Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

The Divine Punishment

Sepanjang kerjaya saya sebagai 'criminal lawyer' ada client-client yang terlepas dari pertuduhan dan hukuman disebabkan oleh kekurangan bukti yang diperlukan di sisi undang-undang yang berkuatkuasa, kelemahan proses pembuktian oleh pihak pendakwaan, keterangan-keterangan gagal dikemukakan di Mahkamah dan seumpamanya. Namun, selepas dibebaskan kadangkala mereka menerima 'musibah' yang menimpa diri mereka dalam bentuk lain. Contohnya ada seorang client yang pernah terlepas dari pertuduhan s. 376 beberapa tahun dahulu, dan telah ditakdirkan oleh Allah, saya telah bertemu dengannya secara tidak sengaja di sebuah kamar bicara Mahkamah sedang menghadapi 2 pertuduhan memiliki dadah di bawah seksyen 39A(2) ADB. Beliau telah mengaku bersalah dan kebetulan tiada peguam yang mewakili beliau. Saya cuba membantu dalam proses mitigasi peringanan hukuman di hadapan Hakim. Beliau telah dikenakan hukuman 8 +5 tahun penjara dan 20 sebatan. Hukuman penjaran dijalankan seren...

TIPS MEMBUAT PEMBIAYAAN PERUMAHAN DENGAN BANK - OLEH Salkukhairi Sukor (BHGN 1)

Tips ini saya khususkan untuk mereka yg ingin membeli rumah sub-sale. Bagi mereka yg ingin membeli rumah dengan pemaju, kebiasaannya pemaju yg akan tolong uruskan pembiayaan dgn bank.  Jadi tiada masalah sgt. Diantara tips-tips tersebut adalah : 1. Sila semak atau buat sedikit kira2 ttg kelayakan pinjaman anda terlebih dahulu sebelum menandatangani sesuatu Perjanjian Jual Beli. Ini kerana apabila anda telah menandatangani perjanjian jual beli, sanda telah diikat dan terikat untuk menjelaskan bayaran harga jual beli dalam tempoh yg ditetapkan. Seandainya pembiayaan perumahan anda tidak diluluskan anda tetap bertanggungngan utk menjelaskan bayaran harga jual beli. Dan pastinya jika itu berlaku ia satu malapetaka buat anda kelak. Untuk panduan kita bersama, disini dilampirkan formula yg mungkin boleh membantu utk menilai kelayakan pinjaman anda mengikut pendapatan masing2 berdasarkan formula DEBT SERVICE RATIO (DSR). (Sila rujuk lampiran di bawah).  Bagi gaji b...

DOSA RIBA, DOSA BESAR YANG SUKA KITA LAKUKAN : HISHAM AHMAD

1).Tahukah kita apakah dosa besar yang pelik? Ia adalah dosa Riba. Dari segi kategori dosa besar, tiada dosa besar yang Allah gambarkan dosanya seperti perang den gan Allah dan Rasul melainkan ianya dosa Riba.   “Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki Riba, jika benar kamu orang- orang yang beriman. (al-Baqarah: 278). oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(al-Baqarah : 279)” 2).Mengapa Dosa Riba itu Pelik? Biarpun gambaran dosa Riba adalah besar, namun saya merasakan bahawa dosa Riba kurang dihayati dan diimani oleh umat Islam di Malaysia...

TIP PEMBELIAN RUMAH DENGAN PEMAJU : Salkukhairi Abd Sukor

Baik, apa yg anda WAJIB tahu sebelum putuskan untuk membeli rumah dengan Pemaju (Developer)?? 1.)      Sebelum anda putuskan untuktk membeli rumah dengan sesebuah syarikat pemaju, selidikilah dulu latar belakang pemaju tersebut. Cuba dapatkan sedikit gambaran tentang  syarikat tersebut. Saya amat galakkan anda untuk membuat carian syarikat (company search) untuk mengetahui maklumat-maklumat penting tentang syarikat tersebut. 2.)      Melalui carian syarikat anda boleh mengetahui tentang status syarikat tersebut sama ada ianya syarikat berdaftar ataupun tidak, sama ada ianya masih aktif dan tidak digulungkan (bankrupt) atau sebaliknya, bilakah syarikat tersebut ditubuhkan dan adakah syarikat tersebut didaftarkan sebagai syarikat yang menjalankan perniagaan pemajuan hartanah ataupun tidak (kerana banyak syarikat yang buat bisnes hartanah tapi sbnrnya syarikat tersebut tidak pun didaftarkan sebagai syarikat yang mana per...

