Skip to main content

6 CADANGAN LANGKAH SEGERA KEPADA KERAJAAN ATASI MASALAH KENAIKAN HARGA RUMAH

Dewasa ini, kenaikan harga rumah begitu membimbangkan kita. Justeru itu, HartaGuam ingin mencadangkan beberapa pendekatan kepada kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut.


Diantara cadangan tersebut termasuklah:-

1. Kerajaan dicadangkan supaya menggubal undang-undang khusus untuk kuatkuasakan harga siling rumah mengikut kategori kawasan. Pemaju tidak boleh jual melebihi harga siling yang telah ditetapkan. Jika pemaju jual dengan harga melepasi harga siling yang ditetapkan, mereka boleh didakwa.

2. Kerajaan hendaklah menyekat aktiviti spekulator hartanah yang boleh mempengaruhi harga pasaran hartanah. Misalnya hapuskan aktiviti kelab pelabur hartanah yang beli hartanah secara pukal daripada pemaju dengan harga diskaun 20 -30% dan menjualnya kepada para pembeli dengan harga pasaran semasa.

3. Kerajaan disarankan agar menyelaraskan kaedah penilaian sesuatu hartanah mengikut kaedah khusus yang ditetapkan oleh kerajaan. Ini untuk mengelakkan penilai menetapkan harga rumah yang tinggi dan berbeza-beza mengikut budi bicara masing-masing semata-mata.

4. Kerajaan hendaklah memberi peluang kepada kontraktor-kontraktor kecil yang berpengalaman dan mempunyai prestasi serta track record yang baik untuk bina rumah dan jual kepada mereka yang belum mempunyai rumah. Kerajaan juga hendaklah mempermudahkan syarat-syarat perlesenan dan percukaian kepada kontraktor tersebut. Ini untuk mengelakkan pendominasian pemaju-pemaju besar yang mana mereka ini mempunyai kuasa dalam menentukan harga rumah.

5. Kerajaan disarankan supaya mengenakan cukai yang tinggi kepada pembeli rumah yang telah mempunyai rumah lebih daripada 2 buah dan beri peluang kepada mereka yang belum mempunyai rumah untuk beli rumah dengan insentif dan kemudahan pembiayaan khusus.

6. Kerajaan hendaklah mengkaji semula dan perketatkan syarat-syarat pembelian rumah bagi warga asing. Ini untuk mengelakkan permintaan rumah yang tinggi di kalangan warga asing yang menyebabkan pemaju menaikkan harga rumah kerana ada permintaan yang tinggi daripada mereka.

Oleh :

SALKUKHAIRI ABD SUKOR 
Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia
(HartaGuam)



Fanpage Rasmi untuk Persatuan Guaman Hartanah Malaysia.
https://www.facebook.com/HartaGuam/info/?tab=page_info

Phone: 043994450
Email: aduan.hartaguam@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.