Skip to main content

Jual Beli Hartanah dan Peguam

1)      Sebagai anggota masyarakat kini, mahu tidak mahu pasti akan terlibat dalam proses jual beli rumah atau tanah. Namun apabila ditanya soal proses jual beli, dokumen, wang deposit, wang booking, tanah/rumah digadai, hutang terdahulu, urusan dengan bank, pendaftaran pejabat tanah, kita jadi hilang punca. Maka di sinilah terletak peranan peguam di dalam menguruskan urusan jual beli tanah/rumah tersebut. Tidak dinafikan anda boleh melakukan segala urusan jual beli tersebut, tetapi sudah pasti ia melibatkan banyak masa dan terpaksa berurusan dengan pelbagai pihak dan juga melalui proses-proses yang sebegitu asing dan pada akhirnya wujud risiko anda ditipu atau diainanya. 

2)      Maka bagi para penjual dan pembeli, pilih dan lantik seorang peguam yang boleh menjaga kepentingan anda sebelum menandatangani sebarang perjanjian jual beli hartanah, baik rumah kediaman, kedai, apartmen, kondominium, kilang dan sebagainya.


3)      Kesilapan yang sering dilakukan oleh seseorang pembeli ialah tidak melantik seorang peguam untuk menjaga kepentingannya. Memandangkan pembelian hartanah melibatkan sejumlah wang yang besar maka seseorang itu tidak mampu membuat kesilapan kerana kesilapan yang berlaku akan memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan seseorang pada masa depan.

4)      Kebiasaannya seseorang pembeli, kalau membeli hartanah daripada pemaju (developer), bergantung kepada peguam yang mewakili pemaju tersebut.  Perjanjian Jual Beli bentuk ini biasanya memelihara kepentingan pemaju. Oleh itu, demikian adalah penting bagi pembeli mendapatkan nasihat daripada peguamnya sendiri untuk meneliti isi kandungan perjanjian tersebut.Lantiklah peguam sendiri bagi memastikan segala hak-hak anda tidak ditindas oleh Pemaju.

5)      Kita juga sering dengar mengenai rumah terbengkalai, bank menuntut bayaran walaupun rumah belum siap, pinjaman tidak lulus dan seribu macam lagi hal keadaan yang memeningkan kepala. Namun, jika sudah ada peguam yang dilantik sendiri, maka segala masalah-masalah diatas dapatlah dielakkan ataupun tidak sudah ada langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah-masalah tersebut terutamanya melayan kerenah sesetengah pemaju yang mementingkan keuntungan semata-mata.


6)      Jika seseorang membeli hartanah dari daripada tuan punya hartanah [rumah sudah siap], maka lebih baik pembeli dan penjual mempunyai peguam yang berasingan supaya kepentingan kedua-dua pihak dapat dipelihara. Seorang pembeli itu boleh menyuruh peguamnya membuat carian sama ada hartanah yang hendak dibeli itu di "caveat" atau bebas dari sebarang ikatan dan orang yang hendak menjual itu adalah tuan punya yang sah. Peguam juga boleh membantu mengenal pasti sama ada hartanah itu mempunyai hak milik, jenis tanah (pegangan bebas atau pajakan), adakah harta pusaka yang masih dipertikaikan dan lain-lain lagi.Sesetengah orang/penjual mendakwa hartanah/rumah itu milik mereka tetapi pada hakikatnya mereka tidak memilik hartanah itu, maka mereka tidak mempunyai hak untuk menjual hartanah itu.Banyak kes-kes sebegini berlaku terutamanya melibatkan jual beli tanah, dimana tanah yang dibeli rupanya adalah milik orang lain ataupun dijual oleh bukan tuanpunya yang sah.

7)      Justeru itu, adalah dinasihatkan,anda sebagai seorang pembeli atau penjual sewajarnya  mendapat khidmat peguam sebelum membayar wang deposit atau menandatangani sebarang perjanjian jual beli. Menjadi amalam hari ini, kebiasaanya penjual akan hanya menggunkan peguam pihak pembeli. Ya, ini memang akan mengurangkan kos dan dikatakan ‘malas nak pening-pening kepala’.


8)      Tetapi hakikatnya, apa yang banyak berlaku sekarang, apabila hanya ada peguam di pihak pembeli sahaja, berlaku penindasan hak, penipuan dan kepentingan penjual tidak terjaga. Contohnya peguam pembeli melewatkan pembayaran harga jualan dari pembeli, meletakkan syarat-syarat yang berat sebelah dan lain-lain lagi. Ini menyebabkan pada akhirnya hak penjual dibiarkan begitu sahaja dan ada juga kes diainanya.

9)      Maka, dinasihatkan, bagi penjual  juga perlulah melantik  peguam bagi pihak anda anda. Kosnya juga tidaklah semahal mana, yg mana kos ini boleh ‘cover’ di dalam harga jualan rumah tersebut. Janganlah sayangkan jumlah wang yang sedikit itu, daripada banyak timbul masalah kelak. Dengan adanya peguam di pihak penjual ianya dapat memastikan perjanjian jual beli yang disedikan oleh peguam pembeli adalah tepat,adil dan yang paling penting melindungi hak-hak anda sekiranya berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.Paling kurang, hubungilah mana-mana peguam bagi mendapatkan nasihat yang sepatutnya.