Alasan Penghakiman Kes Altantuya: Azilah, Sirul dibebaskan dari tuduhan membunuh oleh Makamah Rayuan

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera. Saya sertakan di sini salina 'soft Copy' Penghakiman bertulis  bagi  kes Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan baru baru ini. Bacaan ini mungkin sedikit sukar untuk difahami bagi sesiapa yang tidak mempunyai latar belakan undang-undang. Insyallah saya akan cuba huraikan dalam bentuk yang mudah dalam tempoh masa terdekat.  Untuk makluman lanjut pembaca sekalian, kes ini berkemungkinan besar akan dirayu oleh pihak Pendakwaan dan ini bermakna kes ini akan didengar sekali lagi di Mahkamah Perseketuaan bagi keputusan akhir dan muktamad. Untuk muat turun sila click:

INFO HARTANAH : AWAS DENGAN PENJENAYAH DALAM PENIPUAN JUAL BELI HARTANAH !

Tanah adalah aset terpenting, terutamanya bagi individu yang mempunyai perancangan pelaburan jangka panjang. Pelaburan hartanah jika dilakukan mengikut prosedur betul, boleh menjanjikan pulangan menguntungkan. Tapi dalam keghairahan membuat pelaburan dengan tanah, ramai yang pernah kecundang dengan nafsu sendiri . Kebanyak kan yang tiada tanah berlumba-lumba mendapatkan tanah.  Bagi yang memiliki tanah , macam-macam perancangan bermain di kotak fikiran, malah setiap masa terbayang-bayang nilai "RM" ( ringgit malaysia ) di mata mereka. Keadaan ini menyebabkan ramai yang tersilap langkah hingga membuka ruang dan peluang kepada si penjenayah untuk menjadikan mereka sebagai mangsa penipuan jual beli tanah. Janji serta kata-kata manis berbaur keuntungan selalu dijaja si penjenayah yang menyamar individu berpengalaman dalam bidang jual beli tanah, akhirnya menjadi mimpi ngeri sehingga menyebabkan mangsa kerugian melibatkan ratusan ribuan ringgit. MODUS OPERANDI SUSP...

TIP HARTANAH : 7 KEBURUKAN PELABURAN HARTANAH YANG PERLU ANDA TAHU

7 keburukan pelaburan hartanah yang anda perlu tahu adalah senarai umum bagi seseorang yang mahu mula melabur didalam hartanah. Pembelian hartanah tidak lah semudah yang  kita sangkakan tetapi dengan cara yang betul anda boleh meminimakan risiko disamping memaksimakan keuntungan. Ramai yang mengatakan pelaburan hartanah adalah pelaburan yang ...terbaik dan paling menguntungkan. Memang diakui ia boleh mendatangkan keuntungan jika ia didalakukan secara berhemah. Malah akhir-akhir ini semakin ramai individu yang kini bergelar “guru hartanah” membuat seminar-seminar yang berorentasi pembinaan kekayaan dengan menggunakan hartanah. Satu petanda yang baik untuk industri, tetapi dalam kerancakkan ini kita perlu beringat agar setiap pembelian hartanah dimana sahaja pilihan kita ia berbaloi dengan keupayaan dan kemampuan poket si pelabur..Himpunan keburukan pelaburan hartanah yang perlu diketahui oleh pelabur sebelum membina sebarang potfolio pelaburan. Mari kita telusuri sisi gelap a...

TIP HARTANAH : YURAN GUAMAN !!

Pihak kami ingin berkongsi tentang anggaran yuran peguam untuk transaksi Hartanah. Berikut adalah jadual anggaran tersebut. Semoga info ini bermanfaat untuk anda semua. Yuran ini adalah tidak termasuk kos-kos lain seperti : duti setem, penyediaan dokumen perjanjian jual beli, tukar hakmilik, carian hakmilik, bankrupsi dan lain-lain.

TIP HARTANAH : KAEDAH MUDAH LULUS PINJAMAN BAGI YANG BERNIAGA/BEKERJA SENDIRI

Melalui sedikit sebanyak pengalaman yang lepas dalam menguruskan pinjaman. Pihak kami mendapati terdapat ramai prospek pembeli terutamanya yang bekerja sendiri  samada online/offline susah/gagal dalam mendapatkan pinjaman bank pembelian rumah walaupun mempunyai sumber pendapatan yang kukuh dan wang yang banyak.Tips ...ini juga boleh digunapakai bagi pekerja swasta yang mempunyai pendapatan sampingan melalui perniagaan online/offline. Disini,kami cuba ringkaskan beberapa tips mudah terutamanya bagi yang bekerja sendiri/berniaga yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri suatu hari nanti.Tips ini hanyalah sekadar perkongsian kami sahaja dan mungkin para pembaca mempunyai kaedah atau tips yang lebih baik,kami alu-alukan perkongsian dari tuan/puan. 1.Tubuhkan syarikat samada berstatus 'entreprise' atau sdn bhd,di atas nama sendiri,serta buka akaun semasa di bank.Masukkan segala pendapatan,dan keluarkan perbelanjaan melalui akaun semasa.Pastikan penama syarikat dan akaun...