Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

10 JENIS URUSNIAGA JUAL BELI HARTANAH YANG BERISIKO.-HARTAGUAM

HartaGuam ingin menasihati orang ramai agar elakkan daripada terlibat dengan urusniaga jual beli hartanah yang dikategorikan berisiko. Diantara urusniaga jual beli hartanah yang berisiko tetapi sering dilakukan oleh masyarakat kita adalah seperti berikut: 1. Membeli rumah daripada pemaju yang tidak mempunyai lesen pemajuan perumahan yang sah daripada KPKT 2. Membeli tanah lot yang belum ada geran individu yang berasingan. 3. Membeli tanah pertanian yang mana pemilik asalnya telah meninggal dunia dan belum diturunmilik kepada waris. 4. Membeli rumah strata yang belum ada hakmilik strata sedangkan pemajunya telah digulungkan (wound-up). 5. Membeli rumah sub-sale daripada pemilik yang mana rumah tersebut dalam proses tindakan lelongan oleh pihak bank. 6. Membeli hartanah di bawah skim yang pelik-pelik yang mensyaratkan pembeli menjelaskan bayaran secara tunai dan syarat-syarat lain yang berkaitan. 7. Membeli hartanah tanpa menggunakan khidmat peguam s...

RISIKO BELI HARTANAH STRATA YANG BELUM ADA HAKMILIK STRATA DAN PEMAJUNYA TELAH DIGULUNGKAN-HARTAGUAM

Ramai pembeli yang menghadapi masalah dalam urusan jual beli hartanah strata (seperti apartment, flat dan sebagainya) yang masih belum ada hakmilik strata, sedangkan pemajunya telah digulungkan (wound-up). Dalam posting yang lepas saya telah nyatakan bahawa adalah berisiko membeli sesuatu hartanah dalam kategori sedemikian. Apakah risiko-risikonya? : 1. Sekiranya hartanah tersebut masih belum mempunyai hakmilik strata yang berasingan, pastinya hartanah tersebut tidak boleh dipindah milikkan kepada anda. Bagi saya, apalah gunanya beli hartanah dengan harga yang mahal sedangkan ianya tidak boleh dipindahmilikkan kepada anda. 2. Mungkin ada yang kata, bukankah urusan jual beli sedemikian boleh menggunakan dokumentasi Deed of Assignment sebagai ganti kepada pindah milik. So, apa masalahnya? 3. Betul, saya akui. Mmg Deed of Assignment digunakan sebagai instrument untuk mengikat penjual dan pembeli bagi menggantikan pindahmilik. Tetapi anda harus ingat, sebelum assignment ...

RISIKO MEMBELI RUMAH SUB-SALE YANG DALAM PROSES TINDAKAN LELONGAN OLEH BANK.- HARTAGUAM

Ramai yang berhadapan dengan masalah apabila rumah sub-sale yang mereka beli daripada Penjual, rupa-rupanya dalam proses tindakan lelongan oleh pihak bank. Berdasarkan pengalaman saya, kebiasaannya pembeli tidak tahu yang rumah tersebut dalam proses lelongan oleh bank. Ini kerana penjual jarang hendak berterus terang tentang status sebenar rumah tersebut. Sehinggalah apabila peguam ingin memohon penyata baki hutang terkini daripada bank penjual, barulah bank beritahu yang mereka tidak boleh keluarkan penyata baki hutang terkini akaun rumah penjual kerana rumah tersebut dalam tindakan lelongan oleh pihak bank. Tanda-tanda untuk kenalpasti sesuatu rumah itu berkemungkinan besar dalam proses tindakan lelongan oleh bank adalah : 1. Kebiasaannya penjual akan desak pembeli bayar deposit harga jual beli dengan segera tanpa perlu tunggu tandatangan perjanjian jual beli. Mereka akan bagi alasan yang kononnya ramai pembeli berminat untuk beli rumah tersebut. Jadi siapa bayar depos...

6 CADANGAN LANGKAH SEGERA KEPADA KERAJAAN ATASI MASALAH KENAIKAN HARGA RUMAH

Dewasa ini, kenaikan harga rumah begitu membimbangkan kita. Justeru itu, HartaGuam ingin mencadangkan beberapa pendekatan kepada kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut. Diantara cadangan tersebut termasuklah:- 1. Kerajaan dicadangkan supaya menggubal undang-undang khusus untuk kuatkuasakan harga siling rumah mengikut kategori kawasan. Pemaju tidak boleh jual melebihi harga siling yang telah ditetapkan. Jika pemaju jual dengan harga melepasi harga siling yang ditetapkan, mereka boleh didakwa. 2. Kerajaan hendaklah menyekat aktiviti spekulator hartanah yang boleh mempengaruhi harga pasaran hartanah. Misalnya hapuskan aktiviti kelab pelabur hartanah yang beli hartanah secara pukal daripada pemaju dengan harga diskaun 20 -30% dan menjualnya kepada para pembeli dengan harga pasaran semasa. 3. Kerajaan disarankan agar menyelaraskan kaedah penilaian sesuatu hartanah mengikut kaedah khusus yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini untuk mengelakkan penilai menetapkan harga ruma...