Skip to main content

Mengapa Bank Islam dan Tidak Bank Konvensional?

Ramai di antara kita masih keliru dengan keuntungan atau deviden yang kita peroleh hasil daripada simpanan kita di dalam bank sama ada ia dianggap riba atau tidak serta haram atau halal, maka kita perlu memilih untuk menyimpan dalam perbankan yang bercorak Islam kerana sudah pasti sistem yang digunapakai adalah berlandaskan prinsip Islam dan bukan dalam bank Konvensional yang lebih menjurus menambahkan keuntungan sahaja.

Terdapat beberapa perbezaan di antara sistem perbankkan Islam dan Konvensional secara dasarnya dapat dilihat dari sudut seperti berikut:

1. Dalam sistem perbankan Islam, penggunaan riba di mana riba sebagai keuntungan kepada modal asal wang tidak dibenarkan sama sekali (perbankan tanpa faedah).Ini adalah disebabkan keuntungan berdasarkan riba didapati bukan kerana pulangan usaha yang sah di sisi syarak. Sepatutnya keuntungan kepada modal asal wang hendaklah berdasarkan perkongsian untung dan rugi yang dikongsi bersama (profit/loss sharing). Jadi jika satu pihak sahaja yang menanggung kerugian manakala satu pihak lagi tetap mendapat untung di dalam apa jua keadaan pun,ini adalah ketidakadilan dan nyata sebagai pengamalan riba.

Aspek asas keuntungan di dalam bank-bank konvensional adalah berdasarkan kepada keuntungan yang mempunyai pengertian ini khususnya di dalam aktiviti yang melibatkan tabungan awam (akaun simpanan pengguna) secara tidak langsung melibatkan riba.

2. Aktiviti-aktiviti perbankan islam adalah berlandaskan kontrak-kontrak perniagaan yang dibenarkan di dalam Islam seperti:
- al-Mudharabah (Trustee profit sharing)
- al-Musharakah (Joint-venture profit sharing)
- al-Bai` bithaman ajil (Deferred instalment sale)
- al-Ijarah (Leasing)
- Bai salam (Salam sale)
- Bai alistisna` (Sale on order)

Di mana kontrak-kontrak perniagaan halal ini adalah sebagai alternatif kepada sistem perniagaan riba yang ada di dalam bank Konvensional.

3. Kebanyakan bank Konvensional menggunakan tabungan awam untuk mendapatkan keuntungan-keuntungan peribadi ataupun kumpulan (pemegang saham), oleh sebab itu, pelaburan dan perniagaan hanya tertumpu kepada usaha untuk memaksimumkan keuntungan sahaja tanpa melihat kesan-kesan kepada masyakarat sama ada jangka masa panjang ataupun pendek.

Berlainan pula dengan bank Islam kerana teorinya pihak bank perlu bertanggungjawab terhadap semua simpanan daripada orang ramai dan memberi perkhidmatan cekap demi kepentingan awam bagi memenuhi matlamat sosioekonomi Islam yang berkaitan.

4. Dari segi perhubungan di antara pelanggan-pelanggan bank Konvensional hanya terhad kepada hubungan antara pemiutang dan peminjam sahaja. Tetapi di dalam bank Islam, pihak bank akan bertindak selaku pengurus projek ataupun ahli kewangan yang bergiat di dalam pengumpulan wang atau amanah yang didasarkan kepada perkongsian untung atau rugi.

Di samping itu pelanggan juga boleh berkongsi semua kesan negatif tanpa sebarang jaminan keuntungan daripada bank ataupun hak untuk mendapatkan keuntungan yang telah ditentukan iaitu faedah. Oleh itu, bank Islam ialah pengurus wang yang sebenar bagi pelanggan yang berkongsi segala maklumat dengan mereka.

5. Sistem perbankan Islam adalah pengguna sebenar tabungan, manakala menurut definisi lain peranan sebenar bank Konvensional adalah (pencipta terbilang) iaitu penawaran wang ataupun erti kata lain, pencipta utama tekanan inflasi.

Berdasarkan ciri yang tersebut di atas, maka dengan inilah simpanan di dalam bank Konvensional boleh dianggap sebagai hutang iaitu seolah penyimpan telah memberi hutang kepada pihak bank dan bukan sebagai simpanan semata-mata.

Perkiraan adalah atas apa yang berlaku di dalam alam realiti dan bukan mengikut nama yang diberi iaitu tidak kiralah kita menamakannya sebagai simpanan ataupun dengan nama yang lain namun pada realiti, ia telah pun melanggar batasan makna simpanan itu sendiri lalu menghampiri makna bahkan telahpun menyamai makna `hutang` sebagaimana yang diterangkan di atas.

Ini diakui oleh kebanyakan pakar ekonomi barat di mana simpanan berfaedah atau simpanan yang mendapat pulangan sebegini adalah dianggap `hutang` melainkan jika simpanan itu semata-mata simpanan dan tiada apa-apa keuntungan yang diperolehi oleh penyimpan.

Islam mengharamkan riba, iaitu pemilikan harta yang berdasarkan sistem riba banyak mendatangkan keburukan malah ciri-ciri yang ada pada sistem bercorak riba itu juga membawa kepada harta yang tidak ‘bersih’, maka sebagai alternatif Islam telah membuka cara lain bagi pemilikan harta seperti kontrak perniagaan yang disebut di atas.

Islam hanya menutup satu pintu yang ternyata jelas membawa kemusnahan kepada masyarakat tetapi cara lain dibuka seluas-luasnya.

Ertinya masih terdapat begitu banyak alternatif halal yang lain. Begitulah betapa adilnya agama Islam, jika satu peluang ditutup kerana keburukannya maka akan datang pula peluang lain yang dibuka jalan seluasnya serta mendapat banyak kebaikan.

Sumber: Oleh NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH
http://www.yadim.com.my/Ekonomi/EkonomiFull.asp?Id=129

Comments

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.