/9g (klu tak silap) dan dikenakan sksyen 39A1 dan 15,sya kbtulan berada ditempat kejadian,jika pakcik sya mengaku dadah itu kpunyaan bliau adakah sya akan terlepas dr 39a1? dan sya baru kali pertama terlibat kes dadah,sdgkan pakcik sya tlh kerap kali ditangkap,namun sya mngaku seksyen 15 urin sya positif,perbicaraan 39a1 tlh dtgguhkan kpd 1 julai ini,tapi ujian kimia msih blum ada,apakah yg harus sya sediakan utk menghadapi perbicaraan 1 julai ini?adakah memerlukan peguam walaupun blm ada laporan kimia lg? boleh kah sya mengelak drpd dikenakan sksyen 39a1 kpd 12? krn sya bru kali pertama dan sya msih perlu menyara kluarga dan ibu sya bstatus ibu tunggal..krn sya mendpt tahu sksyen 39a1 xdperuntukkan mbyr denda..sya kurang arif dr segi menggunakan khidmat pguam..mohob bantuan..
Ahmad Deniel said…

Waalaikummussalam w.b.t

Untuk seksyen 39A(1) ADB 1952 hukuman minimum adalah penjara 2 tahun dan 3 sebatan.

bagi kes Tuan, keputusan muktamad pertuduhan adalah selepas laporan kimia diterima, di situ baru boleh tahu sama ada kekal seksyen 39A(1) atau turun kepada seksyen 12(2).



Namun, jika barang tersebut bukan milik Tuan dan pakcik tersebut memang akan mengaku, maka pihak Tuan tidak perlu mengaku. selepas pakcik mengaku, elok pihak Tuan buat satu surat/representasi kepada pihak pendakwaan bagi mengugurkan pertuduhan tersebut kepada pihak tuan. Selalunya pertuduhan akan digugurkan. Namun, perlu ada permohonan dari pihak Tuan dahulu.

Jika, tidak digugurkan permohonan barulah dilantik peguam.

Lanjut boleh hubungi saya di talian 013-7678568.
Unknown said…
oh,bagaimana jika saya 24 ,pakcik 40 thn dan wanita seorang 40 thn,ketiga2 tidak mengaku hak milik dadah tersebut? masihkah ada jalan utk saya? jika dilihat logik nya sya baru pertama kali dtangkap terlibat dengan dadah,manakala pakcik tu berkali2,namun tiada yg mgaku berknenaan dadah yg dijumpai itu,apakah prosedur sterusnya?..
Unknown said…
Salam,alhamdulillah pakcik sya telah mengakui pemilikan brg bg seksyen 39a1 dan telah pun dijatuhkan hukum dan sya perlu kembali bicara pada 3/8 ini disertai yang dipertua ( kurang pasti) apakah perjalanan kes 39a1 sya ini yg sterusnya?..

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.