Comments

Dee said…
Thx for the info En Ahmad Deniel.
UTara selATAN said…
Bagaimana pulak kontraktor di tipu dgn tuan rumah...rumah dah siap tp baki tidak mahu byr...pelbagai alasan diberi. .kesilapan saya tiada sebarang perjanjian bertulis.
Ahmad Deniel said…
Boleh buat laporan polis dan cuba runding dengan tuan rumah. paling last cabut sahaja apa yang dah dipasang/ubahsuai.
fauzi said…
Macam mana kalau penjual ade hutang tertunggak dan bank enggan megeluarkan penyata bank utk pembeli submit loan sedangkan snp dan deposit sudah dibayar sehingga tamat tempoh 3+1. Ni pon da 3 bulan,peguam pon baru tau lg 4 bulan rumah dijangka akan dilelong
Unknown said…
Assalamualaikum En. Ahmad Deniel, saya ingin membina rumah pada tahun ini. Berikut adalah beberapa soalan yang saya memusykilkan saya.
1. Saya diberitahu rakan bahawa pihak perbendaharaan perumahan ada menyediakan peguam bagi melicinkan urusan antara pemilik dengan kontraktor. Betul ke? Kalau mcm 2, xperlulah lagi saya mencari peguam sendiri.
2. Saya juga diberitahu, kontraktor akan mengenakan gst dalam kos pembinaan nanti. Betulkah apa saya dengar ni?
mie said…
saya ada pengalaman membeli rumah daripada individu. tetepi ditipu dengan snp yang berat sebelah. setelah tamat tempoh 3+1 duit booking sy burn mcm tu saja.bila tnya pihak peguam katanya saya dh sign dan beretuju. tp sy rasa mmg tertipu dengan penjual. sy rasa dia dah rancang dari awal nak tipu duit saya. sehingga sekarang sy tiada pembelaan dan buntu. ada x pihak2 boleh beri cadangan kpd sy?
saya sebagai tuan tanah telah ditipu apabila pemaju. nama geran hak milik pusaka berhak atas nama pemaju.mintak bantuan dari en. ahmad daniel. apabila dibawa ke bahagian pusaka, kami di beritahu geran yang tiada nama arwah tak boleh dituntut.

Popular posts from this blog

Seskyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, apa peluang untuk bebas?

Sebagai peguam, kes di bawah seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, adalah di antara kes yang 'kebiasaanya' anak guam/tertuduh akan mohon bicara disebabkan hukuman minimum yang ditawarkan/ditetapkan di bawah Akta  dadah Berbahaya 1952 adalah mandatori penjara dan sebat, iaitu minimum 2 tahun penjara dan 3 sebatan. Tiada denda boleh ditawarkan atau penjara tanpa sebatan. Ada anak guam yang rela mengaku salah dan ada juga yang mohon bicara dek hukuman sebatan yang mengerunkan untuk dihadap. Namun, bagi 'orang lama' @ otai, kadangkala hukuman sebatan bukan isu besar, janji hukuman penjara seminimum mungkin. Jika ditanya kepada peguam, apakah ada peluang untuk menang kes bagi kesalahan-kesalahan ini? Selalunya, sebagai peguam yang profesioanal, tiada sebarang jaminan mutlak dapat/wajar diberikan, kerana ia bergantung kepada fakta kes dan bagaimanakah kes tersebut dibawa oleh pihak Pendakwaan. Sekiranya pasukan polis/IO menjalankan siasatan yang lengkap d...

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah?

'Tarik balik' Laporan Polis, mestikah kes Pengadu tersebut digugurkan di Mahkamah? 1) Ada kefahaman dalam Masyarakat awam bahawa,  di dalam sesuatu kes Jenayah yang dituduh di Mahkamah, jika pengadu/mangsa 'tarik balik' laporan polis yang menjadi asas kes tersebut, maka kes tersebut wajib akan digugurkan oleh pihak Pendakwaan.   2. Jawapannya, adalah tidak semestinya. Ia kuasa budibicara mutlak pihak Pendakwaan sama ada nak teruskan kes atau tidak. Ada banyak pertimbangan lain yang dipertimbangkan, termasuklah status pengadu/mangsa yang tidak berminat meneruskan kes. 3). Sebenarnya, terma yang lebih tepat bukanlah 'tarik balik' laporan  polis, tetapi adalah 'tidak berhasrat untuk' meneruskan kes tersebut. Jika dikatakan tarik balik laporan polis, seolah olah laporan polis yang dibuat sebelum ini adalah tidak tepat atau palsu. Ia boleh membawa kepada kesalahan membuat laporan polis palsu pula jika kurang berhati hati di dalam perkara ini. 4).Contoh Lapora...

Seksyen 39 A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada seksyen 12(2) ADB 1952 [Heroin 3.74 G]

Alhamdulilah, permohonan anak guam, seorang pesalah muda bagi mengurangkan pertuduhan dari seksyen 39 A(1) ADB 1952 kepada s. 12(2) ADB 1952 diterima pihak DPP. Anak guam mengaku salah dan dikenakan hukuman denda. Jika tidak hukuman sebat berat bakal diterima.  Antara tugas peguam sepatutnya menyelia sesuatu kes agar the best interest of client akan terlaksana. Tidak perlu teruskan dengan trial jika kesan dan akibatnya lebih memudaratkan client. Terima kasih kepada Pihak Pendakwaan Johor atas ehsan dan budibicara kepada anak guam.